SHARE

Hilton Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman South Dibuka. Pembukaannya memperkukuh kedudukannya sebagai hotel bertaraf dunia terbaharu, di Kuala Lumpur.

Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman South tampil dengan perkhidmatan berfokus bertaraf dunia bagi pelancong moden dan celik

Kuala Lumpur, 28 November 2018 – Hilton Garden Inn, jenama perhotelan pernah muncul penggarap anugerah di bawah namanya, juga beroperasi melalui kendalian Hilton (NYSE: HLT) telah mengumumkan pembukaan hotel ketiganya di Malaysia. Hilton Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman South Dibuka. Pembukaannya memperkukuh kedudukannya sebagai hotel bertaraf dunia terbaharu, di Kuala Lumpur.

Dikenali, Hilton Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman South, pembukaannya lantas memperkukuh kedudukannya sebagai hotel bertaraf dunia terbaharu, di pusat bandar raya Kuala Lumpur bagi pelancong moden yang menginginkan penginapan bertemakan ‘Brighthearted’. Hilton Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman South Dibuka. Pembukaannya memperkukuh kedudukannya sebagai hotel bertaraf dunia terbaharu, di Kuala Lumpur.

Jamie Mead, Pengurus Besar Serantau bagi Hilton Malaysia berkata, “Hilton Garden Inn, sebuah rangkaian hotel perkhidmatan berfokus yang terkemuka telah berjaya meluaskan kedudukannya dalam landskap hospitaliti di dalam negara pada kadar yang pesat. Dari Hilton Garden Inn North, Hilton Garden Inn Puchong, hingga ke Hilton Garden Inn South yang ditubuhkan baru-baru ini, kami berbangga kerana dapat meneruskan usaha memperluaskan jenama kami di Malaysia.”

Pertumbuhan jenama ini mencerminkan tarikan bagi hotel-hotel yang menawarkan perkhidmatan berfokus. “Di Hilton Garden Inn, kami memahami keperluan pelancong yang moden dan celik, serta kami berusaha untuk menawarkan perkhidmatan setimpal yang jelas dan sesuai mengikut kehendak mereka, sambil memberi penekanan terhadap nilai dan kualiti, itulah matlamat Hilton Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman South yang baru dibuka. 

Dengan penarafan yang disumbangkan oleh ‘Brighthearted Hospitality’ menerusi akomodasi dan ambien yang sempurna, setiap tetamu dapat menikmati penginapan mereka di hotel ini sepertimana mereka inginkan dengan selesa. Hilton Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman South Dibuka. Pembukaannya memperkukuh kedudukannya sebagai hotel bertaraf dunia terbaharu, di Kuala Lumpur.

Hotel baharu itu terletak di Chow Kit, bersebelahan hotel Hilton Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman North yang pertama. Lokasi itu adalah tempat sempurna bagi pelancong untuk mendapatkan pelbagai tarikan yang tersedia di sekitarnya. Lokasi itu juga meliputi pelbagai pasar tempatan yang unik, tetamu boleh mengunjungi pasar Chow Kit serta Bazaar Baru Chow Kit – iaitu pasar terbesar di bandaraya Kuala Lumpur yang menyaksikan ratusan penduduk tempatan mengunjunginya untuk mendapatkan pelbagai keperluan asas.

Bagi individu yang ingin merasakan kekayaan elemen budaya di kawasan ini, mereka boleh menerokai kuil Sikh yang terbesar di rantau Asia Tenggara, iaitu Kuil Gurdwara Sahib Tatt Khalsa di Jalan Raja Alang, yang menerima kunjungan 75,000 orang di Kuala Lumpur; tokong Taoist yang tertua di Kuala Lumpur – Tokong Sin Sze Si Ya di Lebuh Pudu; serta tempat beribadat tertua bagi warga Muslim di Kuala Lumpur, Masjid Jamek.

Dari sajian enak, pilihan membeli belah yang tiada tandingannya, sehingga ke pusat kebudayaan yang menawan di bandar itu, Hilton Garden Inn South membolehkan para tetamu menerokai semua ini, dan banyak lagi. Hotel itu juga boleh diakses dengan berjalan kaki, dan tidak mengambil masa lebih daripada 5 minit dari Stesen Monorail Chow Kit (berhubung dengan rangkaian kereta api yang utama), di samping pelbagai perkarangan lain menarik yang juga terletak di kawasan berhampiran.

Memiliki 267 bilik tetamu yang serba lengkap, Hilton Garden Inn South membolehkan para tetamu menikmati penginapan yang sempurna dengan penawaran tilam SlumberlandTM. Mereka juga boleh memanjakan diri dengan kelengkapan mandian eksklusif berjenama Crabtree & Evelyn. Bukan itu sahaja, bilik itu juga dilengkapi televisyen berdefinisi tinggi yang bersaiz 40 inci, peti sejuk mini, kemudahan seterika serta pembuat kopi dan teh. Dengan segala ini akan membuat tetamu merasakan seperti berada dalam dakapan keselesaan rumah sendiri. Lebih menarik lagi, kebanyakan bilik juga menawarkan pemandangan menawan menghadap Menara Berkembar Petronas atau Menara Kuala Lumpur.

Kemudahan lain

  • Perkhidmatan Wi-Fi percuma juga disediakan di seluruh premis.
  • Pusat Perhubungan 24 jam yang bersifat komplimentari juga menawarkan kemudahan komputer dan perkhidmatan pencetakan bagi pelancong dan ahli perniagaan selain;
  • Bilik persidangan boleh menampung 20 tetamu pada masa sama.
  • Tetamu juga boleh menikmati bufet sarapan pagi yang lazat, sajian sepanjang hari di Garden Grille, atau memilih untuk menggunakan perkhidmatan bilik yang ditawarkan pada waktu petang sehingga malam.
  • Kolam renang dengan hidangan minuman dan snek dari Pavilion Pantry® yang terletak di premis tersebut, dibuka 24 jam sehari.
  • Bagi individu yang mengemari gaya hidup aktif pula, Pusat Kecergasan 24/7 boleh digunakan di Hilton Garden Inn North.

 

Apa yang menarik lagi, hotel baharu ini turut dilengkapi bar atas bumbung, dikenali sebagai ‘Rooftop 25’ yang membolehkan tetamu meluangkan masa meni menikmati pelbagai pilihan minuman sambil menyaksikan pemandangan panoramik Kuala Lumpur yang indah. Ruang itu akan melalui transformasi dari siang ke malam, yang memberikan pemandangan luar biasa ke arah Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur, dimana tetamu juga berpeluang melihat matahari terbenam.

Ruang terbuka itu memberi ambien yang menyamankan dan membolehkan anda menikmati muzik sambil menghirup segelas koktel. Lokasi itu juga boleh dijadikan sebagai ruang bagi acara tertutup.

Hilton Garden Inn South adalah sebahagian daripada Hilton Honors®, iaitu sebuah program kesetiaan tetamu yang memiliki anugerah antarabangsa di bawah namanya, juga sebuah program yang dirumus khas untuk 15 jenama hotel berlainan dimiliki oleh Hilton.

Ahli Hilton Honors yang membuat tempahan secara terus melalui saluran Hilton yang terpilih dapat menjimatkan masa dan wang serta memperoleh akses segera terhadap pelbagai manfaat yang mereka mahukan, contohnya diskaun keahlian yang eksklusif, Wi-Fi percuma dan pelaras pembayaran fleksibel yang membolehkan ahli untuk memilih kombinasi yang sesuai antara mata (points) yang terkumpul serta wang yang mereka mahu gunakan untuk membuat tempahan penginapan. Semua tetamu akan dipelawa secara automatik untuk menyertai program Hilton Honors bagi menikmati kelebihan program tersebut dengan sepenuhnya.

Bagi meraikan pembukaan hotel ini, ahli Honors akan memperoleh 1,000 mata bonus sebagai sebahagian daripada penawaran Pembukaan Ulung ini, dengan tempahan waktu penginapan maksimum selama lima malam. Untuk mendapatkan tawaran eksklusif ini, para tetamu boleh membuat tempahan sehingga 31 Mac 2019, dan menginap pada bila-bila masa antara 21 Oktober 2018 sehingga 31 Mac 2019.

Hilton Garden Inn South beralamat di 452, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur. Kadar bilik bermula daripada RM 150. Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, atau ingin membuat tempahan, sila hubungi nombor talian +60-3-27716888, atau kunjungi Hilton Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman South.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here