SHARE

Petua melegakan batuk waktu subuh, senggugut, suara serak dan lelah

MELEGAKAN BATUK PADA WAKTU SUBUH

cough
Batuk sangat menggangu keselesaan. – kredit gambar: Dream.co.id

Batuk sesuatu yang amat mengganggu keselesaan diri. Ia menyerang tidak kira masa, Ada kala ia menyerang pada waktu subuh. Ini boleh diatasi dengan mudah. Petua untuk menghilangkan batuk pada waktu subuh ialah;

Langkah rawatan:

  • Didihkan air di dalam periuk dan campurkan lima hingga enam titik minyak cap Kapak.
  • Ambil sehelai kain dan duduk dalam keadaan selesa.
  • Pastikan jarak air satu jengkal daripada muka, kemudian ambil kain dan serkup kepala anda.
  • Buka sedikit mulut dan tarik nafas dengan betul.
  • Teruskan buat begitu sehingga terasa ingin batuk yang teramat sangat.
  • Batuklah sepuasnya dan jika terasa hendak muntah, muntahkan semuanya kerana selepas itu anda berasa pasti lega.
  • ini juga kaedah terbaik mengeluarkan kahak dan lendir berlebihan di dalam paru paru, sekiranya belum reda, ulang langkah tadi dua tiga kali.

PENAWAR SENGGUGUT

Kredit pix. JRM

Kebiasaannya sakit senggugut menyerang seseorang sewaktu datang haid. Ini petua untuk mereka yang menghadapi masalah senggugut. Mula-mula ambil segenggam daun inai, ibu kunyit, sedikit gambir dan ibu garam. Kemudian, tumbuk sehingga lumat. Seterusnya, masukkan air, tapis dan ambil patinya menjadi sekurangnya satu gelas. Embunkan satu malam. Minum sambil menghadap kiblat tetapi sebelum diteguk, jangan lupa selawat tiga kali, insya-Allah sakit senggugut akan hilang. Seeloknya minum tiga atau empat kali sebelum datang haid.

 

SUARA HILANG?

Menghilangkan serak – kredit gabmar: Ohsempoi

Serak dan hilang suara menyukarkan kegiatan harian. Bayangkan seorang guru hilang suara sedang hendak mengajar. Kesian anak murid, tak dapat dengar suara guru. Petua untuk memulihkan suara serak seperti berikut;

  • Sediakan tiga biji limau nipis, hiris dan kisar dengan air, limau tadi hendaklah dikisar bersama kulitnya.
  • Kemudian didihkan limau yang dikisar tadi dalam bekas sehingga berwap.
  • Angkat bekas dan sedut wapnya melalui mulut beberapa kali ATAU
  • Ambil sebuku asam jawa, ramas di dalam air dan mix dengan segelas air sejuk, kemudian embukan.
  • Jika tidak dapat diembunkan, masukkan di dalam peti sejuk dan minumlah air ini dua kali sehari sehingga serak hilang.

MENGATASI LELAH

Kredit gambar: Mysyabab

Penyakit biasa di kalangan orang zaman sekarang yang tinggal dalam persekitaran berhabuk dan udara kotor ialah lelah. Sesetengah orang berpendapat penyakit lelah memang sukar disembuhkan. Ubat moden hanya boleh menghilangkan sementara waktu. Ini adalah petua tradisional untuk menangani lelah.

Langkahnya;

Rebus sedikit halia dan asam jawa bersama temu lawak dan sejukkan. Jadikan air rebusannya sebagai minuman, hasilnya nafas terasa ringan dan selesa.

Kiriman: Shafinaz Nazri

Menghilangkan kesan lecur

kesna melecur

kredit gambar: keluarga.my

Sedang bekerja di dapur tetiba air yang dipanaskan tertumpah. Andai air cukup panas,  perlu berbuat sesuatu bagi mengelakkan kesan lecur.

Ambil sebiji telur dan pukul sedikit. Dapatkan segumpal kapas bersih, guna untuk sapu telur pada bahagian badan yang lecur.  Rasa panas pun akan reda. Setelah kering sapukan lapisan kedua. Lakukan berulang kali sehingga habis. Hasilnya kesan mel@eur langsung tidak nampak.

UBAT BATUK KANAK KANAK

Kredit gambar: htgetrid

Untuk mengubati penyakit batuk anak, ambil sebiji buah pala, setengah biji limau nipis dan sesudu besar minyak kayu Putih. Parut buah pala dan campurkan dengan perahan limau nipis.  Gosokkan ramuan ini pada punggung serta dada anak yatim, lakukan ini dua kali sehari, berturut turut, Insya Allah batu akan sembuh.

Sumber : Jelita, September 2001

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here