
Doa sendiri untuk menyembuhkan penyakit, ini doa ajaran Nabi SAW.
Malang sungguh tubuh diserang sakit di sana sini, tak bak-baik. Opp, jangan fikir kesakitan yang dialami itu sesuatu yang malang. Ia sebenarnya adalah ujian daripada Allah SWT.
Anda adalah orang yang terpilih oleh-NYA untuk menghadapi ujian berkenaan. Apabila diberikan pelbagai sakit seperiti sakit pinggang, sakit lutut, sakit kaki, tapak dan saraf, selain mendapatkan penawar ubatan, Allah sebenarnya mahu anda mendekatkan diri kepada-Nya melalui berdoa.
Kuasa penyembuhan itu adalah milik Allah, berdoalah kepada Yang Maha Kuasa untuk kesembuhan. Anda biasa mendengar kenyataan, ubatan adalah sebagai penawar namun kuasa menyembuhkan itu di tangan Yang Maha Esa.
Jadi, apa lagi, jangan lupa berdoa. Tidak pasti doa apa yang perlu dilafazkan?
Menurut Ustaz Kazim Elias dalam satu tazkirahnya, Rasulullah SAW mengajar bagaimana seorang yang sakit boleh berdoa demi kesembuhan dirinya sendiri iaitu dengan cara meletakan tangan kanannya di bahagian tubuh yang sakit kemudian menyebut doa berikut;
A `u zhu bi ’izzatillah waqudrotihi minsyarima ajidu. (ulang 7 x sambil meletakkan tapak tangan di tempat yang sakit).
Maksud:
“Aku berlindung kepada kebesaran Allah SWT, aku berlindung dengan kekuasaannya daripada kejahatan yang aku rasakan dan daripada segala ketakutan.”
Dalam tazkirah itu, beliau juga mendedahkan rahsia khasiat air hujan sebagai terapi untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.
Sama ada mandi ais, mandi limau, katanya gunalah air hujan. Selepas mandi kemudian bilas dengan air biasa.
Selanjutnya, dengarkan tazkirah beliau ini.
Ustaz Kazim Elias – Baca Doa Ini 7 Kali Untuk Sembuhkan Sakit Lutut, Sakit Pinggang, Sakit Saraf, Tak Boleh Berdiri Lama…
Posted by Syamsul Islam Itu Awesome on Thursday, 18 July 2019
Petikan daripada video di laman Islamituawesomes