
RAWATAN PENYAKiT 3 SERANGKAI DARAH TINGGI, KENCING MANIS dan JANTUNG
Kelapa muda
Rawatan peyakit 3 Serangkai – Darah Tinggi, Kencing Manis dan Jantung adalah penyakit tiga serangkai yang sinonim dengan masyarakat kita. Selain daripada makan ubat yang diberikan oleh doktor setiap hari, ada amalan secara rawatan secara alami yang boleh kita amalkan.
Dalam satu video soal jawab mengenai penyakit, Ustaz Sharhan berkata, Allah tidak menurukan penyakit melainkan ada bersamanya ubatnya. Yang kita perlu dapatkan, adalah rahsia rawatannya.
Syaratnya kita mesti berikhtiar, itu kerja kita, sembuh tak sembuh bergantung kepada Allah. – Petua Penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis dan Jantung
Beruntung Ustaz Sharhan, mempunyai ilmu berkenaan. Sudah banyak beliau membantu pesakit melalui kaedah tradisional yang dipelajarinya.
UNTUK merawat salah satu penyakit berkenaan atau kesemuanya gunakan kaedah yang sama seperti di bawah.
BAHAN
Serai
Beliau mengingatkan kepada pesakit supaya jangan berputus asa walaupun doktor telah memberitahu jangkaan masa-masa tertentu hayat sesetengah pesakit.
“Jangan ambil kerja Tuhan. Hanya Allah tahu rahsia perjalanan hidup seseorang makhluknya,” ujar beliau sambil memberi ulasan, sesungguhnya pesakit tidak wajar diberitahu bila akhir hayatnya.
Berbalik kepada persoalan tajuk di atas, berikut panduan yang diberikan oleh Ustaz Sharhan untuk merawat ketiga-tiga penyakit berkenaan.
Caranya sama sahaja iaitu;

Bahan:
- Dapatkan Serai 3 batang – dititik hujungnya
2. Beli sekampit halba (bahan bijian yang diguna dalam nasi dagang)
3. Kelapa yang isinya masih `berhingus`
Cara:
- Sediakan sebiji kelapa yang sudah ditebuk lubang di bahagian atasnya.
- Letak tiga batang serai dengan hujung yang dititik tadi ke dalam lubang kelapa yang masih ada airnya di dalamnya.
- Ambik 7 biji halba, masukkan ke dalam buah kelapa tadi.
- Letak buah kelapa tadi di atas dapur gas, pasang api perlahan.
- Apabila mula hangat, kacau isi kelapa dengan batang serai tadi, sambil menekan korek isinya yang berhingus, agar tanggal dan bercampur dengan air kelapa.
- Kemudian barulah minum air dalam kelapa tadi sebagai penawar.
Amalkan seperti yang diterangkan selang 2 hari sekali untuk selama 14 hari.
Maksudnya menggunakan sejumlah 7 biji kelapa kesemuanya
Serai 3 x 7 = (21) batang serai
Biji halba 7 biji x 7 hari
Insya-Allah katanya, dalam 20 orang yang datang untuk dirawat, 8 orang sembuh, katanya.
- Demikian Petua Penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis dan Jantung
[…] Untuk kesihatan baca juga http://www.variaseri.com/2020/03/22/petua-penyakit-resdung-darah-tinggi-jantung/ […]
[…] http://www.variaseri.com/2020/03/22/petua-penyakit-resdung-darah-tinggi-jantung/ […]