SHARE

Bufet Ramadan Hilton Malaysia bertemakan Jom Makan kembali lagi. Hotel Hilton mengembalikan tema Jom Makan sempena Ramadan tahun ini. Jom Makan adalah satu sambutan istimewa berkaitan budaya dan makanan, diilhamkan daripada amalan sikap pemurah yang dituntut sempena bulan berkenaan.

food-counter-hilton
Kaunter hidangan bufet Jom Makan Double Three By Hilton

Sambutan hebat terhadap majlis bertema Jom Makan yang dilaksanakan pada Ramadan tahun-tahun lepas, menyebabkan pihak pengurusan memilih tema yang sama pada tahun ini.

Admin Varia Seri (VS) tidak ketinggalan dijemput menghadiri majlis promosi Jom Makan di semua rangkaian hotel Hilton. Namun wakil kami hanya sempat menyertai majlis promosi di hotel Double Three by Hilton Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Indian-food
Sudut makanan masyarakat India

Port tarikan pelancong, pasar malam dipilih sebagai sub tema hidangan di dapur restoran Makan Kitchen, Hotel Double Three by Hilton Kuala Lumpur (KL).       Okey ingat ye, Bufet Ramadan Hilton Malaysia bertemakan Jom Makan Kembali Lagi, dan “jangan tunggu lama-lama untuk membuat tempahan.”

Menerusi sub tema Pasar Malam Istimewa – Buffet Dinner, memang teruja menyaksi aneka makanan tempatan authentic yang dihidangkan.

Sebagai hotel yang berada di tengah kota, setiap tahun Bufet Ramadan Double Three by Hilton KL mendapat sambutan hebat daripada pelbagai pihak terutama penghuni kota, pejabat atau syarikat di sekitar yang membuat tempahan.

dessert-choice
Bahagian pencuci mulut, pilihan kek dan puding.

Sebagai contoh, belum lagi bulan puasa, pada hari itu difahamkan lebih 700 tetamu datang mencuba makanan promosi Ramadan dalam majlis “Jom Makan ” di Double Three by Hilton KL.

Yang datang berambut hitam, merah, perang, bertudung dan tak bertudung, berbaju tradisional mahupun moden, mereka daripada pelbagai bangsa, menandakan Jom Makan, Bufet Ramadan berjaya menyatukan kaum di ibu kota, melalui selera makan!

Difahamkan, selain orang media, yang kebanyakan tetamu adalah pelanggan setia hotel itu.

choice-of-food
Lagi pilihan lauk pauk Bufet Jom Makan Double Three By Hilton

Individu dan korporat dijemput membuat tempahan berbuka puasa mulai sekarang.

Tunggu apa lagi, syarikat syarikat kecil mahupun besar, ambillah peluang belanja staff makan sekali sekala. Dan ingatlah pada Bufet Ramadan Hilton Malaysia bertemakan Jom Makan Kembali Lagi.

Boleh tempah dewan atau meja, hotel Double Three by Hilton menyediakan tempat kepada sehingga ribuan tetamu untuk berbuka puasa dalam sehari.

Tempat makan tidak sekumpul di satu tempat, tetapi di ruang terpisah dan berbilik atau dewan, untuk privasi kumpulan tetamu.

Kerabu-food
Bahagian pilihan hidangan makanan kerabu dan buah

Bufet Buka Puasa hotel Double Three by Hilton di Malaysia bertemakan Jom Makan Kembali Lagi, menawarkan aneka makanan Malaysia dengan lebih 150 jenis, termasuk jenis masakan panas.

Hidangan pilihan antaranya Kambing Golek, Murtabak, Roti John dimeriahkan dengan sudut makanan “Pasar Malam Istimewa”, dengan 5 dapur masakan panas yang menyediakan sehingga 100 masakan.

fish-curry
Masakan kari ikan

Harga Buka Puasa Buffet Dinner Early Bird 1 April – 1 Mei RM105 nett

Harga Buka Puasa Buffet Dinner 6 Mei – 4 Jun 6.30 – 10.30 pm RM148 nett

Hari Raya Open House Buffet 5 – 6 Jun 12.30 – 4 pm. Harga RM110 dewasa dan kanak kanak RM55 (6-12 tahun sahaja).

 

Bagi kakitangan ofis, bolehlah maklumkan kepada majikan agar memilih bufet Ramadan Hilton, Jom Makan untuk belanja satu ofis sebagai tanda terima kasih kepada kakitangan

Reservation 03-2172 7272

#jommakanathilton @doubletreekl

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here