ANITA Ride Salam Pantai Timur 2019 Selesai

ANITA Bikers Club Malaysia Dan CF Moto/KTNS meneruskan lagi siri jelajahnya selepas pulang daripada Anita West Ride tour September baru baru ini.

Terbaru, kesinambungan jelajah seterusnya, ANITA Ride Salam Pantai Timur 2019 juga  baru sahaja selesai. Jelajah ini bermisikan Safe Ride Go Green & Kembara Kemanusiaan.

Anita Ride Salam Pantai Timur membawa peseta ke beberapa lokasi terpilih di negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang.

ANITA Ride Salam Pantai Timur 2019 Selesai.

Dianjurkan Anita Entertainment & Productions dengan kerjasama CF Moto/ KTNS Holdings Sdn Bhd dan Kelab Bikers di Terengganu membabitkan Bikers Gila DERAK Terengganu dan Kelab Motosikal CHOPPER Terengganu, jelajah disertai 60 penunggang motosikal berkuasa tinggi. Di Kelantan program itu mendapat sambutan daripada Kelab Chopper Motor Group (KCMG).

Aktiviti jelajah hari kedua, konvoi bermula dengan pengisian kempen safe ride pada awal pagi, bersama Gabungan Kelab Motosikal iaitu Bikers Gila Derak Dan Kelab Motosikal Chopper Terengganu.

Mereka berkonvoi dari Dataran Pantai Batu Buruk ke kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Dr Ahmad Shamsuri Bin Mokthar.

ANITA Ride Salam Pantai Timur 2019 Selesai.

Acara jelajah kali ini dimeriahkan dengan Majlis Sarapan Pagi dan Ramah Mesra bersama Menteri Besar Terengganu, sempena Anita Ride Salam Pantai Timur 2019.

Sebagai sokongan, Menteri Besar Terengganu menggunakan motosikal berkuasa besar, GS BMW, turut turun beraktiviti bersama 60 peseta.

Acara dimulai dengan ucapan daripada Presiden Anita Bikers Club Malaysia, Anita Yusop, diikuti ucapan khas Datok Seri Dr Ahmad Shamsuri. Beliau kemudian menyertai kegiatan Beramah Mesra dan lawatan melihat motosikal yang terdapat di perkarangan kediaman Rasmi Menteri besar Terengganu, di Seri Iman.

Menyempurnakan acara penutup, diadakan Majlis Penyampaian Cenderamata Khas CF Moto/ KTNS sempena jelajah kembara ini.

Kegiatan di teruskan dengan konvoi ke lokasi kampung Bukit Payang Karang, Terengganu bagi melaksanakan misi kempen Kembara sumbangan Kemanusian.

Sumbangan misi kembara kemanusiaan disampaikan kepada anak kurang upaya, Noor Adlina Ahmad Wahab, 20.

Pada Hari ke 3, misi jelajah ini diteruskan ke Kota Bahru Kelantan dengen acara konvoi bersama Kelab Chopper Motor Group Kelantan, bersempena `safe ride` iaitu simbolik konvoi ke acara lawatan Go Green Di Dataran Regal, Kota Bahru.

Pelbagai aktiviti berlangsung sepanjang konvoi bersama Anita Ride Salam Pantai Timur yang mana konvoi tidak ketinggalan singgah di Temerloh, Pahang bagi merasai keenakan masakan dan lauk pauk berasaskan ikan patin, dalam kempen Jom makan.

APA yang nyata kempen jelajah Anita Bikers Club Malaysia yang telah memasuki Siri ke 43 ini sentiasa membawa mesej penunggang motosikal berkuasa tinggi bagaikan duta kecil Negara mempromosikan kebudayaan, makanan tradisi negeri-negeri dan destinasi PELANCONGAN di Malaysia.

Bagi acara hujung tahun, Anita Bikers Club akan mengadakan konvoi bermisikan Safe Ride Go Green & Kembara kemanusiaan Di Brunei sempena Anita Ride STemburong Bike Day volume 3 pada 27-30 Disember, bersama persatuan penunggang NThree Brunei Darul Salam.

Pertanyaan lanjut info jelajah ini boleh hubungi 01123248285

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here