SHARE

 

Minyak masak ALIF keluaran Syarikat Sime Darby Oils melancarkan label baru yang lebih dinamik dan berinfomatif untuk para pengguna pasaran tempatan. Majlis pelancaran label baru jenama ALIF telah disempurnakan oleh Menteri Industri Utama Yang Berhormat Teresa Kok yang turut mempromosikan tayangan perdana iklan minyak masak ALIF yang bertajuk ‘Ladang ke Dapur’.

Menerusi konsep ‘Ladang ke Dapur’ Sime Darby Oils memastikan agar setiap proses penghasilan minyak masak ALIF dari penuaian buah kelapa sawit di ladang sehinggalah ke proses penapisan minyaksawit dan pembotolan produk kekilang diurus dan dikawalrapi mengikut tahap piawaian yang tinggi.

 

Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Oils, Mohd Haris Mohd Arshad, ‘Ladang ke Dapur’ merupakan salah satu identiti minyak masak ALIF yang melambangkan jaminan syarikat tersebut dalam memastikan hanya produk minyak masak yang terbaik dapat dinikmati oleh para pelanggan ALIF.

“Minyak masak ALIF dihasilkandaripada minyak sawit mentah bermutu tinggi yand diuji untuk menentukan kualitinya terlebih dahulu dan kemudian disuling untuk menghasilkan minyak masak. Secara semula jadinya minyak sawit amat kaya dengan karohenoid dan Vitamin E, iaitu sumber antioksidanyang memberi manfaat kepadda kesihatan jantung serta pengurangan kadar kolesterol tidak baik. Minyak sawit itu sendiri adalah produk bebas kolesterol dan lemak trans serta sesuai digunakan untuk menggoreng berulang kali. Semua kebaikan dan keistimewaan ini terdapat dalam minyak sawit ALIF”, menurut Mohd Haris.

Sime Darby Oils, yang merupakan anak syarikat milik penuh Sime Darby Plantation Berhadiaitu pengeluar minyak sawit diperakui lestari terbesar dunia, turut memberi jaminan bahawa minyak masak ALIF dihassilkan sepenuhnya secara mampan atau lestari. Jaminan tersebut disahkan dengan penampilan logopensijilan ‘Roundtable on Sustainable Palm Oil’ (RSPC) pada label minyak masak ALIF. Selain darpadda itu, minyak ALIF juga mempunyai pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kesedaran untuk memastikan alam sekitar dan hidupan liar sentiasa terpelihara semakin meningkat di kalangan masyarakat kita. Perakuan pensijilan RSPO memberi jaminan kepada pelanggan bahawa minyak masak ALIF dihasilkan tanpa mengakibatkan kerosakan kepada alam sekitar dan biodiversiti. Sime Darby Oils turut memastikan agar suasana kerja serta hak para pekerja terpelihara dan kepentingan masyarakat di sekeliling operasinya sama sekali tidak terjejas dalam proses menghasilkan minyak masak ini”, jelas Mohd Haris.

Label baru ALIF turut menampilkan logo ‘Sayangi Sawitku’ sebagai tanda sokongan Sime Darby Oils kepadad aspirasi kempen tersesbut yang dperkenalkan oleh kerajaan. Kempen yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri. Tun Dr Mahathir Mohamad padda bulan Mac 2019 terseebut bertujuan untuk meningkatkan rasa bangga dan penghargaan masyarakat terhadap sumbangan minyak sawit Malaysiakepada negara dan dunia sekaligus memperkukuhkan lagi sokongan rakyat tempatan kepadad industri sawit Malaysia.

“Adalah menjadi harapan kami agar pelancaran label baharu ini akan dapat melancarkan lagi permintaan terhadap produk minyak sawit Malaysia. Semoga masyarakat akan terus teruja dengan penampilan terbaharu minyak masak ALIF, serta jaminan kualiti dan kelestariannya pada harga yang berpatutan,” ujar Mohd Haris lagi.

Bersempena pelancaran label baharu ALIF, Sime Darby Oils turut mengumumkan Pertandingan Masterclass Goreng yang akan diperkenalkan oleh syarikat tersebut pada suku keempat tahun 2019.  Pertandingan secara atas talian ini menawarkan hadiah kepadda 20 pemenang bertuah untuk untuk muncul di program ALIF MasterClass Goreng bersama dua selebriti terkenal Chef Nik Michael Imran serta pelakon dan penyanyi terkenal Alif Satar sebagai hos program tersebut. Program ALIF MasterClass Goreng ditayangkan secara eksklusif di Laman Facebook Minyak Masak ALIF.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here