Home Acara Tidur Lena Mimpi Indah Dengan Bantal Pak Ya Cong Codei ...

Tidur Lena Mimpi Indah Dengan Bantal Pak Ya Cong Codei DAG Home & Sabri Yunus

177
0
SHARE

 

Shah Alam – Masih ingat telefilem yang viral tidak lama dulu lakonan dan arahan Sabri Yunus yang bertajuk Pok Ya Cong Codei. Telefilem ini bukan saja mendapat sambutan tetapi Pok Ya Cong Codei kini menjadi jenama. Pada majlis pelancaran DAG Home baru-baru ini Encik Das Abdul bersama-sama dengan Sabri Yunus telah memperkenalkan bantal jenama Pak Ya Cong Condei.

Menurut Sabri Yunus beliau tidak menyangka selama menjadi anak seni dia akan menjadi jenama walaupun bukan nama sebenarnya tetapi nama watak yang dicipta dan dilakonkannya. Walaupun sebelum ini beliau ada mendapat tawaran untuk jenama yang lain tapi baru kini beliau yakin untuk menggunakan nama Pok Ya Cong Codei sebagai jenama produk terbaru keluaran bersama dengan DAG Home.

 

Bantal Pok Ya Cong Codei adalah hasil keluaran pertama produk DAG Home atas jenama tersebut. Batal Pok Ya Cong Codei ini mempunyai kualiti yang setaraf bantal hotel 5 bintang dan tahan lasak. Sejak mula diperkenalkan sebanyak 6000 unit telah terjual dan Encik Das Abdul mensasarkan jualan untuk jenama ini mampu memberi pulangan dua kali ganda.

DAG Home yang sebelum ini dibawah DAG Global Sdn Bhd telah lama menceburi bidang perniagaan barangan rumah iaitu bantal dan tuala hotel putih yang berkualiti ini sejak 2012 lagi. Kualiti DAG Home tidak dapat disangkal sememangnya setaraf bantal dan tuala hotel 5 bintang yang tahan lasak, empuk dan selesa. Kini DAG Home masih menggunakan kualiti yang sama tetapi dengan keluaran tuala yang dikelurakan bukan lagi putih tetapi pelbagai warna pastel yang menarik.

Menurut Encik Das Abdul produknya boleh didapati secara online dan juga menerusi agen-agen yang kini seramai 3000 orang di seluruh negara. Dan dengan jenama Pok Ya Cong Codei DAG Home kini mampu bersaing dengan jenama-jenama besar yang lain.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here