SHARE

Shah Alam – Kepada yang sedang mencari rumah kini terdapat peluang terbaik untuk mendapatakan rumah Perbadanan Kemajuan  Negeri Selangor (PKNS) dengan harga diskaun dan juga pelbagai rebat menarik yang bernilai RM1 juta. Program Mega Bonaza yang dilancarkan sempena tahun baru dan Tahun Baru Cina ini telah mula sejak 1 Januari yang lalu sehngga 28 Februari ini. Sebanyak 20 projek dengan 2700 unit rumah yang ditawarkan bagi promosi Mega Bonaza. Selain itu 864 unit rumah mampu milik yang berharga dari RM42 000 – RM 252 000 juga ditawarkan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Hajjah Norita Mohd Salleh berkata pembeli boleh mendapatkan tawaran menarik rumah PKNS ini sehingga 28 Februari tertakluk dengan terma dan syarat. Diskaun 20% bukan hanya untuk bumiputera tetapi juga terbuka kepada semua kaum. Di antara projek rumah untuk diskaun 20% ini ialah projek di Kota Puteri iaitu Daffina 3 dan Daffina 2 serta Elaisha, projek Azhara di Antara Gapiserta Menara U & U2 di Shah Alam.

Selain diskaun PKNS juga memberikan rebat tunai keseluruhan bernilai sehingga RM 1 juta bagi projek Hijauan Enklaf dan projek Anggun Kirana di Alam Nusantara, Setia Alam serta 10 Residensi di Seksyen 17, Shah Alam. Menurut Norita lagi pembeli juga berpeluang menikmati Insentif Dokumentasi bernilai sehingga RM15,000 bagi projek Hijauan Enklaf, Opal Residensi, Taman Bayu Malawatidan 10 Residensi. Pembeli juga bakal menerima baucar barangan elektrik berrnilai sehingga RM30,000 untuk projek Hijauan Enklaf, Opal Residensi dan Rasa Avenue.

Bukan itu saja PKNS juga menawarkan Smart Home Voucher bernilai RM15,000 bagi projek ruah Anggun Kirana dan Vega Residensi. Kepada para pembeli projek ini, mereka bakal menikamti kemudahan Aplikasi Smart Home System di mana menerusi aplikasi ini pemilik boleh memantau kondisi  kediaman mereka ketika berada di rumah atau dari luar rumah.

Diskaun menarik juga diberi kepada pembeli terawal bagi projek Estera, Dillenia, Kamelia dan Violet di Bernam Jaya. Bagi pembeli projek terpilih di Taman Bayu Malawati juga PKNS memberi baucar hiasan dalaman bernilai RM10,000.

Selain itu juga pembeli bakal menikmati sifar bayaran pendahuluan, manakala kos Perjanjian Jual Beli (SPA) dan Memorandum Pertukaran (MOT) akan ditanggung oleh PKNS bagi projek terpilih.

Bagi pelanggan pertama kali dan setia PKNS terdapat  skim yang ditawarkan iaitu Skim Smart Ownership yang sepatutnya habis pada 31 Disember tapi diteruskan dengan pemberian insentif ‘First Ownership” diskaun sebanyak 10% untuk pembelian hartanah PKNS yang pertama untuk semua kaum. Manakala insentif ‘Loyalty Scheme” iaitu diskaun sebanyak 12% kepada pembeli hartanah PKNS untuk kali kedua atau lebih meliputi kediaman /komersial atau industri bagi semua kaum.

 

Dengan pelancaran Promosi Mega Bonaza ini pihak PKNS mengharapkan agar lebih ramai lagi dapat memiliki rumah PKNS selain merancakan pertumbuhan ekonomi.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut projek PKNS

Wilayah Tengah anda boleh hubungi Encik Lee Seng 016 2510113, Puan Sarimah 019 3034342.

Wilayah Utara Puan Arifah 012 6595515, Puan Norlini 013 2504380.

Wilayah Selatan Puan Vimala 018 2051713, Encik Halim 017 3634821

Atau layari www.pkns-property.com atau Facebook PKNS Property.

Isentif yang ditawarkan PKNS

  • Rumah siap dibina dan sedia diduduki
  • Diskaun sehingga 20% bagi projek terpilih Daffina 3, Daffina 2, Elaisha, Azhara,Menara udan U2
  • Rebat tunai bagi projek terpilih Marbella, Hijauan Enklaf, Anggun Kirana, 10 Residensi
  • Insentif Dokumentasi bernilai RM15,000 bagi projek terpilih Hijaun Enklaf, Opal Residensi, Taman Bayu Malawati, 10 Residensi
  • Baucar barangan elektrik bernilai sehingga  RM30,000 bagi projek terpilih Hijauan Enklaf, Opal Residensi, RAsa Avenue
  • Smart Home Voucher bernilli sehingga RM15,000 bagi projek terpilih Anggun Kirana, Vega Residensi 2
  • Diskaun pembeli terawal bagi projek Estera,Dillenia,Kamelia,Violet di Bernam Jaya.
  • Baucar hiasan dalaman bernilai RM10,000 bagi projek terpilih Taman Bayu Malawati
  • Perjanjian Jual Beli (SPA) dan Memorandum Pertukaran (MOT) ditanggung bagi projek terpilih.
  • Skim “Smart Ownership” PKNS  – Insentif First Ownership diskaun 10% untuk pembeli hartanah pertama untuk semua kaum dan Insentif “Loyalty Scheme” diskaun 12% untuk pembeli hartanah PKNS kali kedua atau lebih meliputi kediaman/komersial atau industri terbuka untuk semua kaum

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here