SHARE

Karnival “Cik B Vaganza Food Fest di Stadium Shah Alam


Cik B Dato’ Seri Vida Khamis lalu  melancarkan Karnival “Cik B vaganza Food Fest” yang bertempat  di Ancasa Hotel. Cik B yang merupakan anak dara kepada usahawan terkenal Ketua Pengarah Urusan Vida Beauty Sdn Bhd, Dato’ Seri Dr Hajah Hasmiza Othman yang juga dikenali sebagai Dato’ Vida juga merupakan CEO termuda yang mempunyai perniagaannya sendiri.

Karnival Cik B Food Festival ini bakal diadakan pada  20 hingga 22 Disember 2019 bertempat di perkarangan tempat letak kereta (W4) Stadium Shah Alam.  Fiesta tiga hari itu berkonsepkan ‘foodtainment’ iaitu gabungan makanan dan minuman bersama-sama hiburan. Karnival “Cik B Vaganza Food Fest di Stadium Shah Alam

 

Buat julung kali Karnival ‘Cik B Vaganza Food Fest 2019’ diadakan  oleh anak syarikat Vida Beauty Sdn Bhd iaitu Cik B Boba Lova Niaga. Karnival yang menerima penajaan utama daripada Uda Holdings Berhad ini akan disempurnakan oleh Dato’ Vida pada hari Jumaat, 20 Disember 2019 pukul 3 petang.

Program ini merupakan platform terbaik untuk memperkenalkan, mempromosi dan memartabatkan produk-produk keluaran usahawan kecil di seluruh Malaysia. Sebanyak 200 usahawan kecil bakal menyertai karnival ‘Cik B Vaganza Food Fest 2019’ yang melibatkan produk atau ‘end product’ berkaitan kesihatan, kosmetik dan kecantikan, aksesori selain makanan serta minuman.

Karnival ini bukan hanya untuk peniaga-peniaga tetapi juga akan disertai oleh artis-artis tempatan yang akan menjual produk mereka. Sebanyak 60 artis akan membuka gerai jualan pada karnival kali ini. Karnival “Cik B Vaganza Food Fest di Stadium Shah Alam

Karnival yang diinspirasikan oleh Cik B yang juga Ketua Pegawai Eksekutif VAGANZA FOOD FEST turut membawa mesej kepada anak-anak muda untuk berani memulakan perniagaan meskipun masih muda dan mentah, seperti mana yang dilakukan oleh Cik B yang baru berusia 14 tahun namun sudah menggalas tanggungjawab yang besar sebagai CEO.

Penganjuran karnival ini mensasarkan jumlah pengunjung lebih 30,000 orang dengan target jualan sebanyak 10 juta ringgit. Ia juga dianjurkan untuk mengumpulkan pelbagai jenis bentuk makanan dan minuman yang sedap, terkenal dan viral pada skala yang lebih besar dan dalam masa yang sama menaiktaraf industri makanana kepada satu peringkat yang lebih tinggi dengan pengikutnya yang tersendiri.

‘Cik B Vaganza Food Fest 2019’ merupakan satu karnival yang mengumpulkan usahawan kecil dan selebriti dalam satu fiesta yang terbesar di Malaysia. Selain itu, ia juga diadakan untuk menggalakkan aktiviti riadah sambil berhibur bersama keluarga sempena cuti sekolah. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan kepada pengunjung antaranya rumah hantu, kemunculan dinosaur, pesta lampu, pertandingan memasak, pertadingan mewarna, hiburan oleh artis-artis tempatan setiap malam dan banyak lagi.

Selain itu turut diadakan sesi ‘Meet & Greet’ bersama-sama artis tempatan yang juga Usahawan Selebriti yang bersama-sama memeriahkan gerai jualan di karnival ini. Cabutan bertuah juga akan diadakan pada hari terakhir yang menawarkan pelbagai hadiah menarik yang boleh dibawa pulang oleh pengunjung. Bagi menyertai cabutan bertuah pengunjung hanya perlu  membeli sebanyak RM100 sahaja.

Bagi mereka yang tinggal di Shah Alam khasnya dan di Lembah Klang bolehlah mengunjungi karnival foodtainment yang bakal menyajikan aneka makanan dan minuman yang sedap dengan pelbagai aktiviti hiburan menarik untuk seisi keluarga.

Bagi yang berminat untuk turut sama berniaga bolehlah hubungi pihak penganjur iaitu Cik B Boba Lova Niaga. Karnival “Cik B Vaganza Food Fest di Stadium Shah Alam

#CikBVaganzaFoodfest2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here