SHARE

Rangkaian Produk Bayi Johnson’s Baharu Dengan Ciri Kelembutan Yang Ditambah Baik.

Jonson's product

 

Johnson’s memperkenalkan semula produk penjagaan bayi, kini dengan rangkaian JOHNSON’S® Baharu, yang ditambahkan ciri bahan lebih lembut dan terbaik untuk bayi.

Pada 10 Mei 2019 lalu, berlangsung majlis pengenalan produk berkenaan di Kuala Lumpur.

Pilihan No. 1 para ibu di Malaysia1, JOHNSON’S® menambah baik ciri kelembutan dalam produk bayi dengan memperkenalkan JOHNSON’S® Baharu – rangkaian produk penjagaan bayi dengan formulasi Ultra Gentle yang mengandungi 0% paraben, ftalat, sulfat dan pewarna2, dan dihasilkan tanpa sebarang kerengsaan terhadap kulit bayi dan kanak-kanak kecil yang sedang berkembang.

Berucap sewaktu pelancaran rangkaian produk baharu hari ini bersama Watsons, salah satu peruncit utama di Malaysia, Prashant Mahalingam, Pengarah Negara untuk Pengguna, di Johnson & Johnson Malaysia, berkata JOHNSON’S® yang baharu bukan sekadar proses formulasi semula, tetapi merupakan proses menghasilkan semula rangkaian penjagaan bayi JOHNSON’S® secara keseluruhan dari perspektif pengguna atau ibu bapa.

Prosesnya terlaksana hasil pengalaman 125 tahun Johnson’s dalam hal berkaitan kulit bayi dan sains pengeluaran.

“Untuk menghasilkan rangkaian produk JOHNSON’S® yang baharu, kami telah memberi keutamaan dengan mendengar pendapat lebih daripada 26,000 ibu bapa di seluruh dunia — dan menggabungkan maklum balas mereka dengan penemuan sains terkini untuk membentuk dan menambah baik produk kami dari luar dan juga dari dalam.

“Hasilnya adalah rangkaian produk penjagaan bayi JOHNSON’S® yang paling lembut sehingga kini, dan meningkatkan tahap piawaian Best for Baby kami dari formulasi sehinggalah reka bentuk pembungkusan,” katanya.

Sempena program pelancaran semula yang terbesar, JOHNSON’S® yang baharu telah menetapkan piawaian untuk kelembutan menerusi pemilihan bahan bermanfaat dan ketelusan yang sepenuhnya. Antaranya dengan reka bentuk pembungkusan baharu dan label mudah difahami ibu bapa bagi mengenal pasti produk untuk kanak-kanak pada umur dan peringkat pembesaran berbeza, bahan dinilai di samping menjalani proses jaminan kualiti ketat bagi memberi ketenangan fikiran kepada ibu bapa.

Keselamatan akan sentiasa menjadi keutamaan kami yang mana setiap produk JOHNSON’S® direka untuk memenuhi atau menjangkau piawaian kawal selia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” tambah Prashant.

Apakah perubahan JOHNSON’S® yang baharu?

  • Pilihan bahan yang bermanfaat: JOHNSON’S® telah memilih setiap bahan dalam rangkaian ini dan menolak lebih 400 bahan sewaktu proses formulasi. Portfolio bahan telah dikurangkan sebanyak 50% dengan minyak diperoleh secara semula jadi seperti minyak kelapa dan biji kapas, dipilih menggantikan minyak mineral. Yang penting rangkaian baharu ini tanpa paraben (0 peratus), ftalat, sulfat dan pewarna2 – hanya kurang daripada 2% daripada bahan kosmetik di peringkat global yang memenuhi piawaian kelembutan ini.
  • Wangian direka dengan mengutamakan ibu dan bayi: Bau, ingatan dan emosi mempunyai kaitan rapat antara satu sama lain. Kajian menunjukkan pengalaman berbilang deria merupakan bahagian penting dalam perkembangan bayi yang sihat dan gembira. JOHNSON’S® bukan sahaja mengekalkan haruman ikonik yang dimiliki produk klasiknya terkenal dan disukai ramai serta dicipta untuk memaksimumkan saat-saat ikatan antara ibu bapa dan bayi mereka. Semua wangian kini diformulasi supaya bebas alergen dan mematuhi standard global Persatuan Pewangi Antarabangsa (IFRA) dan Institut Penyelidikan Bahan Pewangi (RIFM).
  • Pembungkusan yang mesra ibu bapa: Botol JOHNSON’S® yang baharu kini dilengkapi dengan pam direka untuk penggunaan yang mudah menggunakan satu tangan supaya perhatian ibu bapa sentiasa tertumpu pada bayi.
  • Produk yang direka khas untuk setiap peringkat dan umur bayi: Produk JOHNSON’S® bukan sahaja membersihkan dan melembapkan – setiap satu diformulasi khusus untuk memenuhi keperluan istimewa kulit bayi dan menjadikan saat-saat penjagaan sebagai peluang untuk mengeratkan hubungan antara bayi dan ibu bapa mereka serta mengukuhkan perkembangan mereka dengan sihat. Rangkaian baharu ini menampilkan empat ‘Umur & Peringkat’ bagi membantu ibu bapa memilih produk mengikut kumpulan masing-masing. Rangkaian penjagaan bayi JOHNSON’S® baharu sesuai untuk bayi yang baru lahir hinggalah yang berumur 6 tahun.

Sebab-sebab bayi memerlukan produk yang lembut

Robert Kwon, Pengarah Bersekutu, Keterlibatan Saintifik bagi Johnson & Johnson Asia Pasifik, sewaktu pelancaran JOHNSON’S® yang baharu berkata, kulit bayi berbeza berbanding kulit dewasa, serta memerlukan pembersihan dan penjagaan rapi dan lembut. “Kulit bayi boleh hilang kelembapan dua kali atau lebih cepat berbanding kulit dewasa. Ia mempunyai faktor kelembapan lebih kurang dan sentiasa kering walaupun tidak kelihatan kering. Kulit kering boleh mendatangkan kegatalan dan senang ditembus oleh bakteria dan alergen, oleh itu bayi memerlukan perbersihan dan kelembapan untuk melindungi pertahanan kulitnya,” katanya.

Rangkaian produk penjagaan bayi JOHNSON’S® yang baharu boleh didapati di kedai-kedai jualan utama, termasuklah Watsons mulai Jun 2019. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang JOHNSON’S® yang baharu, sila layari www.johnsonsbaby.com.my atau ikuti kami di laman Facebook JOHNSON’S® Malaysia di www.facebook.com/JohnsonsbabyMY.

Nota kaki. 

  • Paraben, ftalat, dan sulfat tidak ditambah dalam semua rangkaian produk JOHNSON’S® yang baharu.
  • Pewarna tidak digunakan dalam semua produk kecuali JOHNSON’S® Active Kids™ Clean & Fresh Bath.
  • JOHNSON’S® menawarkan produk untuk bayi dan orang dewasa di lebih 175 buah negara dan jenama ini telah digunakan oleh hampir 8 bilion bayi di seluruh dunia.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here