SHARE

APAM BAKAR KELANTAN, SEKALI MAKAN, KENYANGNYA LAMA

Salah satu jenis apam yang susah nak dapat di Kuala Lumpur ni, ialah apam bakar. Jarang sangat berjumpa. Ada pun, di Kelantan dan di Pahang. Apam ni dikatakan berasal dari Kelantan. Yang ada di Pahang tu juga dihasilkan oleh orang Kelantan yang menetap di Pahang. Di Kuala Lumpur memang payah nak jumpa.

Apam Bakar Kelantan – kredit gambar: Dari Dapur Kak Tie

Teringat pula kepada nenek saudara di Durian Hijau Kelantan, dia membuat dan menjual apam ini di kedai kopinya di hadapan rumah. Rasa apam beras bakar ini manis-manis pedas – pedas lada hitam. Dimakan bersama kelapa parut. Mesti ramai tak pernah makan apam bakar ni kan?  Apam bakar Kelantan, Sekali makan, kenyangnya lama

Selalu juga terfikir nak buat sendiri tetapi tidak tahu resipinya bagaimana. Mujur juga di zaman internet ni semua ada, termasuklah resipi apam bakar. Yang saya tahu, apam ini ada diletakkan pisang, tak tahu pula rupa-rupanya ada juga tapai ubi. Uniknya bahan apam ini ada ramuan lauk pauk atau gulai, iaitu lengkuas, halia dan bawang merah, pelikkan?

Anda mesti fikir rasa dia pelik. Pelik tak pelik, yang pasti rasanya sangat enak. Dan lagi, apabila dimakan, boleh buat perut kenyang lama, kerana bahan utamanya adalah jenis makanan ruji, iaitu tepung beras, pisang dan ubi kayu.

Membandingkan beberapa resipi, saya dapati yang ni paling sempurna.

Apam bakar Kelantan, Sekali makan, kenyangnya lama.

Resipi Apam Bakar Kelantan.

Bahan
300 gm tepung beras
130 gm gula pasir
1 sudu kecil garam
1 kotak kecil santan (200 ml)
2 sudu kecil yis
4@5 biji pisang mas/berangan
4 ketul tapai ubi . (
1 sudu kecil lada hitam *
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
2 biji bwg merah kecik *
200 ml air*

Caranya
1. Mula-mula tumbuk atau kisar lada hitam, lengkuas, halia dan bawang merah bersekali (bahan- bertanda *) Selepas semuanya hancur, tapis ambik airnya sahaja (sukat dapatkan kan semula 200ml).

2. Pisang, pisang, tapai ubi dan garam  disatukan dan lenyek sampai hancur.

4. Masukkan tepung beras dan santan ke dalam adunan tadi.

5. Bancuh yis dengan air yg ditapis dan masukkan ke dalam adunan, kacau sampai semuanya sebati.

6. Selesai digaul hingga sebati, perap adunan selama 2 jam.

7. Sapukan kuali dengan sedikit minyak, panaskan kuali. Tuang 2 senduk adunan ke dlm kuali, biarkan seketika, apabila separuh masak, balikkan kepingan apam tadi supaya bahagian atas ke bawah dan yang ke bawah ke atas, tujuannya supaya apam masak atas dan bawah.

8. Jaga waktu membakar, agar apam tidak hangus. Setelah masak, angkat.

9. Hidang dengan kelapa parut puti yg digaul dgn secubit garam.

10.  Enak dimakan semasa hangat.

Sudah tahu resipi, jom cari bahan-bahannya, untuk dicuba.

Lagi resipi makanan tradisional Kelantan http://www.variaseri.com/2019/10/12/resipi-laksam-enak-dari-kelantan/

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here