SHARE

Masjid Baru Taman Bukit Bendera Mentakab – 2020 Tahun Baru Buku Baru

mentakab mosque
Masjid Taman Bukit Bendera, Mentakab, Pahang yang baru siap dibina.

Menjelang tahun baru 2020 baru baru ini Anita Entertament & Productions telah hadir memberikan sokongan kepada ahli kelab Anita Bikersnya iaitu Pattin Tajuddin dalam majlis penyerahan masjid yang baru siap dibina di Taman Bukit Bendera Mentakab, Temerloh, Pahang.

Majlis itu dihadiri penduduk taman Bukit Bendera, tetamu kehormat dan tetamu undangan, PU Amin yang hadir bagi menjayakan majlis kesyukuran dan ceramah menjelang Tahun Baru 2020. Beliau menyampaikan ceramah berjodol Tahun Baru, Buku Baru. – Masjid Baru Taman Bukit Bendera Mentakab – 2020 Tahun Baru Buku Baru.

 

Masjid Baru Taman Bukit Bendera Mentakab – 2020 Tahun Baru Buku Baru

Majlis dihadiri kira-kira 800 tetamu undangan bagi meraikan pembukaan Masjid Taman Bukit Bendera Mentakab, yang pembinaannya menelan lebih sejuta ringgit dan disiapkan lapan bulan sahaja.

 

“Pembinaan masjid ini tentunya untuk kemudahan penduduk di persekitaran Taman ini menunaikan kegiatan ibadah keagamaan dan kemasyarakatan,” kata Pattin Tajuddin selaku individu yang membina Masjid berkenaan. – Masjid Baru Taman Bukit Bendera Mentakab – 2020 Tahun Baru Buku Baru

 

Aktiviti yang di adakan sempena majlis pembukaan itu ialah lawatan dan Perasmian Pembukaan pada sebelah siang sementara malam Kenduri Doa Selamat & Ceramah Khas oleh Penceramah PU Amin.

 

Selain aktiviti di Masjid, Saudara Pattin Tajuddin turut membawa tetamu jemputan khas menikmati bersama Makanan popular di Negeri Pahang iaitu masakan Ikan Patin & Mertabak Temerloh, Pahang. Beliau meraikan kunjungan tetamu lain termasuk pihak media dan memuji kelazatan serta keenakan masakan popular itu.

 

Syarikat pembinaan menerima penghargaan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana berjaya menyiapkan masjid dalam tempoh yang ditetapkan.

 

Nama Masjid : Masjid Taman Bukit Bendera, Mentakab, Temerloh, Pahang.
Dibina pada :   8 Mac 2018 dan siap pada 25 November 2019.
Kontraktor pembinaan : Syarikat Qhairun Resources yang di award oleh JKR Pahang .
Kos projek: RM2.9juta.
Kapasiti : 650 jemaah pada satu masa.
Keunikan:  Reka bentuk masjid baru yang pertama di Pahang.

 Masjid Baru Taman Bukit Bendera Mentakab – 2020 Tahun Baru Buku Baru

speech
PU Amin sedang menyampaikan ceramah sempena majlis pembukaan masjid.

 

Dua dari kiri: PU Amin, Pattin Tajuddin & Anita Yusop dari Anita Entertament & Productions.

Sesiapa memerlukan khidmat dalam kerja-kerja pembinaan boleh menghubungi talian 019 6695577.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here