Anita Bikers dan Bangsa Tanjak Kerjasama Martabatkan jiwa Warisan Melayu.

Menerusi galakan pemakaian setanjak, Anita Bikers dan Bangsa Tanjak bersama memartabatkan jiwa warisan Melayu.

“Kalau bukan kita memartabatkannya, siapa lagi?” kata Pengasas dan Penggerak Kelab Anita Bikers, Anita Yusop. – Anita Bikers dan Bangsa Tanjak Kerjasama Martabatkan Warisan Melayu.

Sehubungan itu, beliau berusaha sematkan semangat berkenaan dalam kalangan penunggang motosikal Anita Bikers khususnya dan orang ramai amnya.

Menurut Anita, program pertama selesai disempurnakan, dinamakan ANITA KK -Brunei Ride bersama Bangsa Tanjak sempena Temburong Bike Day Brunei, yang berlangsung 26 Dis 2019 – 1 Jan 2020.

Melalui siri program berkenaan, Anita Bikers mencipta kelainan dengan menampilkan barisan peserta penunggang atau rider dan artis, iaitu pelakon Khaty Azian, bergaya dengan busana setanjak indah daripada Bangsa Tanjak.

Anita Ride ke Temburong Bike Day, Brunei siri 3 pada 26 Disember  2019 hingga Januari 2020 yang lalu, membabitkan penganjur bersama, Persatuan Penunggang Nthree Rider Brunei, Anita Bikers dan Bangsa Tanjak Brunei.

“Kelainan yang ditonjolkan oleh Anita Bikers dan Bangsa Tanjak di Temburong Bike Day, Brunei menarik perhatian para penunggang motosikal kumpulan lain. Langkah itu didapati berjaya menarik penyertaan orang ramai ke acara berkenaan,” ulas Anita.

Dengan sambutan yang positif itu, mendorong Anita Entertainment & Productions, Anita Bikers, Club Malaysia CF Moto/ KTNS dan Bangsa Tanjak bekerjasama lagi, dalam kesimbungan jelajah pada April ini untuk misi Salam Perantau dan Santuni Warisan Bangsa Melayu.

Anita Bikers Club Malaysia ke Kota Kinabalu Sabah dahulu bagi persinggahan pertama dengan mendapat kerjasama daripada syarikat motor CF Moto/KTNS , DHSB Port Klang dan Grand Borneo Hotel Kota Kinabalu.

Pelbagai aktiviti dirancang bersama Nthree Rider, antaranya bagi kempen konvoi Safe Ride dan Go Green ke destinasi pelancongan membabitkan Anita Bikers dan penunggang motosikal dari Brunei serta kelab bikers lain dari negara berkenaan.

Dalam program itu, Anita Bikers Club Malaysia ke Kota Kinabalu Sabah dahulu bagi persinggahan pertama dengan mendapat kerjasama daripada syarikat motor CF Moto/KTNS , DHSB Port Klang dan Grand Borneo Hotel Kota Kinabalu.

Aktiviti meliputi Pertandingan Memancing, Majlis Perasmian Seni Silat Khas oleh Bonaga Nagabona daripada Seni Silat Geerak Pusaka Daerah Temburong, Brunei; demo pemakaian dan pameran jualan setanjak oleh Bangsa Setanjak, yang diketuai Ampuan Mohd Ruhaifi Ampuan Haji Abu Bakar dan berbagai lagi aktiviti jom makan makanan tradisi Brunei iaitu Abuyat yang cara makannya juga turut unik. – Anita Bikers dan Bangsa Tanjak Kerjasama Martabatkan Warisan Melayu.

Pertanyaan lanjut, hubungi 01123248285.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here