Chef Florence Tan perkenalkan 3 resipi istimewa guna mentega Anchor dalam tin

Fonterra Brands Malaysia dan Chef Florence Tan memperkenalkan tiga resipi istimewa dengan menggunakan mentega Anchor dalam tin. Mentega Anchor dalam tin mengekalkan kelazatan dan aroma mentega asli 100% dari New Zealand untuk rasa yang unggul dan lazat

Petaling Jaya, 11 Februari 2020Anchor Food Professionals, bahagian perkhidmatan makanan Fonterra, bersama chef selebriti Malaysia, Florence Tan, hari ini memperkenalkan tiga resipi yang direka khas untuk para peminat pembuat kek dan masakan dengan menggunakan mentega Anchor dalam tin yang diperbuat daripada 100% tenusu asli dari New Zealand. – Chef Florence Tan perkenalkan 3 resipi istimewa guna mentega Anchor dalam tin.

Chef Florence Tan yang mengetuai demonstrasi masakan ini menyediakan tiga resipi unik iaitu kek coklat supermoist bersadur coklat, tat labu berkeju dan biskut emping jagung emas bermadu dengan badam yang mempunyai aroma yang hebat dan rasa unggul mentega Anchor dalam tin. Mentega ini diperbuat oleh pakar tenusu dari New Zealand sejak beberapa generasi yang menghasilkan antara susu yang paling berkualiti di dunia.

“Para pengguna hari ini inginkan makanan yang enak daripada sumber serta hasil yang semula jadi. Saya berasa amat bangga bahawa mentega Anchor dalam tin dapat memenuhi kedua-dua keperluan serta permintaan ini. Rasa mentega yang beraroma lazat ini tentunya datang daripada 100% susu lembu New Zealand yang diberi rumput sebagai makanan harian,” kata Jack Tan, Pengarah Perkhidmatan Makanan Fonterra Brands Malaysia. – Chef Florence Tan perkenalkan 3 resipi istimewa guna mentega Anchor dalam tin

Mentega Anchor dalam tin diperbuat daripada krim segar bermutu tinggi yang diperolehi daripada 100% tenusu asli New Zealand yang kaya dengan aroma yang terpelihara serta kekal di dalam tin bagi memberikan kelazatan dan rasa yang unggul. Pembungkusan berkualiti tinggi memudahkan penyimpanan selain mengekalkan kesegaran rasa mentega bagi meningkatkan keenakan makanan manis dan juga berempah termasuklah kek lapis, biskut, kek paun hinggalah nasi kurma dan ayam kurma.

“Saya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Anchor Food Professionals untuk berkongsi kebaikan menggunakan mentega berkualiti tinggi demi menghasilkan makanan yang lazat. Resepi yang kami kongsikan pada hari ini menonjolkan rasa dan tekstur mentega bermutu tinggi yang terdapat pada mentega Anchor dalam tin dan saya berharap dapat memberikan inspirasi kepada mereka yang gemar membuat kek dan memasak untuk turut mencuba di rumah,” kata Florence Tan.

Wakil media dan influencer media sosial turut menyertai sesi demonstrasi masakan bersama Chef Florence menggunakan mentega Anchor dalam tin. Resepi-resepi istimewa ini boleh didapati di https://www.facebook.com/AnchorFoodProfessionalsMY.

Anchor Food Professionals sejak sekian lama telah menghasilkan produk tenusu dari New Zealand daripada ternakan lembu yang diberikan rumput semula jadi. Ia kemudian dibekalkan kepada restoran, kafe dan pembuat kek dan roti bagi membolehkan mereka memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan rasa makanan yang lazat.

Anchor Food Professionals amat berbangga dapat berkongsi produk tenusu berkualiti tinggi ini dengan seluruh warga Malaysia.  Produk tenusu terbaik ini adalah hasil daripada faktor cuaca di New Zealand yang sederhana di mana ternakan lembu diberikan rumput sepanjang tahun serta usaha gigih dan ketekunan dari 10,000 peladang pemegang saham Fonterra yang memiliki kepakaran dan pengalaman perladangan sejak beberapa generasi bagi menghasilkan produk yang selamat dan berkhasiat.

“Rumput yang baik menghasilkan susu yang berkualiti tinggi. Mentega dari lembu-lembu ladang rumput mengandungi pelbagai vitamin dan nutrien seperti beta carotene, yang memberikan hasil mentega dari New Zealand warna kekuningan semula jadi,” Jack Tan menambah.

Setiap tin mentega Anchor mengandungi 454g mentega asli dari New Zealand, dan boleh didapati di Tesco dan kedai-kedai yang menjual barangan membuat kek di seluruh Malaysia. Pilihlah mentega yang bermutu tinggi untuk masakan dan membuat kek dan roti untuk hasil yang lazat hari ini! – Chef Florence Tan perkenalkan 3 resipi istimewa guna mentega Anchor dalam tin.

 

Maklumat lanjut mentega Anchor dalam tin serta resepi dari Chef Florence, layari laman Facebook rasmi Anchor Food Professionals di www.facebook.com/pg/AnchorFoodProfessionalsMY/.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here