SHARE

 

Petua Untuk Lembutkan Daging dan Mencepatkan Masa Memasak

how-to-soften-meat
Campuran bahan tertentu boleh melembut dan mencepatkan masa memasak daging.

Daging keras, daging liat, aduh memang menyakit hati kalau dihidangkan daging yang sukar dikunyah.

Lumrahnya, kalau nak memasak daging, bersedialah dengan peruntukan masa yang agak lama untuk merebus sampai empuk. Sesetengah daging tu pula keras dan tidak empuk empuk walaupun direbus lama.

Jangan bimbang, ada banyak petua untuk melembutkan daging atau mencepatkan masa memasak daging. Mungkin anda tahu antara petuanya dan telah lama diamalkan. Menerusi pembacaan admin, rasa teruja pula mengetahui tip untuk melembutkan daging.

Sebagaimana yang kita ketahui, cara biasa ialah direbus dengan air terlebih dahulu sehingga hampir kering dan ditambahkan air lagi jika masih belum empuk. Setelah daging berkenaan empuk atau lembut, barulah dimasukkan santan untuk membuat gulai.

Begitu juga dengan memasak sup tulang, rebus sehingga daging hampir empuk dulu baru masukkan rempah ratus. Menunggu masa untuk empuk itulah yang menimbulkan masalah kepada kita yang banyak kerja lain.

Di bawah ini adalah Petua Untuk Lembutkan Daging dan Mencepatkan Masa Memasak.

Daripada carian admin, berikut adalah petuanya;

  • Letak biji kurma semasa merebus – guna 4 hingga lima biji kurma.
  • Ada yang letak biji kurma sekali dengan isinya.
  • Letak ais ketul semasa tengah mendidih.
  • Masak dengan campuran air kelapa.
  • Masukkan daun nangka. Ambil daun nangka dan keringkan getahnya terlebih dahulu. Kemudian boleh masukkan ke dalam masakan. Gunakan dalam 4-5 helai. Berkesan!
  • Campurkan sedikit soda bikarbonate, tapi ingat, api kena diperlahankan supaya kuah tidak membuak kuat.
  • Ada orang letak satu sudu atau garpu semasa merebus daging
  • Pernah tak dengar letak tebu? Ada juga yang memberi petua begitu.
  • Dan petua lain ialah perap daging dengan nenas dahulu sebelum direbus.
  • Potong buah betik muda, rebus bersama daging atau boleh juga guna batang betik.
  • Campurkan rebusan dengan sedikit cuka makan, atau perap daging dengan cuka¬† sebelum direbus.
  • Konsep sama, campurkan dengan perahan air lemon semasa merebus atau perap dahulu dengan perahan air lemon selama beberapa jam sebelum direbus.
  • Gula batu juga dikatakan boleh melembutkan daging, masukkan beberapa gula batu sewaktu merebus daging.
  • Kaedah memotong daging juga mempengaruhi dalam hal ini, potong daging nipis berlawanan dengan uratnya. Rebus dengan periuk ditutup, cepatlah ia masak.
  • Ada juga yang memberi petua supaya memasak daging dalam periuk nasi elektrik. Cara ini katanya, daging cepat emput berbanding dimasak di atas dapur biasa. Paling mudah beli periuk seperti pressure cooker atau periuk khas yang mencepatkan tempoh memasak makanan seperti daging.
  • Apa pula petua anda untuk melembutkan daging sewaktu memasak.

Ini hanyalah petua daripada orang ramai, bolehlah mencuba untuk mengetahui kesahihannya dan yang mana paling praktikal untuk diguna.

Petua Untuk Lembutkan Daging dan Mencepatkan Masa Memasak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here