Home Acara Konsert Metal Return MAY dan XPDC di Ipoh

Konsert Metal Return MAY dan XPDC di Ipoh

67
0
SHARE

Bagi peminat kumpulan rock XPDC dan MAY pasti gembira kerana dua kumpulan rock terkenal era 80an dan 90an ini bakal kembali untuk mengegarkan Stadium Indera Mulia,Ipoh Perak pada 15 Disember 2018. Stadium ini dipilih kerana satu masa dulu ia menjadi lokasi wajib kumpulan rock popular seperti May, Fabians, Bloodshed dan banyak lagi band – band lain pada era itu.

Dua band rock ini akan bergabung dalam Konsert Metal Return 1.0 Live yang dibawa oleh Ladyboss Studio yang berpengkalan di Ipoh.Ladyboss Studio adalah satu nama besar di Ipoh yang merupakan studio rakaman demo,single, live, berkumpulan, backing track, mixing dan mastering.

Pemilihan MAY dan XPDC dipilih kerana mereka adalah antara kumpulan yang hebat dan layak diiktiraf sebagai legenda serta mempunyai ramai peminat yang sememangnya rindu akan persembahan mereka. Dan pada sidang media di Rebung awal bulan lalu mereka menjanjikan persembahan yang bertenaga yang pasti memberi kepuasan kepada peminat-peminat mereka yang selama ini merindui persembahan live.

Dalam konsert kali ini pelbagai acara lain juga turut dianjurkan dan diatur untuk peminat muzik tanah air pada sehari sebelum konsert 14hb iaitu bagi pembeli ticket VIP Zone RM150 akan berpeluang ke meet n greet dan high tea dengan XPDC dan MAY. Konsert 15hb tersebut juga akan bermula dari pagi yang akan disertai oleh 12 bands seperti Farasu, Sparrow, Glass, Packuval, Chronology, Ur’s, Portzera, Granite, Sniperz, Septiktone, Hakikat, Trivia, Ubs Band, Metalluka dan Holysnake.

Festival Konsert Metal Return 1.0 in juga akan dimeriahkan dengan pertandingan Kapchai Supreme Hero 1.0 yang akan bermula dari pukul 10 pagi.Pelbagai acara diadakan pada festival Kapchai Supreme Hero 1.0 ini selain dapat menonton konsert mereka juga berpeluang memenangi cabutan bertuah barangan motor dan juga motorsikal dengan hanya membeli tiket berharga RM80.

Untuk tiket konsert pula terdapat pelbagai kategori dari yang berharga RM 150 untuk VIP (meet n greet, high tea, T-shirt esklusif dan sesi sound check) RM 95 Metal Zone (T-shirt esklusif) dan RM 60 untuk Metal Zone. Tiket-tiket ini boleh didapati di talian 017 57877728, 019 5578855, 013 2364057, 017 5550072, 019 2607994.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here