PETUA PENYAKIT DARAH TINGGI, KENCING MANIS dan JANTUNG

Kelapa muda

Darah Tinggi, Kencing Manis dan Jantung adalah penyakit tiga serangkai yang sinonim dengan masyarakat kita. Selain daripada makan ubat yang diberikan oleh doktor setiap hari, ada amalan secara rawatan secara alami yang boleh kita amalkan.

Dalam satu video soal jawab mengenai penyakit, Ustaz Sharhan berkata, Allah tidak menurukan penyakit melainkan ada bersamanya ubatnya. Yang kita perlu dapatkan, adalah rahsia rawatannya.

Syaratnya kita mesti berikhtiar, itu kerja kita, sembuh tak sembuh bergantung kepada Allah.  – Petua Penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis dan Jantung

Beruntung Ustaz Sharhan, mempunyai ilmu berkenaan. Sudah banyak beliau membantu pesakit melalui kaedah tradisional yang dipelajarinya.

Serai

Beliau mengingatkan kepada pesakit supaya jangan berputus asa walaupun doktor telah memberitahu jangkaan masa-masa tertentu hayat sesetengah pesakit.

“Jangan ambil kerja Tuhan. Hanya Allah tahu rahsia perjalanan hidup seseorang mahkluknya,” ujar beliau sambil memberi ulasan, sesungguhnya pesakit tidak wajar diberitahu bila akhir hayatnya.

Berbalik kepada persoalan tajuk di atas, berikut pandauan yang diberikan oleh Ustaz Sharhan untuk merawat ketiga-tiga penyakit berkenaan.

Caranya sama sahaja iaitu;

coconut
Panaskan kelapa yang berisi air dan kacau isi kelapa di dalamnya.

 

Bahan:

  1. Dapatkan Serai 3 batang – dititik hujungnya

     2. Beli sekampit halba (bahan bijian yang diguna dalam. nasi dagang)

     3. Kelapa yang isinya masih `berhingus`

Cara:

  1. Sediakan sebiji kelapa yang sudah ditebuk lubang di bahagian atasnya.
  2. Letak tiga batang serai dengan hujung yang dititik tadi ke dalam lubang kelapa yang masih ada airnya di dalamnya.
  3. Ambik 7 biji halba, masukkan ke dalam buah kelapa tadi.
  4. Letak buah kelapa tadi di atas dapur gas, pasang api perlahan.
  5. Apabila mula hangat, kacau isi kelapa dengan batang serai tadi, sambil menekan dan mengorek isinya yang berhingus, agar tanggal dan bercampur dengan air kelapa.
  6. Kemudian barulah minum air dalam kelapa tadi sebagai penawar.

Amalkan seperti yang diterangkan selang 2 hari sekali untuk selama 14 hari.

Maksudnya menggunakan sejumlah 7 biji kelapa kesemuanya

Serai 3 x 7 = (21) batang serai

Biji halba  7 biji x 7 hari

Insya-Allah katanya, dalam 20 orang yang datang untuk dirawat, 8 orang sembuh, katanya.

  • Demikian Petua Penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis dan Jantung

 https://www.youtube.com/watch?v=ZHWxI5Xwwr0&feature=share&fbclid=IwAR0NReL7bVEGEv3J61uitSTSP0AyT5sYX_nn3myD7yqOVL6blWX-xH3-lJ0

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here