SHARE

Festival Tasty Australia 2019 di Isetan KLCC 30 Ogos sehingga 11 September.

Bagi anda pengemar makanan dari Australia, festival makanan Tasty Australia 2019 kini kembali. Kali ini berlangsung di Isetan KLCC bermula 30 Ogos sehingga 11 September 2019.  Tahun ini adalah tahun keenam Festival Tasty Australia dianjurkan di Kuala Lumpur.

Difahamkan ini adalah pameran utama makanan Australia yang pertama terutamanya dari Australia Selatan dan Australia Barat. Sejumlah 12 jenama baru dengan lebih daripada 80 produk dipersembahkan di Festival Makanan ini selain 25 jenama tradisional terlaris Model Cook yang berasal dari Australia Selatan.

Kebanyakan jenama baru ini telah memilih Malaysia sebagai negara eksport pertama mereka. Bagi mengetahui jenis makanan itu, kunjungi Festival Tasty Australia 2019 di Isetan KLCC 30 Ogos sehingga 11 September.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Encik Michael Growder, hadir untuk merasmikan pelancaran Tasty Australia 2019 pada 3 September, bersama dengan Koji Oyama, Pengarah / Pengarah Urusan Isetan Malaysia.

Dif-dif yang terhormat yang turut hadir antaranya Mr Ben Budgen, Ms Elizabeth Simaliak, Mr Issy Bilal, Mr Kim Fewster, Mr Simon Green, Mr Bevan Eatts dan Ms Mei Young. Kehadiran mereka memeriahkan majlis pelancaran Festival Tasty Australia 2019 di Isetan KLCC 30 Ogos sehingga 11 September.

Tasty Australia 2019 kali ini lebih memperkenalkan tabiat pemakanan dan pengambilan sayuran, serta paling penting bebas GMO. Apa yang lebih menarik, sepanjang karnival berlangsung, tujuh pengasas untuk produk-produk tertentu berada di sini bertemu pelangan menerangkan sendiri kebaikan serta kehebatan produk mereka kepada pelanggan, dari 30 Ogos hingga 4 Setember.

“Hasrat kami adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat dengan menawarkan pelanggan Malaysia makanan lebih sihat bebas GMO dengan faedah kesihatan yang sebenar, “kata Vivien Lee, Pengarah Eksekutif The Model Cook.

VS sampat meninjau serba manikam barangan makanan yang dijual di karnval Tasty Australia 2019,  masing-masing dalam gaya pembungkusan menarik meliputi kudapan, biskut dan pelbagai jenis madu dari negara berkenaan termasuk Madu Manuka yang tersohor bagus untuk kesihatan dan Madu Jarra.

Antara produk Australia yang boleh di sepanjang Festival Tasty Australia 2019 di Isetan KLCC 30 Ogos sehingga 11 September.

Keterangan lanjut mengenai “Tasty Australia” best buys, layari TheModelCook Facebook page atau emel kepada healthyeating@themodelcook.com.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here