SHARE

 

Kuala Lumpur- Perkembangan teknologi digital masa kini turut menjadikan sistem pemasaran juga berubah mengikut arus dan trend teknologi digital masa kini. Arus perubanhan ini menjadikan sistem lama semakin ketinggalan dan sekiranya kita tidak berubah mengikut perkembangan perniagaan kita akan ketinggalan.

Dengan perkembangan teknologi digital yang pesat banyak perniagaan lsistem lama mula gulung tikar. Bagi menjadikan perniagaan anda untuk lebih relevan pada masa kini anda perlu berubah bersama arus teknologi digital. itulah fenomena yang melanda banyak perniagaan kerana lonjakan teknologi yang pesat.

Trend pemasaran dan pembelian pengguna telah berubah pengguna kini mendapatkan info melalui online dan ini mempegerauhi cara pembelian produk dan perkhidmatan. Jadi golongan usahwan juga perlu berubah untuk terus berada dalam pasaran.

Situasi ini diakui oleh Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Internet Sdn Bhd Najib Asaddok dan menurutnya lagi pentingnya untuk para usahawan sentiasa mengikut perkembangan teknologi terkini terutamanya aspek pemasaran online.

Momentum Internet Sdn Bhd yang diterajui oleh Najib Asaddok yang terkenal sebagai pakar pasaran online di kalangan usahawan tempatan akan membantu usahawan diluar sana di 3 lokasi iaitu Penang, Johor dan Kuala Lumpur mulai Jun ini. Mereka akan mengadakan bengkel untuk 50 000 usahawan terutamanya mereka yang mempunyai perniagaan supaya dapat memahami ilmu pemasaran online dan menarik pelanggan. Objektif kempen ini adalah membantu usahawan memeahami strategi bagaimana memasarkan produk atau perkhidmatan mereka secara online, menarik ramai pelanggan dan meningkatkan jualan.

Menurut Najib lagi angka 50 000 dipilih sempena dengan ulang tahun ke 5 Momentum Internet Sdn Bhd pada tahun ini. Untuk kelas Roket Pemasaran Momentum kali ini yuran pendaftaran ialah RM 1 untuk 1000 pendaftaran pertama. Pendaftaran boleh di buat di www.naktarikpelanggan.com. Kelas ini terbuka kepada usahawan, pemilik bisnes,pengasas produk, stokis dan ejen. Ia juga untuk 5 jenis industri seperti fesyen,makanan, kesihatan,kecantikan dan perkhidmatan.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Momentum Internet Sdn Bhd di talian 07 7760376 atau

Nak Tarik Pelanggan

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here