SHARE

Harith Iskander dan isteri, minat berbeza dalam menghias rumah. Gaya siapa yang menang? 

Apa kata Harith apabila ditanya siapa ketua dalam menghias rumah.  Rupa-rupanya Harith Iskander dan isteri, minat berbeza dalam menghias rumah.

Kali ini admin mengimbau kenangan sewaktu bertugas dengan majalah hiasan dalaman nombor satu negara, Anjung Seri (AS). Peringkat seusia “Min”, pasti ingat pada majalah ini.

Di rumah Min, penuh dengan majalah itu. Masih disimpan dengan baik, kesemuanya. Bayangkan 20 tahun lebih bersama AS, berapa banyak naskah majalah itu yang ada? Boleh teka?

Harith-Iskander
Aksi Harith sewaktu rakaman gambar

Dah lama terfikir nak berkisah berkait dengan pengalaman kerja di majalah itu.

Hari ini, ‘Min’ ambil satu majalah secara rambang. Muka depan gambar pelakon, pelawak terkemuka dan pengacara, Harith Iskander. Melihat gambar itu terimbau balik kisah 6 tahun lalu.

Ogos 2013, bulan dan tahun gambar Harith Iskander menghiasi gambar kulit majalah Anjung Seri.

Kisah mereka disiarkan di muka surat 62 dan 63 majalah keluaran itu. Penggambaran berlangsung di showhouse Aviva Green Seremban 2, Negeri Sembilan.

Apabila ditugaskan untuk mengendalikan urusan sesi fotografi  gambar kulit bulan berkenaan dan Harith Iskander sekeluarga dipilih sebagai watak penghias gambar kulit, mulalah terfikir pakaian apa yang hendak diguna.

Disebabkan pengeluaran isu majalah itu sempena perayaan Aidilfitri, maka baju raya yang kami disediakan. Harith Iskander dan isteri, minat berbeza dalam menghias rumah.

Malas nak mencari di sana sini, maka koleksi pakaian sendiri saya keluarkan untuk mereka pakai. Bila lagi nak suruh selebriti pakai koleksi pakaian sendiri, inilah masanya. Dulu malah sampai sekarang, masih menyewakan pakaian tradisional, untuk suka-suka.

Sebab minat menjahit, dan kerjaya sudah terlari minat, maka saya menjahit pakaian untuk disewa. Ada yang dibeli, ada yang dijahit oleh adik.

Harith and kid
Harith dan anak

Baju Melayu ala sutera untuk Harith, kebaya les untuk isterinya Dr Jezamine Lim dan juga baju Melayu untuk anak mereka, Zander Xayne. Harith dan Dr Jezamine Lim saya sediakan baju biru sedondon sementara Zander baju Melayu kuning, dengan samping biru.

Sesampai sahaja di lokasi, Dr Jezamine mula disiapkan. Selepaskan disolek serba ringkas, beliau pun mengenakan kebaya les biru yang saya bawa. Nasib baik muat dengan tubuhnya yang ketika itu sedang berbadan dua.

Kemudian Harith dan si kenit menyarungkan Baju Melayu. Tidak sukar untuk menguruskan keluarga selebriti itu. Mereka tidak banyak kerenah. Sesekali Harith membuat lawak, menceriakan suasana. Ini memudahkan kerja jurugambar, Mohd Firdaus Mohd Johari.

Banyak kenangan mengendalikan sesi fotografi untuk gambar kulit majalah sepanjang bekerja dengan Anjung Seri selama 20 tahun lebih.

Kebanyakan tulisan asal masih saya simpan sampai sekarang, termasuklah cerita mengenai Harith. Senang sahaja nak dapatkannya semula, buka balik emel lama, jika tidak dipadam, adalah ia.

Tajuk diberikan dalam majalah itu ialah: Harith Iskander terpikat dengan kawasan di Seremban 2.

Imbau balik kandungan kisahnya.

Membesar pada tahun 70-an di rumah atas tanah di Ampang yang menawarkan apa saja kemudahan yang sebuah keluarga perlukan iaitu persekitaran selamat, ruang tamu luas dan ada halaman untuk anak-anak bermain adalah pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan oleh selebriti Harith Iskander.

Terkenal sebagai pelawak, host, pelakon, penghibur dan penerbit, beliau yang kini berusia  44 tahun (ketika itu – 2013) dan sudah berkeluarga sedang mencari kediaman lebih selesa, sesuai dengan peringkat kehidupannya yang kini mempunyai seorang anak kecil berusia setahun lebih dan bakal menimang seorang lagi cahaya mata.

Perkahwinan dengan wanita pilihannya, Dr Jezamine Lim menganugerahkan mereka anak lelaki pertama, Zander Xayne Iskander yang sangat comel.

Lebih setengah hari bersama mereka dalam sesi penggambaran gambar kulit majalah Anjung Seri bulan ini, kami berkesempatan menyaksikan secebis aktiviti keluarga selebriti itu yang kelihatannya agak sibuk mengejar jadual temu janji.

Anak berusia setahun lebih itu sudah pun menerima tempias kesibukan aktiviti seharian ibu dan bapanya apabila turut menjadi model dalam penggambaran majalah Anjung Seri yang diadakan serentak dengan penggambaran gambar kulit majalah Jelita.

Sebagai selebriti mereka tidak terlepas daripada menerima undangan rakaman gambar, lagi pun sifat pasangan itu memang meminati dunia glamor, apatah lagi Dr Jezamine juga minati bidang peragaan.

Penggambaran berlangsung di rumah contoh Aviva Green di Seremban 2, Negeri Sembilan. Biarpun nampak begitu mesra dan saling mengasihi, apabila ditanya soal gaya kediaman dan rekaan dalaman, Harith pantas menjawab: “Kami sebenarnya mempunyai cita rasa agak berlainan. Isteri saya suka kepada yang moden iaitu bergaya ringkas dan banyak unsur kaca tetapi saya menyukai gaya agak lama iaitu yang menonjolkan unsur kayu.”

Lanjut beliau lagi dalam nada selamba, “apa pun… yang pasti pada akhirnya gaya kediaman kami nanti, akan berpihak kepada kehendak isteri saya. Mengenai penampilan rekaan dalaman rumah kami, dialah bosnya! Harith Iskander dan isteri, minat berbeza dalam menghias rumah.

Dengan warna tema putih bersih, dua tingkap kaca lut sinar lebar di hadapan dan sisi serta perabot sofa dan meja gaya ringkas dan kemas, ternyata rekaan dalaman rumah contoh Aviva Green lebih memenuhi cita rasa Dr Jezamine yang gemarkan gaya moden. Harith Iskandar dan isteri, minat berbeza dalam menghias rumah.

Setelah 21 tahun terbabit dalam kerjaya seni dan hiburan serta pengacaraan, Harith mengaku masih gigih dengan kegiatan berkenaan, namun dari segi masa tidak memerlukan beliau keluar rumah setiap hari sebagaimana orang lain yang bekerja, pergi pagi dan balik petang.

“Saya banyak menulis dan kerja itu boleh dilakukan di rumah…jadi saya perlukan kediaman yang luas dan selesa, apatah lagi dengan kehadiran dua cahaya mata nanti. Isteri saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, jadi saya rasa kawasan di Seremban 2 ini sesuai untuk kami,” katanya yang bagaimanapun mengakui belum membeli mana-mana unit kediaman di situ, sebaliknya masih di peringkat pertimbangan. Harith Iskander dan isteri, minat berbeza dalam menghias rumah.

Baru dilantik sebagai duta IJM Land iaitu syarikat yang membangunkan Seremban 2, Harith mengakui tempat itu kini semakin dekat di hatinya.

“Tempat ini mengingatkan saya kepada zaman kanak-kanak. Tinggal di kawasan mempunyai jiran yang mesra, dapat bermain dengan bebas di halaman…saya mahu anak-anak kami membesar seperti mana saya alami dulu. Namun melihatkan faktor harga pada masa ini, agak mustahil untuk mendapat rumah seperti itu di Kuala Lumpur dan Selangor tetapi tidak mustahil di Seremban 2. Ini kerana harga unit rumah yang mempunyai kawasan tanah, separuh lebih rendah berbanding di Lembah Klang,” tambahnya.

Bagi penggambaran pada hari itu kami memilih ruang makan dikuasai warna putih dilengkapi meja makan bulat berpermukaan kaca lut cahaya warna kehitaman, dipadankan dengan 10 kerusi upholsteri berangka krom. Dr Jezamine berdiri sambil mendukung Zander membelakangi dinding berpanel cermin sementara Harith duduk di sisi meja.

Lokasi kedua ialah ruang dapur yang dilengkapi kabinet dengan meja berpulau sementara lokasi ketiga ialah halaman sisi yang tampil menarik dengan binaan pelantar kayu warna hitam di sekitar muka pintu sisi rumah yang turut diteduhi pergola.

Disebabkan giliran penggambaran kami paling akhir, Zander sudah mulai rimas dan memberontak, rakaman terpaksa dilakukan dengan pantas, pasangan itu menunjukkan aksi memujuk anak kecil itu sambil mengajar mengira epal hiasan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here