SHARE

 

Petaling Jaya- Syarikat Perancang Kewangan Financial Genius Group (FGG) dan FWD Takaful (dulu dikenali sebagai HSBC Amanah Takaful Berhad) melakar satu lagi  sejarah dengan berkerjasama untuk memberikan perancangan dan perlindungan insuran yang lebih komprehensif dan patuh syariah bagi rakyat Malaysia. FGG Group yang beroperasi di Bukit Damansara dan berpengalaman lebih 16 tahun dalam industri kewangan ini, menerusi jenama terkenalnya FGG telah menandatangani perjanjian persefahaman bersama FWD Takaful Berhad sebagai rakan strategik dalam memberikan perancangan dan perlindungan kewangan takaful yang bersesuain dengan undang-undang Islam untuk rakyat Malaysia.

Perjanjian persefahaman ditandantangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif FGG Group Dato’Seri Mahadi BZ bersama Pengarah Eksekutif FWD Takaful Berhad Tuan Salim Majid Zaindan disaksikanoleh panel shariah FGG.

Sehubungan itu, FGG Group turut melancarkan entiti terbaru yang berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan iaitu FGG WEALTH AL-KHASSAN (VIP Private Wealth Islamic) dan FGG ISLAMIC ENTREPRENUR ACADEMY (seminar dan program motivasi)

Sejajar dengan perkembangan ini, FGG Grouptelantik empat panel shariah yang terdiri daripada tokoh-tokoh ilmuan dan agamawan negara iaitu Prof. Madya Dato’Dr. Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Ustaz Dato’Mohd Zawawi Yusoh, Ustaz Shahul Hamid M.P.H Seeni dan Ustaz Fauwaz Fazil Noor. Pelantikan para panel shariah ini adalah berlandaskan kepakaran dalam bidang masing-masing dan persetujuan atas dasar matlamat yang sama. Matlamat yang ingin melihat perkembangan sistem kewangan yang patuh shariah dan demi menjayakan revolusi industri takaful di Malaysia. Dengan perlantikan ini para panel shariah akan bertindak sebagai pemantau holisitk dan penasihat keagamaan dalam setiap aktiviti serta halatuju FGG Group secara keseluruhannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here