SHARE
kebakaran di australia –  Pix: Sydney news & Life

Apabila laut bergelora, tsunami atau banjir menggila, kawasan daratan tanah tinggi menjadi tumpuan untuk menyelamatkan diri. Apabila api berhamarajalela di daratan, kawasan berdekatan air laut menjadi tempat untuk menyelamatkan diri.

Gambar daripada instagram seorang netizen

Demikian Allah SWT jadikan semua tempat di muka bumi ini berguna dan pada masa sama berbahaya mengikut situasi.

Kebakaran hutan meluas merebak secara tidak terkawal di pantai timur Australia, yang sedang berlaku ekoran suhu tinggi dan angin kencang, menyebabkan penduduk di kawasan terbabit diminta berkumpul di kawasan tanah lapang tepian pantai supaya dekat dengan air.

Air dan api adalah berlawanan daya dan fungsi, namun saling diperlukan oleh manusia dalam kehidupan.

Kebakaran di Australia, Penduduk Diminta Berkumpul di Tepi Pantai

Sehingga semalam api masih marak di kawasan terbabit, anggota bomba masih berusaha memadamkan api. Pasukan bomba bertungkus lumus berjuang menyelamatkan nyawa dan harta benda penduduk.

Perubahan keadaan angin juga memburukkan situasi kerana menyebabkan beberapa kebakaran besar bercantum, demikian laporan Berita Harian semalam bersumberkan Reuters.

Difahamkan Victoria merekodkan 14 kebakaran pada tahap kecemasan atau amaran yang memerlukan pemindahan, New South Wales mempunyai 11 kebakaran kecemasan selain lebih 150 kebakaran lain di seluruh beberapa negeri itu.

Banyak kebakaran baharu turut dilaporkan dan ada kebakaran lain sudah melepasi garisan kawalan. Kebakaran di Australia, Penduduk Diminta Berkumpul di Tepi Pantai

Lebih memburukkan keadaan, ada beberapa kebakaran bercantum, api sangat kuat dan besar sehingga mencetuskan beberapa ribut petir api, kata Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Luar Bandar (RFS) New South Wales, Shane Fitzsimmons.

Perdana Menteri Scott Morrison pula memaklumkan 23 kematian akibat kebakaran di seluruh negara itu, pada musim kali ini, sejak September lalu. Katanya, 12 kematian membabitkan mangsa terkorban, minggu ini sahaja.

Kebakaran di Australia, Penduduk Diminta Berkumpul di Tepi Pantai

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here