Rahsia Mudah Rezeki dan Hati Tenang
Saban hari hati tidak tenang, saban harı menunggu rezeki yang tidak kunjung datang, puas sudah berusaha namun seakan sia-sia. Mengapa demikian? Apa Sahaja yang dilakukan seakan gagal mengembirakan hati. Mengapa? Sehingga anda mungkin tersedar ada sesuatu yang tidak kena sehingga terjadinya sedemikian.
Saat menghadapi masalah begitu, itu waktu yang terbaik untuk anda muhasabah diri, memikirkan mengapa sebelum ini anda tidak menghadapi masalah seperti itu. Dulu semuanya senang tetapi mengapa sekarang serba payah?
Rahsia Mudah Rezeki dan Hati Tenang.
Barangkali anda sudah terlalu leka dalam kesenangan hidup, sehingga melupakan tanggungjawab sebagai seorang insan yang dihidupkan oleh Allah SWT di maya pada ini. Bahawasanya kita dihidupkan hanya untuk sementara di dunia ini sebagai landasan untuk untuk menuju ke alam abadi.
Tanggung jawab kita di maya ini adalah untuk mengerjakan amal ibadat kepada-NYA. Hakikatnya setiap insan adalah milik Yang Maha Pencipta dan tanggungjawab kita adalah beramal tanpa leka. Bukanlah tujuan hidup kita untuk menikmati kesenangan semata-mata, kerana apa yang kita lakukan di muka bumi ini adalah perkiraan untuk kita berhadapan dengan neraca Yang Maha Kuasa.
INGAT PADA DIA
Lantaran itu, kembalikanlah ingatan kita kepada DIA. Setiap yang hendak kita kerjakan dalam kehidupan perlulah berpandukan kepada aturan-NYA. Allah SWT melalui kalamnya al-Quran, menyimpulkan banyak rahsia amalan termasuk bagaimana untuk mendapatkan rezeki yang barakah dan meraih kesenangan dalam ketenangan.
Alangkah bahagianya jikalau apa yang kita perolehi saban hari cukup untuk keperluan seharian dan cukup untuk hari-hari mendatang. Rezeki yang mampu memberikan kegembiraan dan ketenangan kepada kehidupan secara individu atau seisi keluarga. Rahsia Mudah Rezeki dan Hati Tenang.
Rahsianya, mungkin anda sudah tahu kerana sudah selalu kita dimaklumkan dan diperingatkan mengenai kepentingan solat Dhuha. Biarpun ia adalah dalam kategori solat sunat, namun memberi pengaruh besar kepada seseorang dari segi mendapatkan rezeki dan ketenangan dalam hidup.
Cukup rezeki, tiada lagi kerisauan, sekali gus akan membuatkan hati anda tenang. Justeru, solat Dhuha adalah Rahsia Mudah Rezeki dan Hati Tenang.
SOLAT DHUHA
Solat Sunat Dhuha yang anda kerjakan itu adalah tanda terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Andai kita mengumpul rezeki tanpa mengingati-NYA, tiadalah keberkatan dalam kehidupan, yang mendorong kepada timbulnya macam-macam kerungsingan dan kecelaruan fikiran yang membuatkan hati tidak tenang.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Rahsia Mudah Rezeki dan Hati Tenang.
Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Paling banyak dikerjakan Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
BUKTI KEPENTINGAN SOLAT DHUHA DAN FADHILATNYA
- Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
- Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani).
- Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).
-
WAKTU SOLAT DHUHA
Solat sunat Dhuha ialah sepanjang waktu matahari sedang naik. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
CARA MENGERJAKAN SOLAT DHUHA
Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.
LAFAZ NIAT
Maksud: Daku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala.
Boleh baca sebarang surah sewaktu solat namun, antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
a. Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/ Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/ As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/ Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/ Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/ Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas