SHARE

RESIPI KUIH BINGKA, ENAK LEMBUT dari TEPUNG DAN SANTAN

Kredit gambar:  manis2012.blogspot

 

BAHAN – RESIPI KUIH BINGKA, ENAK LEMBUT dari TEPUNG DAN SANTAN

1 cawan tepung

1 cawan air pandan

1  1/2 (satu setengah) cawan santan

1/2 cawan gula

Sedikit garam

3 biji telur

 

LANGKAH MEMASAK – RESIPI KUIH BINGKA, ENAK LEMBUT dari TEPUNG DAN SANTAN

Blend semua bahan di atas. Adunkan cair sedikit untuk dapatkan kuih yang lembut. Panaskan acuan, sapu minyak. Tuang adunan dan bakar kira-kira 15 minit.

 

kemboha-bingka
Kuih tradisional Melayu, Bingka Kemboja

RESIPI KUIH BINGKA, ENAK LEMBUT dari TEPUNG DAN SANTAN ini nampaknya seperti mudah, tetapi kalau buat tidak tentu menjadi. Adunan tepung dan santan hendaklah betul sukatannya, silap sukatan boleh menjadi keras atau pun terlalu lembik.

Saya memang gemar memakan kuih bingka ini. Yang enak adalah jenis lembut yang sedang-sedang adunan santan dan tepungnya. Kalau teksturnya keras, tak sedap langsung, jika terbeli yang sebegini rasa kesal dan terkilan. Rugi sahaja membelinya kalau nak telan pun tak lalu.

Satu lagi rahsia keenakan kuih bingka ini adalah penggunaan pewarna pandan. Jika ia menggunakan pewarna hijau semata-mata, sudah tentulah tidak enak, jadi pastikan guna pewarna daripada bahan semula jadi iaitu pati daun pandan. Tidak susah nak hasilkan pewarna ini, tumbuk atau kisar daun pandan bersama air, tapiskan airnya, terhasillah pewarna daun hijau daripada daun pandan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here