SHARE

 

Petaling Jaya- Bagi yang mencari tempat untuk buka puasa sempena Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi kenapa tidak cuba Selera D’Kembali di restoran Kembali Kitchen Best Western Petaling Jaya yang terletak di tingkat 6.Bufet Makan Malam Selera D’Kembali akan mula disajikan mulai 13 Mei 2019 seehingga 30 Mei 2019 dengan lebih dari 100 juadah kegemaran ramai yang pastinya memenuhi kepelbagaian pilihan kepada pengunjung.

Sempena bulan Ramadhan kali ini pelbagai menu menarik yang disediakan oleh Chef Amin yang pastinya menjadi pilihan ramai seperti Gulai Daging Kawah, Telur Itik Bersama Belimbing Masak Lemak Cili Padi, Ayam Percik Kelantan, Daging Rendang Tok, Paru Berlado, Pucuk Manis MAsak Lemak, Sotong Masak Lemak Pucuk Ubi, Udang Monggolian, Ikan Masak Tikka, Daging Kambing Goreng Lada Hitam, Kambing Bakar, Ikan Bakar serta Sotong Masak Dewasaalio.

Selain itu terdapat menu istimewa yang disajikan pada tahun ini iaitu Daging Salai Bersama Mangga Muda Masak Lemak Cili Padi yang pastinya menyelerakan .

 

Harga Bufet Makan Malam Selera D’Kembali Kitchen untuk seorang dewasa  adalah RM125 bersih. Harga untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun dan warga emas yang berumur 55 tahun ke atas pula adalah RM62.50 bersih setiap seorang. Untuk mendapatkan baucer Pembelian Awal sila hubungi Cik Wan Nabila ditalian 019-7776079, Cik Vicky di talian 019-7774140 atau emel ke info@bestwesternpj.com.my.

Bagi pelanggan Maxis, Hotlink dan Maybank bermula dari 1 Mei 2019 hingga 31 Mei 2019 anda boleh menikmati diskaun ekslusif sebanyak 40% untuk seorang dewasa . Diskaun hanya sah untuk harga asal dewasa RM125 bersih. Pelanggan boleh merujuk kepada applikasi rakan niaga masing-masing bagi terma dan syarat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here