WANGIAN MYSTIQUE INSPIRASI KOTA HONOLULU

237
0
SHARE
  1. Selain ingin kelihatan cantik ketika keluar rumah kita juga pasti ingin bau wangi dan harum terutama bila berhadapan dengan orang di tempat awam.  Sudah pasti setiap dari kita pasti akan menyembur minyak wangi apabila ingin  keluar rumah atau mungkin juga bila setiap kali lepas mandi kerana kita ingin sentiasa wangi dan harum. Pada hujung November lalu kami di Varia Seri bertuah kerana dijemput menghadiri majlis pelancaran minyak wangi terbaru di WORQ, GLO  Damansara. Haruman memukau mampu melonjakkan rasa ceria dan menggamit ingatan indah, inilah intipati ‘Vitalis Mystique Eau De Cologne ,’ wangian terbaru daripada Syahirah yang membawa anda mengembara jauh ke pulau peranginan sekali gus mencetus elemen hebat seperti berada di Honolulu, Amerika Syarikat melalui semburan selembut bayu.
    Lebih mengujakan, Syahirah Vitalis Mystique adalah wangian dirumus istimewa untuk figura
    muslimah moden, ranggi, bijak dan mempesona serta berkeyakinan tinggi dalam apa jua aktiviti yang dilakukan namun tetap anggun dalam penampilan.

 

Seunik namanya, Vitalis Mystique mengambil ciri istimewa Pulau Hawai yang sangat terkenal
dengan keindahan dan keunikan budayanya, wangian ini juga adalah teman baik wanita yang mampu membentuk personaliti diri menerusi semburan komposisi aromanya yang secara tidak langsung merakam senario kehangatan Pulau Hawai yang pastinya mengukir memori indah untuk sesiapa saja yang berada di situ.

PESONA HARUMAN INDAH VITALIS MYSTIQUE
Haruman Syahirah Vitalis Mystique ini adalah cetusan inspirasi kehangatan ibu kota penuh
ceria, berani dan luar biasa, iaitu Honolulu, Hawai di Amerika Syarikat. Dalam bahasa Hawai, Honolulu membawa maksud ‘tempat yang terlindung.’Pelbagai daya tarikan dan aktiviti yang boleh lakukan di Honolulu. Bebaskan diri anda menikmati setiap aktiviti menarik di Pulau Oahu, Pantai Waikiki ataupun di Taman Botani Lyon Arboretum. Selain itu, pastikan anda menghayati karya seni kreatif di Honolulu Museum Of Art ataupun pelajari ciri kebudayaan dan peninggalan sejarahnya di Museum Bishop Hawaii. Untuk aktiviti membeli belah, Moana Shopping Centre, pusat membeli belah berkonsep terbuka yang terbesar di dunia bersedia mencipta pengalaman baru untuk anda rasai. Malah anda juga tidak
ketinggalan untuk menikmati keindahan Diamond Head, spot kawah volkanik yang tercantik di Oahu. Bayangkan inilah elemen sensasi wangian dalam balang kaca dinamakan Vitalis Mystique oleh Syahirah. Sangat menyenangkan!

Jasper Suppayah

Vitalis Mystique EDC diilhamkan dengan :
Tiga komposisi nota utama iaitu daripada kemanisan buah rasberi, keharuman bungaan peony dan kehangatan aroma musky yang akan menyuntik tenaga berbeza sebaik sahaja semburan pertama dikenakan pada anda.
● Ia suatu resolusi buat mereka yang kurang keyakinan diri tatkala mendampingi si dia.
● Hadir dalam bingkisan biru gelap mewah ala kristal bagi meraikan misteri alam di malam
purnama.

Mystique EDC ialah produk terbaru di dalam rangkaian haruman Syahirah Vitalis yang mana sebelum ini didatangkan dalam enam jenis haruman yang berbeza aroma dan gabungan warna bingkisan yang bersesuaian dengan setiap diri feminin wanita, antaranya:
Haute Couture: Dicipta daripada kombinasi ros, buah beri dan vanila, mencetuskan aroma
manis dan lembut. Sesuai untuk wanita moden yang romantik dan ingin tampil menyerlah
sepanjang masa. Femme Chic: Letusan aroma yang menyerlahkan sisi feminin dan sensual diri anda. Rumusan buah beri dan bungaan sensual menerbitkan rasa manis dan segar, untuk kekal wangi sepanjang hari.
Celebrite: Alami keghairahan campuran aroma utama daripada Floriental Fruity seperti jasmin
dan kayu cendana, ia memberikan sensasi aroma menyegarkan sesuai untuk wanita ceria,
berani dan positif. Magnifique: Dibaluti dengan gabungan haruman sitrus seperti buah mandarin dan tangerine, bunga lily dan vanila, ianya membangkitkan aroma yang lembut dan halus, sesuai untuk anda yang cukup feminin dan manis. Empress: Adunan beberapa haruman mewah, menggambarkan pesona menawan di dalam diri untuk anda terus bersemangat melalui hari yang positif.
Dazzling : Serlahkan kegembiraan anda dengan mencipta memori manis menerusi semburan
haruman gabungan nota oren, ros, lily, vanila dan cedarwood agar haruman melekat mesra
untuk bau yang kekal lama.

Fiza Thomas

Yang pasti haruman ini mampu memenuhi citarasa anda semua dengan wangian yang penuh mistik bakal menjadikan igauan pada penggemar wangian di luar sana. Seperti kata selebriti Mystique Jasper dan Fiza mereka merasa yakin bila memakai  haruman Mystique kerana pekerjaan mereka sebagai artis yang sentiasa perlu berhadapan dengan orang ramai dan waktu yang panjang.  Untuk itu mereka memerlukan minyak wangi yang tahan lama dan sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk perlu kelihatan ceria dan segar sentiasa.

Anda boleh miliki haruman Syahirah Vitalis Mystique EDC edisi terhad ini bermula dari
November sehingga Disember 2018 sempena sambutan Tahun Baru yang bakal menjelang tiba. Ia boleh didapati pada harga runcit RM19.90 di semua rangkaian farmasi terkemuka, pasar raya dan pasar raya besar terpilih. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi
www.syahirah.com.my.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here