SHARE

Freaky Fitz Membuka Peluang Berniaga Kepada Yang Berminat

 

Baru-baru ini Varia Seri telah di undang menghadiri bengkel ‘Mastering Class & Meet And Greet 2.0 Team’ agen dan stokis minuman supplemen Freaky Fitz yang diadakan di Bangi, Selangor. Program kali kedua yang diadakan pada hari Ahad itu dihadiri oleh stokis dan agen seluruh negara termasuk dari Singapura. Program ini diadakan secara percuma bagi pengedar yang ingin menambah ilmu perniagaan.

Menurut Pengedar Tunggal Freaky Fitz Dato Amin Ismail pihaknya kini telah bersedia untuk menambah dan melebarkan perniagaan Freaky Fitz mulai tahun 2020. Pihak Freaky Fitz akan jelajah ke seluruh negara untuk melantik lebih banyak stokis dan pengedar terutama di Utara, Pantai Timur, Selatan dan Sabah Sarawak. Freaky Fitz Membuka Peluang Berniaga Kepada Yang Berminat

Menurutnya lagi kelas akan diberi percuma kepada mereka yang berminat menjadi ejen atau stokis produk. Ini juga merupakan kelas kedua yang diadakan untuk pengedar dan stokis. Tambah Dato Amin lagi beliau membuka kelas secara percuma untuk mereka yang berminat menjadi ejen atau stokis di mana Kelantan akan menjadi lokasi pertama sebelum akhir tahun.
 
Pada kali ini juga pihak Freaky Fitz meraikan jualan tertinngi untuk stokis dan pengedar. Terdapat enam stokis jualan tertinggi yang diraikan dan pemenang pertama dimenangi oleh, Dian Abdullah  dari negara  Singapura yang berjaya menjual sebanyak RM108, 280.
Untuk tempat kedua Atiqah Ismail dengan jumlah jualan sebanyak RM68,200 diikuti Mohd Safwan Shari dengan jumlah jualan sebanyak RM55,000. Freaky Fitz Membuka Peluang Berniaga Kepada Yang Berminat
Tiga yang lain pula dimenangi Puspa Ismail RM25,600  Mas Irwady Karim RM25,450 dan Jenita Md Hayyad yang berjaya menjual sehingga RM22,670.
Selain kelas percuma stokis dan pengedar yang berdaftar bukan hanya mendapat peluang dan latihan untuk menjadi seorang usahawan berjaya malah  telah menyediakan cabutan bertuah dengan hadiah menarik pada tiga peserta bertuah. Freaky Fitz Membuka Peluang Berniaga Kepada Yang Berminat

 

Tambah  Dato Amin lagi, beliau mensasarkan ‘target’ jualan sebanyak 300,000 unit produk Freaky Fitz menjelang akhir tahun atau dalam, tempoh beberapa bulan sehingga suku pertama tahun 2020.
“Saya yakin kami mampu mencapai sasaran tersebut dalam tempoh terdekat dengan perlantikan wakil stokis dan pengedar dari seluruh negeri-negeri, “ jelas Amin.
Sehubungan itu tambah Amin, pihaknya kini sedang giat menjalankan promosi untuk mencari wakil-wakil di setiap negeri. Freaky Fitz Membuka Peluang Berniaga Kepada Yang Berminat
Dan buat masa ini hanya terdapat 300 ejen dan stokis di Selangor, Johor Bahru dan Pulau Pinang sahaja,” sambungnya.
Menurut Amin lagi  ketika dilancarkan kira-kira lebih dua bulan lalu, makanan tambahan yang mampu mengurangkan berat badan itu telah dijual sebanyak 30,000 unit.
Pihak kami masih membuka peluang kepada mana-mana individu yang ingin dan berminat menjadi ejen dan modal perniagaan adalah mampu milik, demikian menurut Amin lagi.
“Sebagai ejen mereka cuma perlu membeli sepuluh botol pada harga RM59 manakala untuk stokis harus mendapatkan 100 botol pada harga RM52.  Harga jualan runcit Freaky Fitz  pula ialah RM79″, tambah Amin lagi.  Freaky Fitz Membuka Peluang Berniaga Kepada Yang Berminat
Bagi yang berminat pihak Freaky Fitz mengalu-alukan mana-mana individu yang ingin menyertai meraka. Untuk maklumat lanjut peluang perniagaan Freaky Fitz sila hubungi https://www.facebook.com/freakyfitzoriginal/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here