SHARE

Eratkan Hubungan Kaum, Misi Baru Anita Bikers@Anita Entertainment & Production

Anita Bikers/Anita Entertainment & Production terus menggiatkan aktivitinya bersama ahli grup motosikal dibawah naungannya.

Pada 9 hingga 12 November (2019) lalu mereka berada di Kedah untuk bêberapa aktiviti penting.

Pada 9 dan 10 Nov, mereka memeriahkan Majlis Maulidur Rasul di Madrasah Nadhirah At Taqwa Sg Petani.  Sempena majlis itu diadakan majlis pelancaran kutipan tabung sumbangan bagi pengangkutan van untuk anak yatim tahfiz Madrasah Nadhirah At Taqwa. Majlis itu dihadiri pengetua Madrasah, Pak Lang dan jemputan dari seluruh negeri.

Anita di Majlis pelancaran derma

Pada 11 November pula, mereka memeriahkan açara resepsi majlis perkahwinan India Kedah Indian Association di Alor Setar Kedah.

Menurut Anita, dalam kemelut perkauman sekarang, pihaknya mengambil satu inisiatif baru iaitu untuk merapatkan silaturrahim di antara kaum dengan mengadakan majlis yang boleh menyatukan di antara kaum-kaum yang ada di negara ini. Misi yang terbaru ini adalah satu permulaan.

Berkonvoi dengan iringan Anita Bodyguards Motor Escort Team BMET (Bodyguards) dan Gold Wings Raider Malaysia (GWRM), mereka menyertai majlis itu yang diserikan dengan kehadiran Maskot Kasanova Event, pada sebelah malam.

Acara jamuan Nasi Kandar itu berlangsung di Royale Restoran Alor Setar. Majlis menerima kunjungan jemputan seramai 500 orang, yang diiringi kumpulan pengawal peribadi khas. Mereka berkonvoi bersama pengantin yang dibawa oleh Anita Entertainment & Productions.

Pada hari ketiga pula diteruskan dengan aktiviti kempen `jom makan dan tinjau` di tempat pengeluaran Jeruk Madu Pak Ali di Wakaf Siti Aishah, Seberang Prai Utara Sg Dua, Pulau Pinang.

 

Kunjungan mereka  disambut oleh Pengurus Operasi Ibu Mami Rosaida dan kakitangan Jeruk Madu Pak Ali yang membawa Anita dan Pengawal peribadinya daripada kumpulan BMET bersantai merasai keenakan Jeruk Madu Pak Ali yang tersohor itu.

Sementara dalam kembara seterusnya, Anita Yusop selaku Pengarah Urusan Anita Entertament & Productions yang juga Pengasas Anita Bikers Club Malaysia akan meneruskan misi kembaranya melalui siri-44 di Borneo.

 

Pada 25 hinga 30 Disember ini, mereka akan merentasi Borneo bersama KTNS Holdings Sdn Bhd Dan POS Logistik Malaysia untuk jelajah bermotosikal ke Sarawak dan Brunei sempena Temburong Bike Day Brunei bersama penganjur, Persatuan Penunggang Nthree Rider, Brunei dan seterusnya ke Kalimantan.

Bagi yang berminat untuk turut serta boleh menghubungi 01123248285 untuk keterangan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here