SHARE

Peminat artis Bollywood Dilit Dosanjh bakal disajikan dengan konsert live pertama beliau di Malaysia. Konsert pertama Dilit Dosanjh Live in Malaysia ini bakal diadakan pada tanggal 13 Disember pada jam 8.00 malam di KL Live Centre, Kuala Lumpur.

Lelaki berusai 35 tahun ini merupakan penyanyi,pelakon dan pengacara televisyen yang terkenal di India. Malah merupakan selebriti social media untukindustri Hindi dan Punjab. Diljit merupakan anak kelahiran Punjab, India ini memulakan perjalanan seninya pada tahun 2004 melaluialbum Ishq Da Uda Ada dan merupakan salah seorang penyanyi terkenal di India.

Menurut Diljit dia sangat teruja untuk mengadakan persembahan di Malaysia buat kali pertama. Beliau tidak sabar untuk menghiburkan dan menggegearkan dengan lagu-lagu hitsnya untuk peminat di Malaysia. Sudah banyak yang saya dengar tentang Malaysia. Dan kali ini tiba masanya untuk saya menghiburkan anda dengan “heavyweight bhangra”  Saya akan muncul bersama 18 pemuzik khas dari India yang akan menjadikan hari tersebut satu hari yang bermakna buat semua’, ujar Diljit.

Konsert ini juga bakal menyajikan penerima anugerah’ Most popular Song of the Year” dan “Best Bhangra Song of The Year” Anugerah Muzik Punjabi ini menyanyikan lagu-lagu hitsnya seperto Do You  Know, 5 Taara, Put Jatt Da, Raat Di Gedi dan banyak lagi.

Sepanjang kariernya Diljit telah meraih 20 anugerah sebagai penyanyi dan 7 anugerah lakonannya. Diljit juga telah menghasilkan 13 album dan 21 buah filem Bollywood dan Punjabi serta 40 buah single sepanjang karienya. Lagu-lahu beliau mepunyai ratusn juta tontonan di Youtube.

Bagi yang berminat anda masih boleh dapatkan tiket yang berharga dari RM249 secara online www.myticket.asia. Untuk pembelian Upper Deck anda boleh hubunggi talian +60125015783 atau +60123805783 untuk tempahan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here