SHARE

Pencarian kini bermula! Guardian Malaysia telah melancarkan pencarian besar-besaran untuk mencari EMPAT wanita yang menepati ciri-ciri ‘The Face of Healthy Beauty’ bagi mewakili jenamanya.

Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Tenggara, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd berkata: “Pencarian The Face of Healthy Beauty BUKAN satu pertandingan kecantikan.

“Definisi Healthy Beauty bagi kami, adalah seorang yang benar-benar menikmati hidup dengan cara yang sihat, dan memiliki stail tersendiri serta personaliti yang menyenangkan. Dia juga mempunyai sikap yang positif, memberi keutamaan kepada kesihatan dan juga kecantikan diri.”

Setiap pemenang akan menandatangani kontrak satu tahun sebagai Duta Jenama Guardian beserta wang tunai RM10,000, baucar Guardian bernilai RM10,000, dan RM5,000 setiap seorang untuk disumbangkan kepada organisasi kebajikan pilihan mereka. Mereka akan menghiasi muka depan Katalog Jenama Guardian dan beberapa kolateral lain dan akan menerima produk daripada jenama-jenama penaja.

Soren menjelaskan bahawa konsep Healthy Beauty merupakan teras falsafah jenama Guardian yang dicetuskan oleh pandangan pengguna iaitu kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar.

“Kami mendapati para pelanggan percaya bahawa kecantikan sebenar datang daripada jasmani dan mental sihat,” jelas Soren.

 

Dengan memberi tumpuan kepada keperluan pelanggan sejak pembukaan stor pertamanya di The Weld 52 tahun lalu, Guardian telah menjadi destinasi tumpuan untuk segala keperluan kesihatan dan kecantikan.

Beliau berkata: “Walaupun keperluan asas ini kekal sama, trend penggunaan telah berubah didorong oleh perubahan gaya hidup dan keadaan ekonomi. Kesihatan dan kecantikan bukan lagi dua aspek yang berbeza seperti dahulu. Keduanya kini sangat berkait rapat. Guardian juga, telah berubah. Daripada sebuah stor kesihatan dan kecantikan, kini misi kami adalah untuk memberi inspirasi kepada para pelanggan untuk menikmati kehidupan yang sihat dan indah.”

“Bagi mencapai misi ini, kami telah melatih ahli-ahli pasukan untuk menjadi penasihat penjagaan kesihatan dan kecantikan, di samping terus menawarkan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang inovatif,” tambah Soren.

Dikenali sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia, pencarian ‘The Face of Healthy Beauty’ ini terbuka kepada semua wanita Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Penyertaan boleh dihantar secara atas talian ke

https://theface.guardian.com.my.

 Peserta perlu memuat naik satu video berdurasi 30 saat dan menyatakan ‘mengapa mereka ingin menjadi The Face of Healthy Beauty?’ beserta satu gambar penuh dan satu gambar berukuran passport. Penyertaan boleh dihantar bermula 20 Mei sehingga 12 Jun 2019.

Satu ratus (100) peserta akan dipilih untuk menghadiri sesi separuh akhir di Johor Bahru City Square, Gurney Plaza Penang, Central i-City Mall Shah Alam dan 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu, Sabah.  Empat peserta separuh akhir dari setiap rantau akan bertanding di Pertandingan Akhir yang akan berlangsung di Shah Alam pada 27 Julai 2019.

Selain daripada empat pemenang, terdapat lapan pemenang kategori yang bakal dinobatkan oleh para penaja. Antara kategorinya adalah: Paling Sihat (Blackmores), Paling Elegan (Bio-essence), Paling Kelihatan Muda (Garnier), Mata Paling Menawan (L’Oréal), Paling Bersemangat (Maybelline), Paling Yakin (Nivea), Paling Ceria (Safi) dan Paling Menawan (TRESemmé).

Para pelanggan Guardian juga boleh mengundi finalis kegemaran mereka yang dirasakan layak untuk menang. Undian dibuka bermula 8 Julai – 24 Julai 2019 di laman mikro. Undian yang diperolehi oleh setiap finalis akan menyumbang sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan dalam pertandingan akhir. Pelanggan boleh mendapatkan lebih peluang mengundi dengan pembelian di Guardian. Untuk satu undi, tiada pembelian diperlukan; untuk 5 undian, mereka perlu membeli sebarang barangan daripada Guardian dan untuk 10 undian, mereka perlu membeli sebarang produk daripada jenama penaja dalam satu resit.

Jika peserta berkenaan menang dalam pertandingan akhir, dia akan memilih seorang pengundi bertuah. Setiap pemenang akan memilih seorang pengundi maka empat cabutan bertuah akan diadakan. Pengundi terpilih akan menerima baucar Guardian bernilai RM500.

Selain itu, terdapat juga peraduan Scan & Win untuk pelanggan bermula 10 Jun hingga 7 Julai 2019. Kod QR akan diletakkan di stor-stor Guardian untuk diimbas oleh pelanggan. Setelah imbasan dibuat, mereka perlu menjawab empat soalan berkenaan kecantikan sihat. Selesai menjawab, mereka akan menerima baucar segera untuk pembelian seterusnya.

Maklumat lanjut tentang pencarian ini serta terma dan syarat penuh untuk penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my.

#guardianmalaysia

#FACEofguardianMY

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here