NAELOFAR LANCAR BEG TOTE EKSKLUSIF SEMPENA RAMADAN di GUARDIAN

GUARDIAN Malaysia baru-baru ini telah melancarkan beg tote koleksi Eksklusif Musim Panas sempena Ramadan. Beg tote istimewa sempena Ramadan ini  diberi nama NATURE BEAUTY, RED BLOSSOMS dan FLORAL SERENITY.

Beg tote ini merupakan ilham dan hasil rekaan istimewa personaliti, pengacara, model dan tokoh perniagaan terkenal, Neelofa, yang juga merupakan pemilik kepada jenama fesyen kontemporari popular di Malaysia, NAELOFAR.

Berucap di majlis perlancaran Koleksi Musim Panas tersebut, Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata: Kolaborasi istimewa bersama NAELOFAR ini adalah satu cara kami menyambut kedatangan Ramadan.

“Kami ingin menawarkan sesuatu yang eksklusif kepada pelanggan, dan sudah tentu juga menarik, apabila mereka berkunjung ke Guardian untuk mendapatkan keperluan kesihatan dan kecantikan mereka,” ujarnya.

Vai Chi turut mengumumkan bahawa stor-stor Guardian bakal menampilkan tema istimewa “Seiring Ramadan” sepanjang bulan Ramadan ini dimana Guardian berusaha menawarkan banyak tawaran hebat dengan potongan harga sehingga 50% untuk barangan- barangan tertentu.

“Dan kepada yang inginkan tip-tip kesihatan sepanjang Ramadan, Guardian juga akan memuat naik petua-petua dan panduan kesihatan berguna daripada Joanna Soh, selebriti kecerdasan Youtube #1 Asia, ke laman Facebook Guardian dari masa ke semasa,” tambah beliau.


Jadi di bulan Ramadan ini, bila lagi masa yang lebih tepat untuk membeli-belah di Guardian sambil bergaya dengan beg tote istimewa rekaan Neelofa?

Beg-beg Tote itu boleh dibeli pada harga diskaun 40% dengan pembelian bernilai RM20 dengan mana-mana produk jenama penaja, atau RM30 jika tanpa barangan jenama penaja.

Beg-beg tersebut berharga hanya RM17.90 selepas diskaun 40%. Koleksi Musim Panas Guardian boleh didapati bermula hari ini sehingga stok masih ada.

“Rebutlah peluang untuk mengumpul ketiga-tiga rekaan sekarang kerana stok adalah terhad,” tambah Vai Chi.

Inspirasi Neelofa disebalik tiga rekaan beg tote iaitu bunga iris yang digabungkan dengan geometri, corak yang bersih dan abstrak dengan warna tropikal dan akhir sekali bunga dan rama-rama yang melambangkan keanggunan dan kecantikan.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here