SHARE

Anita West Ride Tour 2019 – Safe Ride Go Green & Kami Prihatin Selesai.

Kempen bertema Safe Ride Go Green & Kami Prihatin selama 3 hari bermula 28 September hingga 1 Oktober anjuran Anita Entertainment & Production telah pun berakhir.

Ia membabitkan siri Jelajah Pantai Barat meliputi Butterworth, Ipoh, Lumut, Pengkalan Hulu, Gerik sehinggalah kawasan tertentu di Selangor dan Melaka.

Penganjuran Jelajah Kemanusian & Go Green di Butterworth dan Perak mendapat kerjasama KTNS HOLDINGS Sdn Bhd (jenama CF Moto /KTNS Motor), Anita Bikers Club Malaysia, KISS Penang Bikers dan Gabungan Kelab Bikers Perak.

Turut diadakan siri jelajah Anita West Ride Kembara Safe Ride Go Green Kami Prihatin yang memulakan jelajahnya di Bukit Katil, Melaka, dengan program antara lain membabitkan penyertaan Kempen Remaja Ke Masjid. Progam di sini mendapat kerjasama daripada Gabungan Melaka Bikers Group GMBG

Pengisian kempen Safe Ride Anita West Ride di Butterworth membabitkan lawatan minum petang dan tinjauan uji pandu motosikal CF Moto/KTNS bersama Kelab KSS Bikers Penang.

Pada Hari kedua jelajah di bawah Anita Bikers Club Malaysia Dan KTNS Holdings, bermula awal pagi bersama Gabungan Perak bikers ke Pengkalan TUDM Lumut sempena Karnival Hari Angkatan Tentera Malaysia.

Aktivitinya meliputi sesi lawatan dan tinjauan bersama aset Angkatan Tentera Malaysia, demonstrasi payung terjun dan penyelamat oleh Tentera Udara Malaysia serta majlis Ramah Mesra Minum Petang bersama Pegawai Pemerintah Skuadron 501 Super Lynx Kdr Mohamad Sham Saimon TLDM.

Majlis berjalan lancar dgn berbagai aktiviti santai kembara yg dapat dipelajari oleh peserta Penunggang Notosikal Berkuasa Tinggi Gabungan bersama Anita bikers Club & Gabungan Kelab Bikers Perak.

Konvoi Jelajah ini diteruskan dengan aktiviti kempen Go Green & Jom Makan Ride ke Route 56 Salai Berapi, Bota, Perak.

Peserta berpeluang menikmati keenakan makanan tradisi Negeri Perak bersama rombongan bikers di Route 5 Salai Berapi, yg dihidang dengan antara lain, menu masakan kampung. Program ini mendapat kerjasama daripada Encik Jamali, pemilik Route 5 Salai Berapi, Bota, Perak.

Persinggahan seterusnya peserta kembara Anita Bikers di bawah Kembara Anita West Ride ialah misi jelajah sambil menikmati suasana alam semulajadi di Gerik dan Castella
Cafe & Resort Pengkalan Hulu. Di sini peserta berpeluang merasai makanan tradisi negeri Perak, melihat pembikinan proses ikan pekasam dan menyertai kegiatan jejak hutan serta pelbagai aktiviti bersama pemilik Resort.

Program jelajah ini akan diteruskan dengan kembara di Pantai Timur pada 11, 12 & 13 Oktober ini meliputi Kelantan, Terengganu dan Kuantan, Pahang bersempena Anita Ride Salam Pantai Timur.

Pada 11 November ini akan berlangsung di Janda Baik Perhimpunan Santai Pemilik Motosikal KTNS dan kumpulan kelab-kelab lain. Diikuti Ride Anita Santai bersama KTNS sempena Acara Temburong Bike Day 27 hingga 29 Oktober; Volume 3 Brunei .dan
jelajah Kembara Serumpun, Indonesia Malaysia membabitkan penjelajahan Anita Bikers & KTNS ke Indonesia pada pertengahan April tahun depan (2020).

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Kembara Jelajah Anita Bikers & promosi jelajah boleh menghubungi talian 01123248285

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here