SHARE

Part 2, Jelajah Kuala Lumpur Untuk Semua @ Kuala Lumpur for All – Oleh Rashidah Ibrahim

Bubble-Bee-Kafe

Hari kedua jelajah Kuala Lumpur Untuk Semua @ KL for All  (24-26 Oktober) bersama Majalah Gaya Travel, awal pagi ke lorong terpencil Kwai Chai Hong di Jalan Petaling @ Chinatown Malaysia.

Sebahagian hasil penerokaan kami di lorong seni Kwai Chai Hong di Jalan Petaling itu telah pun dikongsi di Varia Seri dalam artikel Part 1. Jelajah hari kedua dan ketiga membawa kami ke beberapa kedai makan di sekitar ibu kota.

Selepas meronda sambil menghayati seni mural yang menghiasi bangunan kedai berusia lebih satu abad dan mendengar kisah kehidupan masyarakat Cina pada masa lalu di situ, kami singgah minum di Bubble Bee Cafe.

Kafe ini menawarkan ais krim berbalut wafle berbenjol@bubble dalam kun kertas. Makanan ringan ini dikatakan berasal dari Hong Kong. Di sini, bukan makanan yang saya terpesona, sebaliknya lebih terpikat kepada suasana dalaman kafe.

Kami masuk daripada pintu belakang yang menempatkan lorong seni. Ruang pertama dilalui berhias gantungan tanglung. Rekaan dalamannya menampilkan kemasan kayu pada lantai, siling dan tangga.

Sambil menunggu ais krim yang kesudahannya tidak sempat dijamah, saya naik ke atas loteng untuk meninjau apa yang ada. Dengan berhati-hati memanjat tanggga kayu, sampai di atas kelihatan loteng kosong tanpa perabot, hanya ada beberapa tilam dihamparkan begitu sahaja di atas lantai.

Dari tingkat atas boleh melihat jelas suasana di lantai aras satu, melalui deretan tingkap loteng berkenaan.

Set makanan nyonya Big Baba

Selesai di situ, kami segera beredar menerusi lorong sama menuju ke tempat bas. Sementara menunggu bas tiba, sempat merakam gambar suasana sekitar Jalan Panggung, mungkin mengambil sempena panggung yang pernah wujud di situ. Terdapat sebuah bangunan berhampiran dengan tanda nama ‘lorong panggung’,  mungkin itulah panggung yang menjadi ilham nama jalan itu.

Seterusnya kami dibawa makan tengahari di Big Baba, Taman Desa, yang menghidangkan makanan Nyonya Peranakan. Antara hidangan, Pai Tee, Kari Kapitan, Sambal Udang, Sup ayam, Gulai Lemak Udang dan Cendol kuah manisan gula Melaka.

Sebelum ke Kenny Hills Bakers, kami singgah dahulu di Bingka KL, pengeluar barang berasaskan hiasan seni lukisan di atas fabrik, yang dijadikan produk tertentu sepert beg, sapu tangan, kain alas dan sebagainya. Hasil lukisan berseni lakaran mata pena itu, tampil unik dan istimewa dengan motif berunsurkan Malaysia.

Menjelang lewat petang, kami sampai di Kenny Hills Bakers iaitu kedai masakan Barat – pizza, pastri, spaghetti, roti dan lain-lain. Rotinya istemwa kerana dikatakan tidak mempunyai kandungan gluten. Kedai itu mengimport tepung organik stone-milled yang bermutu tinggi dan menyihatkan. Antaranya, roti segar wholemeal sourdough loaves dan organik bagels.

Jam 7.30 petang, barulah kami sampai di Hotel Furama, Jalan Bukit Bintang, tempat kami menginap. Selepas rehat seketika, kami terus berkejar menyertai sesi lawatan ke bilik hotel Furama dan taman tema mini, iaitu tempat permainan kanak-kanak dalam bangunan dikenali Waka Waka.

Esoknya pada hari ketiga, setelah sarapan pagi kami terus bergerak ke Crazepop, yang menghasilkan produk makanan berseni sepertii di bawah ini.

Menariknya, di sini peserta berpeluang melakukan aktiviti menghias ais krim Crazepop.  Produk terakhir yang kami lawati adalah StarbuCks Drive Thru Ampang.

Trip tiga hari dua malam Jelajah Kuala Lumpur Untuk Semua @ Kuala Lumpur for All ini dianjurkan oleh Kuala Lumpur Tourism Bureau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here