SHARE

RESIPI LAKSAM ENAK DARI KELANTAN

Laksam Kelantan ni, daripada zaman kanak-kanak lagi saya dah kenal. Walaupun lahir di Pahang, tetapi asal usul keluarga dari Kelantan. Dah tentulah segala jenis makanan yang berasal dari Kelantan termasuk laksam ni, tidak asing bagi kami sekeluarga.  (Lagi resipi kuih enak yang berasal dari Kelantan, rujuk link di akhir resipi ini).

Saya juga pernah menghasilkan laksam ni. Senang sahaja untuk membuatnya. Isi laksam daripada tepung beras, kena dimasak sendiri, menggunakan acuan tudung periuk nipis. Bentuk isi laksam seakan kuetiaw, tetapi bahan dan rasanya tidak sama.

Kuah pula bahan utamanya adalah isi ikan dan santan, yang lainnya adalah bahan rencah penyedap masakan.

 

Resipi laksam enak dari Kelantan

Bahan untuk isi laksam

  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 5 cawan air suam
  • minyak masak utk disapu pada tudung periuk
  • 1 tudung periuk nipis

Langkah

Masukkan tepung beras dan tepung gandum ke dalam mangkuk, tuang air suam, masukkan garam dan kacau sehingga sebati. Pastikan tiada tepung yang bertongkol. Untuk menuangkan adunan ini ke dalam tudung periuk, boleh guna senduk atau masukkan dulu kesemua adunan ke dalam jag, supaya mudah dituang. Sementara itu sediakan dua tudung periuk sebagai bekas untuk mengukus isi laksam.

Sediakan alat kukusan: Masukkan air ke dalam bekas kukusan dan pasang api.

1. Sapukan tudung periuk leper dengan sedikit minyak. Pastikan bahagian sekeliling tepi tudung periuk terkena sapuan minyak supaya mudah untuk menanggalkan isi laksam daripada bekas berkenaan.

2. Letak tudung periuk dalam alat kukusan. Tuangkan adunan isi laksam tadi ke dalam tudung periuk leper tadi pada paras setengah ketinggian tudung berkenaan.

3. Biarkan seketika tunggu sehingga tepung di dalam tudung periuk mulai menggelembung, itu tandanya ia sudah masak.

4. Sediakan talam untuk mengisi isi laksam. Angkat tudung periuk yang berisi isi laksam, condongkan sedikit tudung periuk menghala ke talam, tolak hujung laksam dan biarkan ia jatuh bergulung ke dalam bekas talam.

5. Ulang langkah sama dengan satu lagi tudung periuk, buat begitu menggunakan dua tudung periuk tadi silih berganti sehingga kesemua adunan tepung habis.

Bahan untuk kuah RESIPI LAKSAM ENAK DARI KELANTAN

Sumber Tahrunnisah (fb)

Bahan-Bahan kuah laksam (6 orang makan)

  • 3 ekor ikan kembung
  • 2 biji bawang sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih.
  • Sedikit halia
  • 1/2 sudu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
  • Sedikit belacan, jika perlu.
  • 1/2 periuk santan pekat ( kira-kira 1/2kg santan)
  • garam dan gula (atau perasa)
  • 2 keping asam gelugur

Cara-Cara:

  1. Mula-mula cuci ikan sampai bersih,  ke dalam periuk yang berisi air (air sama paras ikan) rebus hingga ikan masak.
  2. Setelah ikan masak, asingkan isi ikan daripada tulang, kerja inilah yang agak rumit sedikit. Air rebusan jangan dibuang, ia akan diguna untuk membuat kuah nanti.
  3. Isi ikan dan bawang putih serta halia hendaklah dikisar dengan mesin. Anda boleh mengisarnya sekali gus atau kisar berasingan ( Kisar isi ikan dahulu, diikuti mengisar bawah putih bersekali halia) Jika guna belacan, kisarkan bersekali bahan tadi.
  4. Masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi dan masukkan baki air rebusan ikan kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus, asam keping, garam dan gula.
  5. Masak dengan api sederhana hingga mendidih (kuah mestilah sentiasa dikacau agar tidak pecah minyak, ini rahsia kuah yang sempurna dan enak).

Selesai kuah, sediakan pula bahan ramuan mentah pelengkap laksam @ ulaman.

Bahan ulaman: Resipi laksam enak dari Kelantan

  • Kacang panjang.
  • Timun
  • Tauge
  • Kobis
  • daun kesum

semuanya hiris halus, hidangkan ulaman berasingan atau bercampur jenis ulaman tadi.

Pelengkap terakhir laksam adalah sambal

Sambal

  • sedikit belacan (bakar)
  • 1 biji cili merah
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji perahan jus limau kasturi
  • garam dan gula/perasa

Gaya menghidang.

  1. Potong laksam dan letak dalam satu bekas berasingan dengan laksam yang belum dipotong.
  2. Hidangkan kuah dalam mangkuknya
  3. Hidangkan ulaman dalam bekasnya
  4. Hidangkan sambal dan garam dalam bekas berasingan.
  5. Sambal dan garam disediakan berasingan supaya pengguna boleh tambah sambal dan garam mengikut tahap masin dan pedas yang dikehendaki.

Persediaan makan

Maukkan isi laksam dalam pinggan, letak ulaman, sambal dan garam mengikut jumlah yang dikehendaki, tuangkan kuah, lalu rasalah keenakannya.

Kelatan Laksam
Laksam Kelantan berkuah lemak

Kredit gambar : Sawanila.com

Sumber Tahrunnisah (fb)

Lagi resipi makanan Kelantan di link bawah.

http://www.variaseri.com/2019/10/11/apam-bakar-kelantan-sekali-makan-kenyangnya-lama/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here