SHARE

 

 

Marah-Marah Pasal Larangan Guna Straw Plastik, Sebahagian Netizen Mula Akur…

Minggu ini masyarakat dikejutkan dengan berita mengenai pengharaman penggunaan straw mulai tahun depan.

Kata orang, hujan tidak, ribut tidak, tetiba pengumuman dibuat dengan tegas, bunyinya. Ramai tersentak. Mengapa? Apa hal? Mulalah terkeluar khutbah masing-masing.

Saya pun terkejut gak, mengapa straw? Mula-mula dengar macam aik, straw pun nak diharamkan. Benda kecil je pun. Lupa pula yang suatu ketika dulu, sayalah yang menulis mengenai pencemaran alam sekitar disebabkan produk daripada plastik.

Apa pun, saya dengar dulu dan tunggu kenyataan alasan. Yang tidak dapat terima dek akal, macam-macam perkataan sudah diluahkan.

Hari ini  tersebar pula informasi alasan yang boleh diterima mengenai kenapa straw plastik perlu diharamkan.

Selepas mengetahui alasan, yang Marah-Marah Pasal Larangan Guna Straw Plastik, Sebahagian Netizen Mula Akur.

ULAS BALIK KENYATAAN PENGHARAMAN

  • Kementerian Wilayah akan mengharamkan penggunaan penyedut minuman plastik di semua kedai dan restoran makanan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mulai Januari tahun depan.
  • Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata, langkah itu bertujuan mengurang pencemaran dan memelihara alam sekitar.
  • Katanya, tindakan penguatkuasaan diambil bermula 2020, selepas pengguna terutama peniaga diberi kesedaran soal bahaya penggunaan produk berasaskan plastik.
  • Penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang sama seperti penggunaan beg plastik dan bekas makanan polistirena.
  • Undang-undang itu menetapkan peniaga didapati me­langgar peraturan boleh dikompaun tidak melebihi RM1,000.
  • (Ermm, sikit je).

Rujukan Kosmo.

LARANGAN UNTUK PENIAGA

Berikutan fenomena meroyan segolongan, netizen dengan pengumuman itu, hari ini keluar kenyataan lanjut. – 21 Sept

  • Penguatkuasaan larangan guna straw minuman plastik berkuatkuasa 1 Januari 2020 dituju kepada peniaga dan pengusaha kedai makan pemegang lesen dan bukan orang ramai.
  • Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata, larangan itu akan tertera dalam syarat-syarat lesen perniagaan mulai 1 Januari 2019.
  • Pada masa sama, straw bukan daripada jenis plastik konvensional akan turut disediakan sebagai alternative.
  • Kempen kesedaran berhubung kesan negatif penggunaan straw plastik konvensional akan dilaksanakan sepanjang 2019 sehingga larangan itu berkuatkuasa.
  • Pengecualian sebarang tindakan ke atas golongan kurang upaya dan pesakit yang memerlukan straw dan bahan plastik dalam kehidupan harian mereka.
  • Sebagai ganti kepada straw plastik konvensional, straw daripada bahan biodegradasi ataupun kertas boleh diguna.
  • Rujukan Bernama

 

KOMEN NETIZEN

Seorang netizen, yang saya kenal, Arbanji Paipi, meluah kata.

  • Masihkah anda ingat straw kertas diguna satu ketika dulu? Ia kini tidak diguna setelah straw plastik diperkenal. Anak muda tentu tidak pernah melihat apatah lagi menggunakannya.
  • Pengharaman menjelang tahun 2020 disalah ayatkan menjadi pengharaman penggunaan straw secara total.
  • Kekeliruan menjadi batu loncatan pihak tertentu untuk terus menghasut rakyat.
  • Straw kertas dulu cantik tetapi tidak tahan lama, dianggap beliau sebagai satu kekurangan (Namun sebenarnya kelebihannya kerana mudah lupus, elok untuk alam sekitar)
  • Beliau menarik perhatian, bahan Polypropylene resin iaitu bahan kimia utama yang diguna pada straw plastik dan produk lain berasaskan plastik berbahaya untuk kesihatan.
  • Beliau menunjuk contoh Straw Aardvark® yang mesra alam dan biodegradable. Tidak mengandungi ramuan yang diubah suai secara genetik, yang boleh mencemar dan merosak alam sekitar.

SALAH GUNA STRAW

Seperti tulisan Arbanji, saya juga pernah mendengar,ada pihak@peniaga  tidak bertanggungjawab menyalah gunakan straw plastik yang ternyata mengandungi racun kimia, dgn memasukkannya ke dalam minyak panas untuk menggoreng pisang???? Tujuannya utk menjadikan tepung pada pisang yang digoreng kekal rangup@tidak  lembik. (Parah betul, kita diberi makan goreng pisang bercampur plastik! Sedap betul, rangup krup krap krup krap, rupanya makan racun! – Kerana itu, sekarang ini kalau saya dapat kuih kerepek atau apa sahaja yang rangup dan sedap semacam, saya perhati sahaja dengan penuh curiga, adakah ini bercampur plastik?)

 

ISU LAMA

Masalah plastik mencemarkan alam sekitar ini sebenarnya isu lama, sejak tahun 1990-an lagi.

Ketika itu kerajaan sudah sedia maklumkan mengenai bahaya penggunaan plastik, namun kerana plastik antara produk pengeluaran terbesar dalam industri negara, pengharaman tidak dilaksana. Kerana ia sumber ekonomi penting.

Kalau dulu kerajaan teragak-agak, malah sanggup menutup sebelah mata kepada isu ini, kini sudah tiba masanya kerajaan kita bertindak untuk mengatasi masalah ini.

SEBAB UTAMA

BOLEH dikatakan semua orang guna plastik, kalau tak ada plastik melilau mencari, macam-macam keperluan untuk diguna. Apakah yang anda tahu mengenai plastik? Kenapa straw plastik juga perlu diharamkan????

Tahukah anda,

1) Bahan plastik termasuk straw mengambil masa beratus tahun malah ada 200 tahun untuk terurai. Kajian di Amerika Syarikat sahaja, menunjukkan manusia mengguna 500,000 straw plastik setiap hari.

2. Top 10 sampah paling banyak dikutip di pantai adalah straw plastik.

3. Maksudnya, isu ini bukan di Malaysia sahaja. Ia adalah isu global. Semua negara tengah cuba menghapuskan penggunaan plastik dan straw plastik.

Fakta ini ada dipetik sikit oleh cikgu SEO saya, Hafiz Rahim dalam fb nya.

 

Dan ini pula leteren seorang lagi netizen

Yong Atira

Yesterday at 6:41 PM

Sebab ramai sangat marah2 pasal straw . jom la yong kongsikan a few picture .Straw ni kecik je kan ? tapi nampak tak effects dia ?

Ye .. tau , korang bukan sea turtle yang hidungnya tersangkut straw yang tah berapa zaman dah sangkut macam tuh , korang bukan burung yang mati sebab kelaparan makan plastic2 yang ada di perairan laut dan sungai. korang bukan mereka . yong tahu .. but think again ye.

Mereka ni hidupan yang duduk juga atas muka bumi ni . kesenangan kita adalah sebahagian dari keperitan yang mereka terpaksa lalui . okey guys 😘

take it as a positive message dari saya .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here