Bersempena Fashion Week London  Norish Kareem pengasas kepada Norish Kareem Couture, Norish Kareem Cosmetics dan Norish Kareem London akan menganjurkan event fashion antarabangsa iaitu NK Fashion Week(NKFW) pada September ini. Dianjurkan oleh Norish Kareem London , event ini akan disertai oleh beberapa designers Malaysia iaitu MW by Mimi Wahidah, Fana Couture, Lila Majnun, Ummiriaz International, Liza Zulkarnain dan beberapa pereka lain dari dalam dan luar Negara.

Fashion week ini akan dikolaberasi dengan strategic partner iaitu MATRADE (Malaysia Ministry of Trade). NKLFW ini dijangka akan diadakan di tengah kota London dan dihadiri oleh penggiat fashion dari seluruh Negara. Ini adalah event fashion week yang julung-julung kali dianjurkan oleh pihak Norish Kareem. Kami berharap ia akan berjalan lancar dengan sokongan dari semua pihak.

Norish Kareem berhasrat untuk mengetengahkan pereka fesyen Malaysia di pentas dunia dan memberi mereka pendedahan kepada industri fashion antarabangsa. Ini merupakan peluang bagi pereka Malaysia melebarkan perniagaan dan memperkenalkan fesyen Malaysia di negara Eropah terutama fesyen muslimah.  Norish Kareem juga menyediakan ruang tempat di butik Norish Kareem London untuk pereka di seluruh dunia mempamerkan jenama mereka di Kota London dan sekali gus menembusi pasaran UK dan Europah. Ia tidak terhad hanya pada pakaian malah kosmetik dan aksesori.

NKFW juga di jangka akan diadakan di Doha, Qatar pada November ini berkoleberasi dengan agency kerajaan Qatar. Norish Kareem berharap untuk menjadikan label NKFW sebagai satu organiser fashion antarabangsa yang mengadakan fashion week di pusat fashion dunia seperti London, Doha, New York, Paris dan Dubai. Designer-designer yang berminat menyertai NK Fashion Week boleh menghubungi di email sales@norishkareem.com.

‘ Bukan mudah sesebuah jenama untuk menembusi pasaran antarabangsa contohnya di Kota London kerana saya pernah merasainya. Oleh itu, salah satu sumbangan saya kepada dunia fashion adalah memberi peluang kepada pereka yang ingin menempatkan koleksi mereka di tengah kota London. Saya memberi keutamaan kepada designer Malaysia yang ingin pergi ke peringkat Global dan yakin terhadap jenama mereka’ – Norish Kareem

Website : www.norishkareem.com

Ig : norishkareemlondon_official

Ig : norishkareemfashionweek

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here