SHARE

Toko Kilat Pemacu Api Tour 2019 bersama Noh Salleh, kan jelajah 3 negeri.

Bagi peminat band Indie tanah air pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bersama Toko Kilat sempena Pemacu Api Tour 2019 yang dibawakan oleh DISQOVR. Kumpulan yang sudah berdiri selama dua tahun tersebut disokong oleh The Gasket Alley selaku penganjur untuk turun sama bersama-sama mendekati peminat industri muzik seni tanah air dalam satu rangka jelajah. Bukan hanya Toko Kilat namun kumpulan yang dianggotai oleh 5 orang pemuda ini juga akan disertai oleh pemuzik dan vokalis terkenal Malaysia, Noh Salleh di tiga buah negeri.

Bermula 17 Ogos 2019, TOKO KILAT dan Noh Salleh akan bertemu peminat mereka di Pulau Pinang. Ini diikuti dengan Johor Bahru pada 24 Ogos 2019 dan venue terakhir di The Gasket Alley, Petaling Jaya pada tanggal 14 September 2019. Toko Kilat Pemacu Api Tour 2019 bersama Noh Salleh, kan jelajah 3 negeri.

Menurut Edwin selaku vokalis TOKO KILAT, setelah dua tahun muncul dengan album studio dan melakukan persembahan mahu pun gig, mereka kini tampil dengan album perdana yang memperkenalkan single RATU MALAM bersama muzik video. Album ini juga diadun(mastered) di Abbey Road , United Kingdom dan Sterling Sound, Amerika Syarikat.

Menurutnya lagi ” Kini kami dalam misi dan visi untuk muncul dengan most anticipated album tour of the year yang diberi judul Pemacu Api Tour 2019 buat para peminat yang sudah lama menantikan album penuh dari TOKO KILAT”.

TOKO KILAT merupakan gabungan para pemuzik daripada pelbagai kumpulan. Dedikasi setiap personal terbabit membuat mereka muncul kembali. Ini adalah penampilan kali kedua mereka dalam industri muzik. Toko Kilat Pemacu Api Tour 2019 bersama Noh Salleh, kan jelajah 3 negeri.

Buat Noh Salleh yang akan turut serta dalam siri jelajah ini akan tampil dalam sesi akustik yang digarap khas bagi persembahannya dalam siri jelajah PEMACU API TOUR 2019 dan beliau turut akan mempromosikan hits terbarunya, Debu Bercahaya.

Selain itu album pertama TOKO KILAT dalam bentuk kaset juga mendapat sambutan hebat dan sold out. Ini menambahkan keyakinan mereka untuk mengeluarkan lebih lagi produk fizikal, dan memperingatinya bersama peminat dalam siri jelajah ini nanti.

Tambah Irfan “Pihak penganjur juga akan menyajikan sistem bunyi dan pencahayaan yang spektakular agar peminat sama-sama merasai pengalaman TOKO  KILAT menyiapkan album sulung mereka”.

TOKO KILAT yang dibarisi oleh Edwin Raj (vokal), Irfan Iskandar atau Cipan (drum), Mhd Redzuan atau Wan (bass), Noor Azhari atau Toya (gitar) dan Syaiful Taufek atau Paul (keyboard) menjanjikan persembahan mereka bakal meninggalkan momen tersendiri buat para peminat. Toko Kilat Pemacu Api Tour 2019 bersama Noh Salleh, kan jelajah 3 negeri.

Untuk maklumat konsert dan perkembangan terkini, peminat boleh melayari laman web www.tokokilatband.com atau media soaial mereka di instagram @tokokilatband atau Facebook www.facebook.com/tokokilatband/

Lagu-lagu TOKO KILAT boleh didapati di SPOTIFY, Apple Music, JOOX, KKBOX dan Deezer.

PEMACU API TOUR 2019 turut ditaja oleh Fred Perry, Wardrobe dan Monster Energy.

17 OGOS 2019 Lot 29 Georgetown Pulau Pinang

24 OGOS 2019 Sunway Iskandar NusaJaya Johor Bahru

14 SEPTEMBER 2019 The GAsket Alley Petaling Jaya

Harga tiket

Early Bird @ RM30 (tiket+keychain+Stickerpack+Poster)

Pre Sale @ RM40 (tiket+keychain+Stickerpack+Poster)

Door @ RM50 (Tiket)

Tiket boleh dibeli di www.tokokilatband.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here