SHARE

 

Pernahkah anda melalui pengalaman kerap terlupa? Kerap terlupa apa yang telah anda lakukan. Topik “10 Tanda Orang Lalai, Kesannya dan Cara Untuk Berubah” ini, memberi penjelasan sebab musabab dan pedoman mengatasinya. Paling parah apabila anda kerap terlupa bilangan rakaat solat sewaktu mengerjakan ibadah itu.

Jika anda tergolong dalam kategori yang disebutkan ini, maka eloklah terus membaca. Paling penting dalam perbincangan ini adalah pedoman untuk mengatasi masalah itu. Justeru, teruskan mengambil manfaat daripada topik “10 Tanda Orang Lalai, Kesannya dan Cara Untuk Berubah.”

Terlupa termasuk dalam maksud lalai, mahukah anda terus dibelenggu dengan ‘penyakit’ lalai ini? Memang mengganggu mood kita kalau asyik terlupa apa yang telah kita buat. Betapa tidak, apabila berlaku macam tu (misalnya terlupa bilangan rakaat dan seumpamanya), kita kena ulang melakukannya. Bukan sahaja membazir masa dan tenaga, sebaliknya kalau selalu terjadi begitu, tentu sahaja menimbulkan stress yang tidak berkesudahan.

Paling parah lagi apabila penyakit yang dikaitkan dengan perasaan was-was telah bersarang dalam hati. Seperti yang anda semua tahu, penyakit ini memang tidak boleh dibiarkan. Dalam Islam kita tidak boleh membiarkan was was bersarang di hati terutama dalam membuat ibadat, semuanya kena dibuat dengan penuh yakin.

Sebelum pergi kepada panduan mengatasi, Cik Seri catatkan di sini mengenai tanda-tanda lalai. Banyak perkara yang menandakan seseorang itu lalai. Lalai yang paling penting untuk kita ambil perhatian dan mengatasi seperti yang Cik Seri sebutkan tadi adalah lalai yang berkait dengan soal melakukan ibadat.

Apa yang Cik Seri nak kupas ini bukanlah idea Cik Seri sendiri, sebaliknya merujuk kepada penjelasan yang diberikan oleh Ustaz Pahrol Mat Joi dalam satu program wawancara di Radio IKIM. Sebaik terbaca satu catatan yang bersumberkan rujukan daripada ustaz berkenaan, memang menarik minat Cik Seri. Almaklumlah banyak sangat perkara yang diberi tumpuan dalam kehidupan, sehingga kadang-kadang berlaku juga masalah seperti yang disebutkan tadi pada Cik Seri.

Jadi, apa 10 tanda orang lalai,  kesannya dan cara untuk berubah?”

Berikut kupasan Ustaz Pahrol Mat Juoi mengenai LALAI. Ustaz memulakan bicaranya dengan berkongsi tanda-tanda lalai.

lalai
republika.co.id: Menonton televisyen antara perbuatan yang melalaikan.

Antaranya:
1. Kurang membaca Al Quran dan berzikir
2. Lalai dlm solat, kurang ingat pd Allah;
tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat,
kurang solat jemaah.
3. Banyak membuang masa dengan perkara yang kurang bermanfaat misalnya untuk hiburan, termasuk juga menghabiskan masa melihat program sukan dan membazir masa terlalu lama di meja makan serta menonton rancangan tidak berfaedah di televisyen.
4. Kurang @ malas berdoa.
Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, ‘pakat hafal saja`.
5. Sentiasa sibuk dgn urusan dunia; mudah stress.
6. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
7. Tak berhati-hati dgn perkara yg syubhah & haram.
8. Tangguh untuk bertaubat.
9. Malu untuk belajar agama.
10. Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.

Dari segi Islam, 10 perkara ini menurut Ustaz Pahrol, adalah tanda orang yang lalai dan apakah kesannya apabila seseorang itu mempunyai 10 amalan negatif ini.

Sikap lalai seperti yang tersenarai itu katanya, memberi kesan seperti berikut pada diri seseorang. Cuba kaji pada diri sendiri adakah anda antara orang yang merasai keadaan diri seperti yang disebutkan di bawah ini?

Disebabkan lalai, jelas Ustaz, boleh menimbulkan situasi seperti ini.

1. Kurang semangat nak beribadah,
2. tidak suka baca quran.
3. ‘Bunuh’ kebaikan yg kita buat;
kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama.
4. Hilang fokus dalam hidup.
5. Mudah lesu dan buntu, sentiasa rasa esok masih ada dan suka menangguhkan kegiatan beribadah serta kerja amal soleh.

Menurut Ustaz Pahrol lagi, ada sebab yang menjadikan seseorang itu kekal dengan sikap lalainya. Dorongan terbelenggunya  sikap lalai pada seseorang adalah disebabkan individu terbabit;

1. Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2. Berkawan dengan mereka yg lalai.
3. Berada dalam persekitaran ‘rosak’. (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, mendedahkan aurat & membuat maksiat), dam berada di sesuatu tempat itu bukan untuk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dlm perancangan-perancangan licik musuh Islam. (Contoh: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem yang melalaikan dan sebagainya.

Yang terakhir ini adalah paling penting kepada pembaca sekelian, terutama bagi mereka yang inginkan pedoman, untuk memperbetulkan keadaan diri.

Cara-cara untuk mengatasi masalah itu menurut Ustaz Pahrol ialah segerakan tindakan, mengubah tabiat hidup.

 

1. Cari sahabat yg baik & soleh.

Sebagai manusia kita mudah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya, justeru elak rapat dengan golongan mereka yang lalai.

2. Hadiri majlis ilmu. Rajinlah menghadirkan diri di majlis ilmu, maksudnya majlis ilmu yang berkait dengan keagamaan, kerana keberkatan dan hidayah dari Allah swt itu datangnya dari situ.

3. Bangun malam utk solat tahajjud. Ketika itu antara waktu yang sesuai untuk anda mengadu dan berdoa. Rayuan anda akan didengar oleh Yang Maha Esa.

4. Banyakkan zikir & taubat.

5. Rajin baca quran.

6. Bersangka baik pd org lain.

7. Pemaaf.

8. Ingat mati.

9. Kurangkan makan.

10. Amalkan sunnah Nabi saw.

11. Bersabar bersyukur & bertawakkal.

Dengan pedoman panjang lebar daripada Ustaz Pahrol ini, diharap ia boleh menjadi rujukan dan panduan kepada mereka yang ingin segera berubah.

Jangan tunggu lama, segeralah mengambil langkah, lagi lama membiarkan diri dalam keadaan lalai, kelak lagi teruk kita terbelenggu dengan lebih banyak titik dosa.

Ustaz juga menyebut, jarak antara hati kita dgn ketenangan,
ibarat jarak’ kita dgn Al-Quran.

Pesannya, beli Al-Quran guna duit sendiri.
Pilih ikut cita rasa kita. Sewaktu beli, “cakap dengan Al-Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia (nak baca).”

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here