Doa Untuk Mohon Selamat Daripada covid-19 dan Lain-Lain Bahaya

Bangun pagi, kita sudah terdedah kepada pelbagai bahaya yang tidak dijangka. Baik sewaktu di rumah, di luar, dalam perjalanan mahupun di pejabat. Sebagaimana yang kita sedia maklum, malang tidak berbau, kita memang tidak tahu bila kemalangan akan berlaku.

Ada doa yang boleh dibaca, untuk mendapatkan perlindungan diri baik di mana sahaja. Jika dibaca pagi dan petang, kita mendapatkan perlindungan keselamatan seharian, untuk mendapatkan perlindungan sepanjang masa, amalkan baca doa di bawah ini pagi dan petang, setiap hari.

Doa atau zikir ini sangat disarankan untuk diamal, bukan sahaja untuk mendapatkan perlindungan daripada kemalangan, bahkan boleh diamal untuk perlindungan dijangkiti penyakit, mengelak sihir dan santau dan diguna dalam rawatan.

Justeru pada musim wabak Covid-19 ini, memang sangat disaran untuk dibaca doa/wirid ini pagi dan petang, setiap hari.

Sumber FB Fidah Rahman

Zikir untuk mendapat perlindungan sepanjang masa daripada Covid-19 dan bahaya lain. – Kredit Foto Kerajaan Negeri Kelantan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here