SHARE

SYAHIRAH KOREAN SECRETS ESEN RAHSIA KULIT LICIN MULUS

Korea Selatan sememangnya terkenal dengan produk kecantikan dan industri kecantikan. Berkembangnya seiring kepopularan drama dan music kpop. Ini kerana kebanyakan artis Korea Selatan mempunyai kulit cantik mulus baik lelaki mahupun wanita. Salah satu tempat terkenal yang sering dikaitkan dengan kecantikan ialah Pulau Jeju.

Pulau Jeju di Korea adalah salah satu lokastik di dunia dengan pemandangan mengagumkan semua. Keindahan air terjun Cheonjiyeon dengan air bersih dan jernih menenangkan minda. Mendaki Gunung Hallasan hingga berjaya menikmati keindahan panorama di puncaknya, serta melihat sendiri hamparan kuning bunga Canola yang berlatarkan Gunung Sanbangsan, kedua-duanya pasti membawa makna mendalam apabila anda merasainya sendiri. Dan betapa terujanya jika dapat menyaksikan keajaiban saat matahari terbenam di gunung berapai Jeju-Do Seongsan Ilchulbong, salah satu pengalaman paling berharga buat seorang pengembara.

Di Pulau Jeju juga terdapat pelbagai flora dan fauna yang menjadi sumber ubatan serta bahan kecantikan digunakan orang Korea. Kebanyakan produk mengandungi ramuan semula jadi, diinspirasi daripada kaedah kecantikan yang telah diguna secara turun temurun. Ianya menjadi bualan satu dunia, dengan tip-tip kecantikan dari Korea menjadi ikutan ramai termasuk remaja di Malaysia. Jadi, tidak hairanlah jika trend K-Beauty menjadi begitu popular di Malaysia. Sekali gus menjadi inspirasi kepada pengeluaran SYAHIRAH KOREAN SECRETS ESEN RAHSIA KULIT LICIN MULUS

 

Terkini, trend kecantikan Korea yang terhangat sekarang merupakan betapa licin dan mulusnya kulit bintang-bintang Korea tanpa sebarang cela. Ia bukan sekadar solekan yang hebat. Ianya efek glass skin yang merupakan tahap kecantikan tertinggi yang boleh dimiliki seorang wanita. Kulit yang lembut licin menyerlahkan kecantikan semula jadi tanpa solekan. Pemilik kulit begini pastinya yang paling cantik dengan kulit sempurna dan bertona rata. Trend Glass Skin ini kini menjadi semakin viral dan popular kerana pastinya semua wanita mahukan kulit yang kelihatan sihat dan tidak kusam, membuatkan pemiliknya tampak cantik menawan sentiasa.

Rahsia artis Korea miliki kulit secantik ini? Ianya penggunaan esen yang berfungsi membantu kulit menjadi lebih sihat, anjal, lembap, halus dan meratakan tona kulit hingga bintik hitam makin berkurangan. Labtas terhasil SYAHIRAH KOREAN SECRETS ESEN RAHSIA KULIT LICIN MULUS. Miliki Kulit Licin, Gebu dan Lembut Dengan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence

Syahirah memahami kehendak wanita Malaysia yang mahukan kulit yang gebu dengan kelembapan yang mencukupi, dan memperkenalkan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft dengan pati Tri-Flower Essence iaitu rahsia kulit cantik persis bintang Korea. Bersumber dari elemen bunga-bungaan yang boleh dijumpai di Pulau Jeju, Korea, pati Tri-Flower Essence ini terdiri daripada tiga ramuanpenting – Bunga Ginseng yang membantu menyegarkan kulit dengan menyeimbangkan minyak dan mencerahkan tona kulit; Bunga Teh Hijau yang tinggi dengan ramuan anti-oksida yang melawan radikal bebas sambil melembapkan dan mencerahkan; dan Bunga Chamomile yang membantu mengurangkan iritasi kulit dan membantu tona kulit nampak sekata.

Kekalkan hidrasi pada wajah dan dapatkan efek Glass Skin dengan mudah dengan Syahirah Hydra Soft Dewy Moist Essence. Katakan selamat tinggal kepada kulit kusam kerana anda kini pemilik kulit yang sihat, licin dan lembut. SYAHIRAH KOREAN SECRETS ESEN RAHSIA KULIT LICIN MULUS

Kulit Lebih Cerah Berseri Dengan Syahirah Korean Secret White Glow Snowy White Essence

Sementara itu, untuk miliki kulit lebih cerah berseri, Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence solusi untuk kelihatan seperti bintang K-pop kesayangan anda. Esen ini dapat membantu meratakan tona kulit yang tidak sekata agar kelihatan lebih licin dan halus dengan membantu menghalang pembentukan tompok gelap sambil ia melembapkan. Tampil secantik jelitawan Korea di karpet merah dengan esen hebat ini yang mengandungi pelbagai kebaikan ramuan semula jadi. Syahirah White Glow Snowy White Essence juga mengandungi Tri-Flower Essence dalam formulasinya, dengan ramuan yang didapati daripada bunga-bungaan yang terdapat di Pulau Jeju, Korea. Berasaskan elemen semulajadi bunga-bungaan Korea, esen ini
mengandungi Cherry Blossom, yang diketahui kaya dengan anti-oksidan dan juga membantu melegakan kulit, sehingga dapat membantu mengurangkan kemerahan dan kesan iritasi. Sementara itu, intipati Camellia memberikan kelembapan yang diperlukan, manakala bunga Lotus membantu menyihatkan dan mencerahkan kulit dengan ramuan yang dapat membantu memutihkan kulit. Dapatkan kulit yang kelihatan lebih cerah dengan tona yang sekata, sementara pengeluaran sebum dikawal, untuk wajah yang cerah dan berseri-seri.

Keseluruhan rangkaian produk Syahirah Korean Secrets Hydra Soft dan Syahirah Korean Secrets White Glow termasuk Dewy Moist Essence dan Snowy White Essence, yang masing-masing boleh didapati harga runcit RM39.90, boleh didapati di semua rangkaian farmasi terkemuka, pasar raya & pasar raya besar terpilih seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi www.syahirah.com.my atau ikuti laman sosial Instagram dan akaun Facebook rasmi Syahirah Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here