SHARE

Homestay di Gombak Batu Caves yang Comel dan Selesa, SEHIJAU. 013-3310221

room for four person
Bilik untuk empat orang

Pada musim cuti persekolahan, baru baru ini kami sekeluarga menginap di homestay sebuah taman perumahan di Gombak. Homestay di Gombak Batu Caves yang Comel dan Selesa, SEHIJAU, namanya.

 

room for four person
Bilik untuk empat orang rakaman dari sudut atas

Menghadiri majlis perkahwinan abang saya yang bertemu jodoh dengan orang di daerah itu, kami sekeluarga kira-kira 8 orang, bernasib baik dapat rumah itu sebagai tempat persinggahan rombongan perkahwinan kami. Lokasi homestay itu ialah di Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor.

Sebaik melangkah masuk, wah harum semerbak bau, datangnya daripada bahan pewangi daripada campuran lemon yang diletakkan di atas tangga. Ruang bawah kelihatan kemas tersusun, barang barang semua diletak ke tepi dinding manakala ruang tengah dibiarkan kosong, untuk keselesaan.

Mujur juga begitu, keadaan lapang di tengah membolehkan kami duduk melepak di situ sambil menonton televisyen. Hamparan permaidani berbulu panjang menambahkan lagi keselesaan untuk duduk atau baring di situ. Itulah Homestay di Gombak Batu Caves yang Comel dan Selesa, SEHIJAU.

Bilik katil Queen untuk dua orang

 

Bijak juga tuan rumah memilih perabot. Ruang tamu di aras bawah direka hias suasana superti rumah studio, di mana terdapat sebuah katil siang dengan tilam ukuran single, dengan satu lagi tilam single tambahan pada katil sorong di bawah katil siang.

Ini bermakna, ruang tamu di aras bawah itu juga adalah tempat tidur, tetapi keadaan yang dipersembahkan tidak seperti bilik tidur.

green leaves the name inspirations
Dedaun yang mencetuskan tema nama Sehijau.

Aras bawah turut menempatkan sebuah meja makan untuk enam kerusi dan meja kopi berpermukaan kaca lut sinar. Sebuah kerusi dua tempot duduk dan satu kerusi kayu turut disediakan, di samping meja tulis yang menempatkan televisyen layar rata. Ruang dapur lengkap dengan peralatan masak, sementara di tingkat atas mempunyai dua bilik tidur.

Bilik tidur utama menyediakan empat tilam, dengan 2 katil single jenis berpasang dengan katil sorong (pulled bed). Sementara bilik di sebelahnya dilengkapi katil queen untuk dua orang. Bermakna tingkat atas boleh menerima 6 orang.

Dengan dua tilam pada katil siang di ruang tamu di aras bawah, secara keseluruhan tempat tidur yang disediakan adalah untuk lapan orang, bagaimanapun di aras bawah terdapat lagi satu bilik tambahan yang boleh memuatkan dua orang. Maklumat lengkap terdapat di laman fb SEHIJAU – Homestay Gombak Batu Caves.

Apakah lagi penerangan yang diberi mengenai Homestay di Gombak Batu Caves yang Comel dan Selesa, SEHIJAU?

Tingkat bawah bertemakan warna coklat perang, sementara tingkat atas nyaman dengan warna biru syahdu, menerusi gaya hiasan santorini, putih – biru. Persekitaran luar pula, redup diteduhi pepohon merimbun dan menghijau yang tumbuh melata di lereng bukit di hadapan rumah.

 

living room cum room
Ruang tamu SEHIJAU cum ruang tidur

Walaupun rumah tak besar gah seperti vila, namun suasana rumah teres dua tingkat yang comel sahaja saiznya itu, selesa sangat untuk kami 8 orang. Sementelah dilengkapi pendingin hawa di kedua-dua bilik dan di ruang tamu. Paling penting, keseluruhannya bersih!

Bagaimana kami dapat tahu mengenai homestay ini? Kami terbaca di internet, saya petik penerangan di laman facebook SEHIJAU  – HOMESTAY GOMBAK BATU CAVES.. seperti di bawah..

Anda sedang mencari homestay di sekitar Gombak dengan harga yang berpatutan? Jadi intailah Homestay di Gombak Batu Caves yang Comel dan Selesa, SEHIJAU.

JENIS RUMAH

 

Penginapan Teres 2 tingkat, 3 bilik tidur, 2 bilik air dan ruang tamu lapang untuk tempat tidur tambahan.

Rumah teres ini sesuai untuk persinggahan bagi yang ada urusan di sekitar Lembah Klang misalnya untuk menghadiri majlis atau ada urusan seperti perkahwinan, seminar, kursus, mesyuarat konvokesyen, membeli-belah dan menziarah.

Semua kemudahan ada berdekatan termasuk masjid, surau, bank, stesen minyak, tempat makan, pasaraya dan kedai, hanya sekitar 5 minit memandu.

Jarak dengan pusat kota Kuala Lumpur hanya 20 – 30 minit.
.
.
.

LOKASI
Taman Seri Gombak, 68100, Batu Caves, Selangor.

Unit tengah, berhadapan bukit menghijau dengan aura desa yang meredupkan. Lantai terazo batuan semula jadi, membias kedinginan. Kehadiran pokok menapis haba panas, justeru suasana selesa dan cosy. Sehijau Homestay, mementingkan kelestarian alam.
.
.
.

TEMPAT TUMPUAN MAKAN
Di sini Syurga Makan: Banyak gerai dan restoran di sekitar, hanya kira-kira 5 – 10 minit memandu.
Makanan Melayu: Restoran Nur, Restoran Ramli Burger, dll
Makanan mamak dan pelbagai selera: Thaqwa (2), Sarina (1), dll.
Makanan Siam: Restoran Maisarah, Padi-Padi dan banyak lagi.
Makanan Barat: Kentucky Fried Chicken, Mc Donald, Pizza Hut, White Coffee, Coffee Box dll.
Makanan Cina: Adam Lai, Mee Tarik Warisan dll.
.
.
.

TEMPAT IBADAT
5 – 10 minit surau dan masjid dan kuil.
.
.
.
PUSAT PENGAJIAN 10-20 minit
UIAM Gombak, International Islamic College, Kolej Unicop, UniKL BMI Gombak, International Islamic School (IIS) Gombak, Pusat Pengajian Al Amin, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Sek Men Teknik Gombak, Giat Mara Gombak, Giat Mara Selayang, UiTM Selayang, Kolej Komuniti Selayang, TAR College Setapak; UTM, UTM Space dan Pulapol di Jalan Semarak, Institut Kraf Negara Taman Templer,
.
.
.

TARIKAN PELANCONGAN dan REKREASI 5 -30 minit.
Taman Tasik Seri Gombak – 4 minit. Hutan Lipur Kancing, Hutan Lipur Lagong di Templer Park, Taman Tasik Metropolitan (Layang-Layang) Kepong, FRIM Kepong, Kompleks Budaya dan Restoran Batu Caves, Zoo Negara Ulu Klang, Muzium Orang Asli Gombak, KLCC, Menara KL, Hot Spring Selayang, Air Terjun Kemensah (15-30 minit).
.
.
.

PUSAT KECERGASAN
Terdekat, 4 minit memandu ke
* Gua Damai Extreme Park;
* Stadium Selayang;
* Sinamax Badminton Court dan
* KSL Futsal.
.

Kemasan jubin pecah di luar tempat kereta, yang berseni.

.
.

PENGANGKUTAN AWAM
Hanya 3 minit jalan kaki ke hentian bas untuk ke KL; 3 minit jalan kaki ke hentian bas feeder untuk ke Stesen LRT Gombak.
Stesen Komuter Batu Caves (15 minit).
.
.
.

KELENGKAPAN
• 2 katil single berlapis (jenis pull-bed mengandungi 4 tilam untuk 4 orang di Bilik 1 di tingkat atas),
• 1 katil queen untuk 2 orang di Bilik 2, di tingkat atas.
Jumlah 6 orang di tingkat atas
• 1 daybed berlapis dengan 2 tilam single di ruang terbuka (ruang tamu) di tingkat bawah.
Jumlah tempat tidur untuk 8 org.
* tuala untuk 4 orang. Selebihnya atas permintaan
• Dapur gas dua tungku
* seterika, bod seterika
* kipas siling (3)
* cerek elektrik
* pendingin hawa (air con) di dua bilik tingkat atas dan ruang tamu.
* peti ais mini
* tuala, gebar/selimut
* meja makan 6 orang
* meja tulis
• sette, side chair dan coffee table di ruang tamu.
• sejadah
.
.
.

20 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur.

• Kapasiti 8 orang.
• Tempahan – Bayaran penuh.
.
.
.
Waktu check in – 3.00 petang
Masa check out – 12 tengahari

Harga berpatutan untuk rumah selesa yang memuatkan sehingga 8 orang dan maksimum 10 (tak sesuai lebih dpd jumlah ini)..

RM190 (hari bekerja)
RM200 (hujung minggu) dan cuti am.

Hubungi 013-3310221 (Kak Shida) untuk tempahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here