Kuala Lumpur, 31hb Oktober 2019 – Adik beradik Ilyn dan Elyn Loh dari Kuala Lumpur membanggakan Malaysia dan mengkibarkan Jalur Gemilang dengan tinggi di pertandingam Little Miss & Mister United World 2019 yang diadakan di pulau Tenerife di Sepanyol dari 2 hingga 8 Oktober 2019, baru –
baru ini. Ilyn yang berumur 11 tahun adalah pemenang International Model Grand Prix 2019. Ia merupakan kali pertama bagi perwakilan dari Malaysia untuk mencapai pencapaian yang setinggi itu dalam persaingan kanak-kanak antarabangsa yang berprestij itu. Ilyn juga memenangi anugerah Best Photo
Model dan Best Art Costume, dan ditempatkan dalam susunan 10 terbaik dalam pertandingan bakat Golden Laurel Olympiad .

Adik perempuannya, Elyn Loh yang berusia 7 tahun dinobatkan pula sebagai Mini Miss United World 2019 – Group Champion (umur 7 – 9). Dia juga memperoleh anugerah Best International Model Catwalk dan Best Video. Dia juga ditempatkan dalam peserta 10 terbaik dalam pertandingan bakat Golden Laurel Olympiad. Kenyataan ini dimaklumkan kepada ahli media, tenaga pengajar, penyokong dan penyumbang, ahli keluarga, rakan-rakan rapat, dan tetamu jemputan yang menghadiri sidang akhbar yang diadakan di Ampang Glasshouse, Kuala Lumpur, pagi ini. Selain dari sidang media itu, satu acara yang bertemakan
Halloween akan diadakan pada waktu petang pula untuk menunjukkan penghargaan kepada semua yang menyumbang dan menyokong perjalanan adik-beradik yang istimewa itu, dari persediaan sampai ke kemenangan mereka di Tenerife.
Menurut Swan Lum, ibu mereka itu yang mengatakan dengan hati yang sangat gembira, “Tiada kata yang dapat benar-benar menggambarkan emosi saya ketika melihat kedua-dua gadis saya yang mencapai kejayaan dengan serentak memenangi Grand Prix Model Antarabangsa 2019 dan Mini Miss
United World – Juara Kumpulan.” Dengan titisan air mata yang mengalir, ibu yang bangga itu menambah “ Ini benar-benar ganjaran terbesar dalam hidup saya kerana dapat menyaksikan kedua-dua anak saya mencapai gelaran yang paling mulia di pentas dunia. Saya bersyukur kepada semua perkara
yang telah berlaku. Sememangnya mimpi seorang ibu menjadi kenyataan.”

Pasangan muda dari SJKC Tsun Jin itu, bukan sahaja mendapat anugerah berprestij tetapi juga dapat memulakan banyak persahabatan yang baru dari seluruh dunia, semasa pertandingan antarabangsa itu, yang menyaksikan 47 perwakilan dari 20 negara bertungkus lumus untuk mendapatkan
penghormatan.

Untuk mencapai tahap pencapaian setinggi ini, pasangan muda itu sangat bersyukur atas bimbingan dan kasih sayang yang diberikan oleh Jessie Foo Mooi-Chun dan Cher Win, guru-guru yang berdedikasi mereka. Jessie dan
Cher Win adalah dari akademi menari Dance V Me. Ketua akademi itu. Jessie Foo adalah pengajar profesional tarian Latin American dan Ballroom dan adjudikator antarabangsa. Beliau adalah pengasas dan penganjur Little Miss
Malaysia dan juga Pengarah Kebangsaan Little Miss Mister United World. Dengan program yang diatur dan disusun dengan rapi oleh Jessie, Ilyn & Elyn berjaya menyiapkan diri untuk pertandingan ini dalam masa hanya 4 bulan. Ilyn dan Elyn melayakan diri ke pertandingan Little Miss & Mister United
World 2019 selepas menyertai Little Miss Malaysia 2017/18 dan masing-masing memenangi gelaran Miss Glamor dan Mini Princess. Tidak asing
dalam pertandingan kanak-kanak, pasangan yang rajin itu turut memenangi dua anugerah dalam pertandingan Prince and Princess International 2018 di Phuket.
“Cinta seorang ibu tidak mempunyai batasan”, berkongsi Swan Lum ketika dia menerangkan persedian mereka yang sungguh teliti untuk persaingan di
Tenerife. Itulah sebabnya setiap usaha dibuat untuk memastikan anak -anak perempuannya disediakan dan dijaga dengan baik sebelum pertandingan, dengan cara yang seimbang.
Semasa pertandingan di Sepanyol, Ilyn dan Elyn meragakan pakaian yang bergaya, cantik dan elegan yang direka khas oleh pereka muda Michael Ooi dari Pulau Pinang, Masa yang lama digunakan untuk mencipta sejumlah 10 pakaian yang dipaparkan oleh mereka di pertandingan itu. Kostum Ilyn yang
direka oleh Micheal dinobatkan anugerah Best Art Costume.
Untuk mencapai kejayaan mereka, Ilyn dan Elyn melalui dan menanggung segala macam penilaian dan pengalaman, yang tertakluk kepada wawancara yang mencabar, persahabatan baru, mengambil bahagian dalam pertukaran
budaya, menjalani latihan sengit, sambil menjalani pelbagai latihan dari catwalk sehingga ke bakat.
Little Miss & Mister United World, yang pada asalnya dikenali sebagai Festival Kanak-kanak Antarabangsa “Little Miss World”, diasaskan oleh Natalya Kovalyova sebagai perayaan untuk kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki dari umur 5 hingga 14 tahun, Ia ditubuhkan pada pada tahun
2000 dan dibentuk dengan matlamat untuk mewujudkan kanak-kanak yang berbakat, berpendidikan, mesra dan bermotivasi. Objektifnya adalah untuk mengumpulkan wakil-wakil dari seluruh dunia untuk perayaan kanak-kanak tahunan itu, untuk mengukuhkan hubungan mesra antara pelbagai negara ,
untuk mencari dan meneroka warisan budaya dunia dan untuk
mempersembahkan bakat setiap individu.

Perayaan ini unik kerana simbiosis harmoni yang bersifat peribadi, kreativiti dan kedudukan ekologi aktif. Salah satu pusingan utama perayaan ini ialah persembahan bakat. Satu lagi pusingan utama ialah pembentangan projek ekologi oleh setiap peserta, yang dinilai oleh juri antarabangsa profesional.
Setiap negara yang berkongsi planet kita mempunyai warisan budaya yang penting. Little Miss & Mister United World menyatukan kepelbagaian dan keindahan warisan ini dari setiap sudut dunia kita. “Kanak-kanak mampu
menyentuh hati kita. Bakat mereka menawan dan memberikan kegembiraan.” Semua peserta festival menerima pencalonan peribadi, mahkota, piala kristal,
hadiah dari pelbagai rakan-rakan kongsi perayaan. Para pemenang juga menerima sumbangan wang untuk mengembangkan bakat mereka dan juga
projek alam sekitar di negara mereka.
Pada tahun ini pertandingan itu diadakan di Tenerife, sebuah pulau unik yang bergunung berapi, yang terletak di Kepulauan Canary. Pulau tropika yang indah itu, yang penuh dengan pelbagai pantai: liar atau dilengkapi dengan baik, dengan pasir dan batu gunung berapi putih dan hitam, dan taman-taman
alam dengan pemandangan luar biasa dan dihias oleh gaung-gaung semulajadi yang mengelilingi gunung berapi Teide. Mereka yang telah melawat kawah gunung berapi ini pada ketinggian hampir 4000 meter, mengatakan bahawa untuk pergi ke sana, seolah-olah anda menyentuh langit. Pulau ini juga dikenali dengan ikan paus dan ikan lumba-lumba, dan merupakan tempat yang sangat sempurna untuk Little Miss & Mister United
World bagi tahun ini.

 

Hari pertama pertandingan bertajuk Hari Persahabatan menyaksikan semua perwakilan bersama dengan ibu bapa mereka, dibentangkan dalam satu perayaan yang penuh dengan kasih sayang, kegembiraan dan keriangan, dan melihat kesemua-semuanya mempamerkan negara mereka dengan
kebanggaan. Hari Persembahan pada hari kedua menyaksikan semua perwakilanmenonjolkan bakat mereka dalam pelbagai kategori yang termasuk vokal, harian dan lain-lain. Kedua-dua Ilyn dan Elyn mempersembahkan tarian Paso Doble dalam rutin yang hebat masing-masing, yang diterima dengan baik oleh
kalangan penonton. Hari Lanun, mungkin hari yang paling menyeronokkan untuk para perwakilankerana mereka dapat berlayar ke laut di atas kapal berlayar replika abad ke-
17, dalam pakaian lanun sebenar yang berasaskan filem Pirates of the Caribbean, tetapi ditemakan sebagai Pirates of the Canary Islands. Malam terulung untuk para perwakilan kita ialah Malam Anugerah, yang memperlihatkan delegasi muda kita dari Malaysia, beraksi dengan cemerlang dan mencipta sejarah sambil mengharumkan negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here