Resipi Kek Coklat Supermoist Bersadur Coklat

Dalam satu majlis anjuran Fonterra Brands Malaysia & Singapura baru-baru ini, kami dipersembahkan cara membuat Kek Coklat Supermoist Bersadur Coklat.

Terasa bertuah juga dapat hadir di majlis berkenaan yang dikendalikan oleh Chef Selebriti, Florence Tan.

Chef Florence Tan yang berasal dari Melaka dan dikenali tersangat peramah serta pakar dalam bidang masakan, memberi banyak tip sepanjang mengendalikan majlis.

Di bawah ini resipi dan cara membuat Kek Supermoist Bersadur Coklat menggunakan bahan utama mentega Anchor dalam tin, dari New Zealand.

Bahan  –    ( Resipi Kek Coklat Supermoist Bersadur Coklat )

ingredients
Bahan kek coklat supermoist

Bahan A : diayak bersama

  • 250gm tepung
  • 75 gm koko
  • 1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 350 ml air

 

Bahan B    –        ( Resipi Kek Coklat Supermoist Bersadur Coklat )

ingredients chochlate cake

  • 275 gm mentega Anchor bertin (salted)
  • 350gm gula kastor
  • 4 biji telur (A+)
  • 2 telur merah
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh instant coffee (campur bersama dua sudu teh air panas)


Bahan sadur Coklat   –  ( Resipi Kek Coklat Supermoist Bersadur Coklat )

Bahan coklat sadur

  • 80gm mentega Anchor bertin (salted)
  • 150 ml Anchor Extra Yield Cooking Cream
  • 35gm koko – diayak
  • 170ml minyak
  • 195ml condensed milk
  • 3 1/2 (tiga setengah) sudu meja (tbsp)oren pekat
  • 1/8 sudu teh garam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh instant coffee campur dengan 1 sudu besar (tsbsp) air panas (pilihan)

 

Bancuhan coklat sadur

Langkah membuat KEK

  1. Pukul mentega bersama gula kastor sehingga ringan dan kembang. Masukkan telur dan telur kuning satu persatu, pukul sekata adunan setiap kali selepas masukkan telur.
  2. Tambah esen vanila, instant coffee dan pukul lagi selama 30 saat.
  3. Masukan bahan-bahan A dan air berselang-seli sehingga habis.
  4. Guna bekas pembakar tin Kugelhopf 29cm. Sapu sedikit minyak dan tabur tepung di dalam bekas pembakar (dengan cara mengayak tepung ke dalam bekas). Masukkan adunan tadi, bakar 40 hingga 50 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan awal 170 darjah C.
  5. Apabila kek sudah masak, biarkan 10 minit sebelum diangkat keluar daripada ketuhar untuk diletak di atas rack kek.
Terbalikkan acuan kek untuk mengeluarkannya.

Langkah membuat SADUR COKLAT.

6. Satukan semua bahan sadur dalam bekas keluli tebal kalis karat, kacau rata.

7. Pasang api tahap sederhana rendah (medium low) dan kacau coklat sadur dengan senduk kayu selama 8-10 minit sehingga adunan pekat sedikit. (atau titikkan ke dalam air, bila titisan coklat kekal selama 30 saat di dalam air, menunjukan cairan coklat sadur itu sudah cukup elok untuk diguna).

8. Tuangkan perlahan-lahan ke atas keseluruhan kek coklat tadi dan biarkan selama 25 minit sebelum diletak di dalam peti ais.

Menuang bahan coklat sadur ke seluruh permukaan kek

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here