SHARE


FAUZIAH TALIB UNGGULI ‘ FREAKY FITZ 20 DAYS CHALLENGE ‘ BERSAMA SHAHEIZY SAM.¬† Sempena Freaky Fitz 20 Days Challenge dan pelancaran produk makanan kesihatan Freaky Fitz baru-baru ini, 8 peserta yang berjaya menurunkan berat badan melebihi 10kg dalam masa 20 hari telah dipilih sebagai pemenang. ¬†Peserta cabaran ini adalah para peminat dan pengikut instagram Shaheizy Sam. Hadiah utama program adalah percutian ke Bali 3hari 2malam untuk dua orang berserta wang tunai RM500 dan produk Freaky Fitz untuk 6 bulan.

Fauziah Talib mengungguli Cabaran 20 Hari Freaky Fitz setelah berjaya menurunkan 15.7 kilo berat badan mengatasi 32 peserta lain. Beliau bersama 8 peserta lain membawa pulang Pakej Percutian ke Bali disampaikan Shaheizy Sam. Bercakap kepada pemberita beliau menyatakan rasa syukur di atas kejayaan yang diraih dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur khususnya Shaheizy Sam yang memberi tunjuk ajar bagi menurunkan berat badan dengan cara sihat. FAUZIAH TALIB UNGGULI ‘ FREAKY FITZ 20 DAYS CHALLENGE ‘ BERSAMA SHAHEIZY SAM.

“Saya selama ini telah mencuba pelbagai cara bagi menangani masaalah berat badan dan apabila mendapat tahu Shaheizy Sam nak membantu peminat beliau, saya terus menghantar borang penyertaan dan rasa sangat bersyukur kerana terpilih dan berjaya. Menurutnya lagi bukan mudah untuk dia menurunkan berat badan kerana masalah baginya ialah cepat lapar bila dia cuba diet dan mengurangkan pengambilan makanan. Tetapi dengan Freaky Fitz dia tidak berasa lapar walaupun dia kurangkan pengambilan makanan.

“Sepanjang 20 hari kami telah dibekalkan produk Freaky Fitz dan diberi tunjuk ajar secara berkumpulan oleh Shaheizy Sam. Sekarang saya tahu tidak susah untuk menurunkan berat badan dengan cara betul,” kata Fauziah. FAUZIAH TALIB UNGGULI ‘ FREAKY FITZ 20 DAYS CHALLENGE ‘ BERSAMA SHAHEIZY SAM.

Seorang lagi peserta Shafiee Zainal Abidin menyatakan kegembiraannya dengan penganjuran program tersebut. “Saya rasa program sebegini perlu diteruskan oleh Shaheizy Sam, kerana saya percaya ramai di luar sana yang ingin menurunkan berat badan tetapi tidak mencapai impian itu kerana tiada mentor atau rakan yang memberi tunjuk ajar serta galakan, kebanyakan buat separuh jalan. Saya sendiri telah beberapa kali cuba tapi tak berjaya, namun setelah dipilih masuk ke program ini saya dapat turun 14.6 kilo dalam masa 20 hari, produk minuman Freaky Fitz yang diberi kepada kami pun banyak membantu, perasa tehnya pun sedap,” ujar Shafiee.

Shaheizy Sam yang ditemui pemberita menyatakan kegembiraannya diatas kejayaan semua peserta.

“Saya pada mulanya hanya nak bantu rakan terdekat untuk turunkan berat badan, dalam proses 5 hari pertama kami mendapat idea mengapa tidak membuka peluang ini kepada peminat, saya juga terkejut apabila saya maklumkan dalam IG dan Facebook saya, jumlah yang nak menyertai hampir 22 ribu orang. Ini menunjukkan ramai rakyat Malaysia yang mengalami masaalah berat badan dan nak kurus tapi tak tahu kaedah yang terbaik. Ada juga permintaan untuk diadakan Freaky Fitz 20 Days Challenge untuk kumpulan kedua, tengoklah nanti.”

 

Freaky Fitz produk minuman berperisa Teh Limau Markisa ini diperkaya dengan serbuk Guarana serta Hoodia Gordoni bagi membantu menjaga pemakanan dan memberi tenaga sepanjang hari. Produk ini boleh didapati melalui agen-agen dengan harga RM79.90.

FAUZIAH TALIB UNGGULI ‘ FREAKY FITZ 20 DAYS CHALLENGE ‘ BERSAMA SHAHEIZY SAM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here