Masjid Jame, Masjid lama tersohor di Delhi India, Rupanya seakan dengan

Dibina dari tahun 1644 hingga 1656, Masjid Jame dikatakan antara terbesar dan tersohor di India.

 

Sebagaimana masjid biru tersohor di Turki, bangunan masjid ini dibentuk persegi. Di dalamnya dibahagikan kepada kawasan berbumbung dan terbuka. Kawasan terbuka lebih besar daripada berbumbung yang dapat menampung jumlah jemaah ramai.

 

Pengunjung bergambar kenangan di bahagian depan masjid, di atas tangga.

 

Lantai terbuka seluas 37.904 meter persegi  (408 kaki persegi), boleh menampung sehingga 25,000 jemaah. Masjid Jame, masjid lama tersohor di Delhi India, Rupa-rupanya seakan dengan Masjid Kubu Merah, di Agra.

Tangga tinggi ini perlu didaki untuk masuk ke Masjid Jame.

PENGARUH BINAAN

Ada ciri persamaan Masjid Jame di Delhi dengan Masjid Kubu Merah Agra termasuk dari segi bahan binaan serta reka bentuk. Betapa tidak, kerana pengasas binaannya adalah orang sama iaitu Maharaja Mughal, Shah Jahan yang membina istananya di Kubu Merah Agra.

Mosque-front-entrance
Pintu masuk, dikawal ketat, masuk percuma tetapi jika bawa kamera atau telefon bimbit dikenakan bayaran.

Berikutan kesedihan berpanjangan kerana kemangkatan isteri tercinta, Shah Jahan mengambil keputusan berpindah dari Agra ke Delhi dan mengasaskan bandar Shahjahanabad sebagai ibu negara Mughal menggantikan Agra. Shahjahanabad kini dikenali Delhi Lama.

mosque complexMasjid dibina atas bukit, justeru tangga untuk sampai ke kawasan masjid juga tinggi.

ASAL USUL NAMA

Nama sebenarnya, Masjid-i-Jahan-Numa di tengah Delhi Lama bersetentang Kubu Merah. Pada zaman Shah Jahan, ia digelar Masjid Tengah Delhi Lama tetapi kini lebih dikenali Masjid Jame atau Jama di kalangan penduduk setempat.

Menurut laman culturalindia.net, nama Jame atau Jama mengambil sempena perkataan ‘Jummah’, merujuk aktiviti solat di situ.

Setiap wakut solat Jumaat, penuh sesak dengan jemaah. Pada hari raya, beribu-ribu umat Islam membanjiri masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri.

ablution area
Tempat wuduk di ruang terbuka dalam Masjid Jame

Penulis mengunjungi Masjid Jame pada hari terakhir, percutian di India pada Disember 2016. Ketika itu kami dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Delhi untuk balik ke Malaysia.

Pelan lantai Masjid Jame dikatakan sama dengan masjid di Agra. Lantai dalaman dihiasi marmar hitam putih dengan motif seperti sejadah, ditampilkan oleh garis hitam tebal 0.91 meter panjang dan 0.46  meter lebar, sebagai penanda ruang solat, kesemuanya berjumlah 899 petak.

TARIKAN

Menampilkan tarikan menerusi dua menara utama di kiri dan kanan berketinggian 40 meter. Menara dibina daripada batu pasir merah asli dan marmar putih, selain terdapat kubah mercu tanda masjid.

Kubah utama terdapat di tiga pintu masuk dan menara lain. Di dalam menara mengandungi 130 anak tangga. Namun hanya satu menara di Selatan dibuka kepada awam dengan bayaran masuk. Puncaknya menawarkan panorama bandar Delhi menghala Rumah Parlimen.

Dom structure
Kemasan tetulang pada permukaan bawah dom Masjid Jame Delhi.

Kelihatan ramai pelancong keluar masuk daripada pintu gerbang berkaunter. Melangkah ke dalam, ramai pelawat di serata masjid. Sebahagian duduk menghilang lelah di tembok kolah masjid.

CIRI REKAAN

Kehebatan reka bentuk digarap Shah Jahan dengan struktur yang mencuri tumpuan pada pandangan pertama.

Bangunan dibina di atas tapak yang ditinggikan dan masjid itu boleh dimasuki melalui tangga dari tiga arah iaitu timur 35 anak tangga, utara (39)  dan selatan (33).

Masjid berukuran 80 m panjang dan 27 m lebar dan tinggi 41 m ini menempatkan dewan solat utama dengan tujuh laluan masuk bergerbang menghadap barat (Mekah) serta dilengkapi mihrab tradisional.

Dewan besar dengan 260 tiang di Barat masjid  dikemasi  seni ukir pengaruh Hindu, dengan sebahagian corak daripada batu permata, motif floral dan  kaligrafi mengindahkan gerbang, dinding, bawah dom, tiang dan lantai.

Izan dan dua pengunjung Arab merakam kenangan di Masjid Jame, Delhi Turki.

Gerbang besar di Timur adalah pintu masuk Diraja, ditutup pada hari minggu. Bumbungnya dikemasi tiga dom dengan garis  hitam putih marmar.

Dibina menghadap Bandar suci Mekah di Barat, tiga ruang berbumbung ditegakkan oleh deretan tiang melengkung yang mempunyai menara dan gerbang tinggi di tengah.

Pembinaan dikatakan membabitkan 5,000 buruh, yang berkhidmat di bawah pengawasan Wazir Saadullah Khan dan arkitek Ustad Khalil yang mengambil masa enam tahun menyiapkannya.

Lantai terbuka dalam Masjid Jame, Delhi, India boleh memuatkan sehingga 25,000 jemaah.

Reka bentuk Masjid Jame adalah contoh asal seni bina Mughal, yang dipengaruhi ciri Islam dan Hindu. Berkedudukan di tapak tinggi, bangunannya boleh dilihat dari mana-mana kawasan sejauh 5 kilometer radius. Kos binaan ketika zaman Shah Jahan dianggarkan satu juta rupee.

Masjid ini dirasmikan pada 23 Julai 1656 oleh Sayed Abdul Ghafoor Shah BukhariI, seorang mullah dari Bukhara, kini Uzbekistan. Di dalamnya terdapat beberapa peninggalan naskah Islam seperti transkrip tua Al-Quran dicetak di atas kulit rusa, kesan tapak kaki, selipar dan janggut merah Nabi Mohammad SAW.

Penyelenggaraan Masjid Jame diuruskan bersama oleh Lembaga Wakaf Delhi dan Jawantakuasa Masjid Jame di bawah naungan Iman Shahi.

Masjid ini dibuka dari jam 7 am hingga 12 pm, 1:30 pm hingga 6:30 pm  setiap hari. Caj Rs200-300 dikenakan untuk yang membawa masuk kamera dan telefon bimbit dan Rs100 untuk menaiki menara.

covered area of the Jame mosque
Bahagian berbumbung Masjid Jame, Delhi, India, menyerlahkan binaan tiga dom menara.

 

 

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here