SHARE

 

Sempena Ramadan 2019 Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) seperti biasa akan membawakan bufet Ramadan denagn 250 jenis juadah makanan yang bertemakan Citarasa Warisan di sepanjang RAmadan ini.

Promose sempena bulan Ramadan ini bermula dari 8 Mei sehingga 3 Jun 2019 dan dibuka dari 6 pm-10pm dengan harga RM88 dewasa ,RM45 kanak 7-12tahun dan warga emas RM75 seorang.Selain itu PWTC juga menyediakan pakej korporat RM98 seorang minimum 100 orang dengan pelbagai pakej lain seperti sistem audio, ruang solat khas, dan kadar parkir tetap RM5 mulai jam 6pm.

 

 

Terdapat pelbagai menu tradisional Melayu yang disediakan seperti ayam kampung kerisik dan betik muda, ayam gulai minang dan daun salam,kambing masak kari utara,asam pedas ikan pari,sayurjeruk, ikan patin tempoyak dengan timun tua, ayam brastagi,siput sedut masak lemak kuning, daging dan paru kari kawah .

Selain itu pelbagai menu lain seperti 13 jenis ulam-ulaman, 6 jenis keropok, 8 jenis jeruk, 7 jenis ikan masin, 14 jenis sambal dan dressing, 13 jenis kerabu dan hidangan lain seeperti kambing goreng berempah, fried crab salted egg with oats dan pelbagai lagi.

 

Bagipeminat manisan terdapat lebih 8 jenis kuih tradisional, 5 jenis kek, 4 jenis jpai,aneka jeli,mousse dan pudding,aneka jenis biskut, bubur manis dan buah-buahan. Sepanjang bulan Ramadan ini juga Riverside menyediakan kambing panggang dengan pelbagai sos.

untuk tempahan sila hubungi 03 26146701 atau 03 26146702.

Selamat Berbuka Puasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here