
SetreoFest festival muzik pertama yang terbesar dan julung kali diadakan di Singapura. Festival terbesar Muzik Melayu ini dibawakan oleh Adi Media Pte. Ltd yang merupakan pencipta bazar popular selebriti CelebFest dan festival makanan dan membeli beah Twilight Flea & Feast.
Festival Muzik ini akan berlangsung selama dua hari dan akan menampilkan 20 barisan artis popular dari Indonesia, Malaysia dan Ssingapura. Di antara artis yang akan membuat persembahan untuk kali ini adalah 4U2C ,New Boyz, Zee Avi, Ayda Jebat,, Andi Bernandee, Elizabeth Tan danIsmail Izzani dari Malaysia,, Jaz dan Judika dari Indonesia serta ANBS dan Rahila Rashun dari Singapura.
Selain dari persembahan, para pengunjung juga akan disajikan pelbagai tawaran makanan dan minuman dari vendor terkenal tempatan di Festival Village.. The Village juga akan menyediakan beberapa stor dan menawarkan aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh famili danorang ramai.
Dian Rassid , Pengarah Urusan Adi Media Pte. Ltd. berharap SetreoFest dapat meningkatkan martabat muzik Melayu di rantau ini, dan juga menyediakan platform bagi penyanyi tempatan untuk berada di pentas sama dengan artis terkenal. Pada masa yang sama kami juga ingin memberikan peminat destinasi di mana mereka boleh bersantai sambil berhibur dan menikmati artis kegemaran mereka.
Selain dari festival muzik, Adi Media juga akan mengadakan pertandingan Setreo Search untuk mencari artis baru. Pertandingan ini akan diadakan dalam talian pada peringkat awal. Lapan terbaik akan dipilih dan akan membuat persembahan secara live di CelebFest pada Disember ini. Juara akan membawa pulang hadiah bernilai SGD 10,000 selain kontrak rakaman EP dan juga slot persembahan di SetreoFest pada Februari 2020.
Tiket untuk SetreoFest boleh didapati di www.setreofest.asia. Harga tiket bermula dari RM204 (SGD68) untuk sehari, RM384 (SGD128) untuk 2 hari, RM594 (SGD198) untuk VIP satu hari dan RM1104 (SGD368) untuk VIP 2 hari serta Meet & Greet. Untuk maklumat lanjut dan info terkini anda boleh ke platform sosial media instagram dan Facebook @stereofest.asia.