SHARE

 

Ujang pemain drum yang terkenal suatu masa dulu dan merupakan ahli kepada kumpulan Exist kini muncul dengan melancarkan drum stick siri signature jenama Promark .Promark adalah salah satu jenama yang terkenal dunia. Dan Ujang Exist merupakan salah seorang oemain drum Malaysia yang mempunyai signature stick Promark. Ini merupakan sesuatu yang patut dibanggakan untuk pemuzik tempatan tanahair. Menurut Tung Kean Jin Pengurus Besar JS Music Distribution, proses perbincangan dan pengurusan telah dilakukan selama setahun sehinggalah stivk ini siap sepenuhnya dan sedia untuk diedarkan di Malaysia. Proses ini lama kerana mengambil kira rekabentuk,model, saiz yang sesuai untuk pemain drum di Malaysia. Menurut Ujang ” saya berasa sangat terharu kerana akhirnya mempunyai singnature siri sendiri. Ini merupakan salah satu pengiktirafan dari  Promark untuk pemuzik tempatan.  Saya berharap selepas ini,  ramai lagi pemuzik tempatan kita yang mendapat perhatian dan pengiktirafan dari jenama-jenama yang dipercayai baik di Malaysia mahu pun luar negara. ”

Ujang yang juga pemain drum profesionall yang sudah 38 tahun dalam industri muzik turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak  JS Music yang bertungkus lumus menghasilkan stick ini hingga sampai ke tangannya.

Buat peminat Ujang Exist dan instrumen drum yang mempunyai ciri khas dari jenis hickrey ini boleh didapati dengan harga RM 79.90. Kayu stick yang dipanggang untuk mendapatkan ketumpatan yang padat ini hanya 144 pasang untuk fasa pertama.

Stick drum ini dibuat  di Houston Amerika  Syarikat dari jenis 5A dan untuk masa hadapan kami merancang untuk menghasilkan pula jenis 7A . Untuk info stick Promark juga dipakai oleh pemain drum terkenal seperti Mike Pottnoy (Dream Theatre) , Simon Phillip (Toto) dan Ian Pace (Deep Purple).

Stick ini boleh didapati di JS Music 133 Jalan Imbi Kuala Lumpur  atau tel 032144555 atau melawat Facebook dan instagram JS Music untuk informasi. Selain boleh juga ke instagram @ujangexist.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here