SHARE

Kiper – Kaedah Dapatkan Tulang Belakang Sihat dan Postur Badan Baik

 KUALA LUMPUR, 4 Disember 2018 – Kira-kira 80 peratus golongan dewasa mengalami kesakitan pada bahagian bawah belakang badan dalam hayat mereka[1]  dan salah satu punca masalah sakit belakang yang berkaitan kerja adalah posisi duduk yang tidak betul. Prihatin terhadap perkara berkenaan, Jon Lai memulakan Kiper dan berusaha untuk menangani masalah sakit belakang, ketegangan bahu dan sehingga tahap tertentu, skoliosis. Kini diperkenalkan Kiper – Kaedah Dapatkan Tulang Belakang Sihat dan Postur Badan Baik.

Sehubungan itu, Kiper Sdn. Bhd. telah melancarkan dua produk – Pendakap Bahagian Bawah Belakang Badan Kiper Essentials dan Pembetul Bahu Kiper Essentials, kedua-dua membantu menegakkan bahagian atas dan bawah belakang badan serta bahu. Justeru jika anda tergolong dari kalangan mereka yang menghadapi masalah sakit belakang, ingat pada Kiper – Kaedah Dapatkan Tulang Belakang Sihat dan Postur Badan Baik.

Pendakap Bahagian Bawah Belakang Badan Kiper Essentials  direka untuk menjadikan tempat duduk pengguna bersifat ergonomic, menggalakkan kedudukan duduk yang lebih sihat bagi manfaat tulang belakang dan membantu melegakan sakit belakang selepas menggunakannya. Sementara itu, Pembetul Bahu Kiper Essentials, pembetul bahu yang pertama direka oleh pakar ortopedik di Malaysia, membantu menjajarkan bahagian bahu ke posisi semulajadi dan menghalang pembongkokan. Sungguhpun kedua-dua produk direka untuk digunakan secara bersama, namun ia juga boleh digunakan secara berasingan, bergantung kepada keperluan pengguna.

Master Dato’ Dr. Chris Leong, salah seorang tokoh terkemuka dalam prosedur penetapan tulang di Malaysia, menyatakan sokongan beliau terhadap kedua-dua produk dan mengesyorkan kedua-duanya digunakan selama sekurang-kurangnya 15 mini sehari bagi mendapatkan kesan maksimum. Beliau merupakan Pengasas Chris Leong Method (CLM), sebuah syarikat yang berdedikasi dalam membantu mengurangkan ketidakselesaan tulang belakang dengan menggunakan kaedah penetapan tulang tradisional. Setakat ini, terdapat dua cawangan CLM di Lembah Klang dan sering dipaparkan di laman-laman media sosial di Malaysia dan serata dunia.

Master Dato’ Dr. Chris Leong, pakar penetapan tulang terkenal di Malaysia berkata: “Postur badan yang baik adalah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan individu. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai postur badan yang lemah atau mengalami sakit belakang, yang paling sering disebabkan oleh posisi duduk yang tidak betul atau badan condong semasa mengguna komputer. Oleh itu, kami percaya bahawa Pendakap Bahagian Bawah Belakang Badan Kiper Essentials dan Pembetul Bahu Kiper Essentials akan membantu lebih ramai orang untuk melatih semula otot mereka supaya  mengekalkan kedudukan tegak tanpa banyak usaha dan menguatkan bahagian atas dan bawah belakang badan serta bahu.”

Jon Lai, Pengasas Kiper Sdn. Bhd. berkata: “Isu-isu berkaitan kesakitan bahagian bawah belakang badan dan ketidakselesaan tulang belakang merupakan perkara biasa. Kebanyakan daripada kita mengalami masalah sakit belakang disebabkan pelbagai sebab, termasuk duduk dalam kedudukan yang tidak betul, kemalangan kecil di gimnasium dan mungkin, skoliosis. Justeru diperkenalkan Kiper – Kaedah Dapatkan Tulang Belakang Sihat dan Postur Badan Baik.

“Secara peribadi, saya mengalami kecederaan tulang belakang yang teruk ketika bersenam di gimnasium beberapa tahun lalu dan anak saudara perempuan saya mengalami skoliosis yang memaksa beliau untuk memakai pendakap badan. Saya boleh melihat beliau tidak selesa ketika mengenakan alat tersebut dan benar-benar berharap penyelesaian Kiper dapat meningkatkan kualiti kehidupan individu yang mengalami keadaan sakit belakang dan ketidakselesaan tulang belakang.”

Semasa pelancaran alat berkenaan, 30 pelanggan bertuah telah diberi peluang untuk merasai sendiri produk tersebut, pada masa yang sama diberikan lima panduan mudah oleh Master Dato’ Dr. Chris Leong tentang cara untuk memaksimumkan keberkesanannya. Panduan yang diberikan terdiri daripada lima posisi berbeza untuk menggunakan produk berkenaan termasuk Diver Pose, Rearward Arm Stretch, Arch Style, Paddle Style dan Waist Twist.

Matlamat pertama Kiper Sdn. Bhd. adalah membantu 100,000 individu daripada kesakitan belakang badan sebelum akhir 2019 dan syarikat kini berada pada permulaan yang baik. Malah, sebelum dilancarkan secara rasmi, syarikat berjaya menjual sebanyak 3,000 unit Pendakap Bahagian Bawah Belakang Badan Kiper Essentials dan Pembetul Bahu Kiper Essentials dalam masa tujuh hari pengenalannya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Kiper dan produknya, sila layari https://kiper.store/ dan https://www.facebook.com/KiperStore.

-TAMAT-

Mengenai Kiper

Kiper merupakan sebuah jenama Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam pencarian solusi isu-isu berkenaan sakit belakang dan tulang belakang, Syarikat telah menjalin kerjasama erat dengan pakar-pakar industri untuk membangunkan produk yang berkesan dan tanpa kesakitan yang ditawarkan pada harga mampu milik, sesuai diguna bila-bila masa di mana sahaja. Produk Kiper boleh dibeli secara online menerusi https://kiper.store

[1] Source: National Institute of Neurological Disorders and Stroke

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here